PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

 1cadcf03-e525-4b2e-b77e-1148fda2d476 9811053a-ea9e-4120-9574-f90074934d1e

Nama perniagaan

Peniaga Burger Kampung

Alamat

Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Nama peniaga

Jasmi Bin Ahmad

No. telefon dan Fb

0194687759 

Bilangan pekerja

Seorang

Tentang perniagaan

Encik Jasmi Bin Ahmad merupakan peniaga burger di Kampung Mang. Sekiranya anda berkunjung ke Kampung Mang dan terlihat gerai burger bernama “Just Burger”, itulah perniagaan yang diusahakan oleh Encik Jasmi. Perniagaan beliau dijalankan di parkir rumah, beroperasi setiap hari kecuali hari rabu. Terdapat pelbagai pilihan burger yang boleh didapati di kedai miliknya seperti burger bejo, beef, benjo beef, egg cheese, beef cheese  dan chicken beef burger. Dengan harga mampu milik, burger Encik Jasmi juga digemari oleh penduduk kampung kerana keenakan rasanya.

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

 81313eb4-dd24-44f5-b148-51648f77d002 171016890 3853457138108227 732130325312498265 n

Nama perniagaan

Peniaga ABC dan cendol

Alamat

Kampung Niup, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Nama peniaga

Rahmawati Binti Naafi

No. telefon dan Fb

01125099506  

Bilangan pekerja

2 orang

Tentang perniagaan

Puan Rahmawati merupakan peniaga ABC dan cendol di Kampung Niup. Beliau mengusahakan perniagaan itu secara kecil-kecilan di rumah. Perniagaan tersebut telah berlangsung sejak beberapa tahun yang lepas dan terus beroperasi sehingga ke hari ini. Hasil air tangan beliau bukan hanya digemari oleh penduduk Kampung Niup malah penduduk dari kampung berdekatan turut sering singgah ke gerainya. Cendol dan ABC puan Rahmawati sedap dan harganya juga sangat murah iaitu dijual pada harga Rm2 sahaja. Menjelang bulan Ramadan, permintaan terhadap jualan Puan Rahmawati semakin bertambah.

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

 b ema chocojar

Nama perniagaan

Peniaga Chocojar dan aneka manisan

Alamat

Kampung Reban, 94700 Serian, Sarawak

Nama peniaga

Dayang Erma   Shafiza Binti Awang Rajiee

No. telefon dan Fb

0113-5128106

Bilangan pekerja

2 orang

Tentang perniagaan

Puan Erma merupakan seorang guru tadika. Walaupun berkerjaya, beliau minat berniaga kecil-kecilan. Baru-baru ini, berikutan timbulnya fenomena kegilaan golongan remaja dan kanak-kanak terhadap makanan berasaskan coklat seperti chocojar dan chocobar, puan Erma turut mengambil peluang berniaga produk tersebut. Beliau yang memperoleh stok jualan daripada rakan sekerja memulakan aktiviti jualan secara atas talian menggunakan platform facebook dan WhatsApp. Produk jualan beliau dijual dengan harga sekitar Rm10 ke Rm15. Kualiti dan rasa produk jualan beliau yang sedap membuatkan jualan beliau mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan. Bagi memudahkan pelanggan untuk membuat pesanan, beliau turut menawarkan khidmat penghantaran sampai ke depan pintu rumah.

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

2726669a-8d38-4617-8b9c-e2e53ca8e043 taro chips  kerepek keladi sarawak 1534054191 36740a7e progressive

Nama perniagaan

Petani dan pembekal keladi segar

Alamat

No. 22 Kampung Niup, 94300 Kota Samarahan, Sarawak 

Nama peniaga

Yusuf Bin Marais

No. telefon dan Fb

018-3754063

Bilangan pekerja

2 orang

Tentang perniagaan

Encik Yusuf merupakan seorang pengusaha perahu tambang. Selain menambang, beliau juga mengusahakan tanaman keladi. Tanaman tersebut ditanam secara besar-besaran di dua lokasi berbeza iaitu di Kampung Niup dan di Kampung Tanjung Bundong. Antara faktor yang mendorong beliau mengusahakan tanaman tersebut adalah permintaan yang baik daripada pembeli, kaedah penjagaannya yang mudah serta hasilnya dapat dituai dalam tempoh yang singkat iaitu setelah 8 bulan ditanam. Pelanggan beliau kebiasaannya terdiri dari peniaga kecil, penduduk kampung yang ingin mengadakan kenduri serta pengusaha kerepek. Beliau menjual anak benih keladi dengan harga RM0.40 sepokok, isinya dijual RM2.50 sekilo manakala batangnya pula dijual dengan harga RM5 untuk empat batang.   

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

 131602591 2096000327197438 2777722476878102807 n 131239179 2096000283864109 7211698853404347576 n

Nama perniagaan

Peniaga kuih-muih dan kudapan untuk minum petang

Alamat

N0. 3 Kampung Niup, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Nama peniaga

Mohd. Noor Rizlan Bin Bustaman

No. telefon dan Fb

0112-3688358

Bilangan pekerja

2 orang

Tentang perniagaan

Rizlan merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Walaupun masih belajar, beliau rajin membantu ibunya menjalankan perniagaan jualan kuih-muih dan kudapan untuk minum petang. Aktiviti jualan dilakukan dengan cara berjaja ke setiap rumah yang ada di Kampung Niup. Selain itu, Rizlan turut memanfaatkan kemudahan whatsapp untuk mengiklankan perniagaannya kepada kawan-kawannya. Harga kuih-muih mereka sangat berpatutann iaitu dijual dengan harga RM1 untuk tiga biji. Antara kuih mereka yang sering mendapat permintaan yang menggalakkan daripada warga kampung adalah kuih karipap, donut dan kuih lenggang.