PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

Copy of 72 HOURS PRAYER AND FASTINING - Made with PosterMyWall 250716883 3053315671579435 1589960486548944321 n

Nama perniagaan

Peniaga Cendol Asli Sarawak

Alamat

Kampung Mang Hulu, 94300 Kota Samarahan, Sarawak 

Nama peniaga

Siti Nurhamizawati Binti Hamdan

No. telefon dan Fb

018-981 2756

Bilangan pekerja

2 Orang

Tentang perniagaan

Puan Hamizawati merupakan seorang peniaga kecil-kecilan. Sebelum ini, beliau dan suami memiliki gerai yang menjual nasi ayam di Kuching. Malangya, perniagaan mereka terjejas berikutan pendemik Covid-19 lalu gerai mereka terpaksa ditutup dan hanya beroperasi di kampung. Cekal dan tidak berputus asa, Puan Hamizawati kini merupakan agen Cendol Asli Sarawak yang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk di sekitar Kuching dan Samarahan. Tatkala melihat permintaan yang amat menggalakkan terhadap cendol tersebut, puan Hamizawati kini giat mempromosikan lagi produk jualannya itu menggunakan laman sosial WhatsApp dan facebook. Beliau turut menyediakan perkhidmatan menghantar tempahan pelanggan sehingga ke depan pintu rumah. Harga cendol yang dijualnya juga berpatutan iaitu cuma berharga RM3.50 untuk satu bekas.

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

131958731 3489929291076063 697126664306468043 n 239969153 4184582064944112 1301063333910241412 n

Nama perniagaan

Pengusaha kedai jahitan pakaian Syamizal Tailor

Alamat

Kampung Mang Tengah, 94300 Kota Samarahan, Sarawak 

Nama peniaga

Nursyamimi Binti Marzuki

No. telefon dan Fb

019-8385688

Bilangan pekerja

2 Orang

Tentang perniagaan

Puan Syamimi merupakan suri rumah sepenuh masa. Bakat dalam bidang jahitan ditambah lagi dengan kursus jahitan yang pernah dihadiri olehnya menyebabkan beliau mula mencuba mengusahakan kedai jahitan pakaian yang berdiri atas nama Syamizal Tailor. Pengalaman selama lebih lima tahun membuatkan beliau mahir menjahit pelbagai jenis jahitan seperti baju kurung, baju Melayu, Jubah, Kaftan, baju kemeja, langsir dan uniform sekolah. Pelanggan beliau semakin bertambah setelah beliau mengiklankan kedai jahitan beliau melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook. Tatkala menjelangnya musim  perayaan, puan Mimi kadang-kala terpaksa menolak tempahan daripada pelanggan berikutan permintaan yang luar biasa banyak. 

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

165769408 3294332794000008 4112889090396657629 n 168391184 3308205495946071 2928540025660988991 n

Nama perniagaan

Peniaga pelbagai jenis sate

Alamat

Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak 

Nama peniaga

Norlela Binti Razali

No. telefon dan Fb

0113-5937008

Bilangan pekerja

2 Orang

Tentang perniagaan

Puan Norlela merupakan ibu kepada tiga orang anak. Beliau mengusahakan perniagaan sate di rumahnya. Perniagaan beliau dijalankan secara kecil-kecilan dan turut dibantu oleh suaminya. Hasil perniagaan beliau berjaya menambah pendapatan keluarga memandangkan suaminya hanya bekerja sebagai seorang pekerja am di Kota Samarahan. Sate yang dijual oleh beliau digemari kerana sedap dan murah harganya iaitu dijual dengan harga Rm1 sebatang. Pelanggan puan Norlela terdiri daripada penduduk kampung Mang dan penduduk di sekitar kampung berdekatan. Beliau mengiklankan jualannya di aplikasi WhatsApp dan facebook serta turut menyediakan khidmat penghantaran untuk setiap pesanan pelanggan. Menjelang bulan Ramadhan dan hari Raya, beliau dan suami kebiasaannya menambah jenis menu yang dijual seperti menjual suntong tutok dan membuka tempahan untuk pelbagai jenis sate beserta kuah kacang. 

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

w ca0ae881-fa9a-4c5d-9e43-dda5d48ce851

Nama perniagaan

Peniaga wantan homemade dan produk sarang madu

Alamat

Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak 

Nama peniaga

Nurfatehah Binti Suut

No. telefon dan Fb

019-2844063

Bilangan pekerja

2 Orang

Tentang perniagaan

Cik Fatehah merupakan seorang Operator Pengeluaran di sebuah kilang elektronik yang terletak di Sama Jaya, Kuching, Sarawak. Kemahiran memasak suatu kelebihan buat beliau justeru sebagai usaha mencari pendapatan sampingan, beliau rajin berniaga wantan homemade. Beliau mengiklankan jualannya dalam kumpulan WhatsApp kampung dan facebook. Selain menjual wantan, beliau juga sejak kebelakangan ini aktif menjual produk sarang madu yang mulai viral. Beliau  mendapatkan stok jualan tersebut daripada kenalan di facebook. Penularan pendemik covid-19 yang menyebabkan tempat kerja beliau ditutup sementara tidak menjejaskan sumber kewangan beliau kerana perniagaan beliau sedikit sebanyak berjaya membantu menambahkan duit untuk perbelanjaan harian. Hal ini membuktikan minat berniaga mampu menjadi penyelamat sekiranya berlaku sesuatu di masa akan datang yang melibatkan tempat kita bekerja. 

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

 157ed98d-c71c-4c4f-a168-83461f640799 ema 2

Nama perniagaan

Peniaga Desert Buah

Alamat

Kampung Reban, 94700 Serian, Sarawak 

Nama peniaga

Dayang Erma  Shafiza Binti Awang Rajiee

No. telefon dan Fb

0113-5128106

Bilangan pekerja

2 Orang

Tentang perniagaan

Puan Erma merupakan seorang guru tadika. Walaupun berkerjaya, beliau minat berniaga kecil-kecilan. Antara perniagaan yang diusahakan oleh beliau adalah menjual desert buah-buahan seperti puding buah dan fruit Filipino. Pengiklanan dibuat oleh beliau secara atas talian menggunakan platform facebook dan WhatsApp.  Produk jualan beliau  dijual dengan harga sekitar Rm6 – Rm15 sebekas. Kualiti dan rasa produk jualan beliau yang sedap membuatkan jualan beliau mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan. Bagi memudahkan pelanggan untuk membuat pesanan, beliau turut menawarkan khidmat penghantaran sampai ke depan pintu rumah.