PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

4 jpg

Nama perniagaan

Peniaga aiskrim pelbagai jenis perisa serta barangan lain

Alamat

N0. 23 Kampung Niup, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Nama peniaga

Rahmah Binti Putit

No. telefon dan Fb

014-3560696

Bilangan pekerja

2 orang

Tentang perniagaan

Puan Rahmah merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau juga minat berniaga untuk mencari pendapatan sampingan. Di rumah, beliau menjalankan perniagaan menjual aiskrim, kad tambah nilai (reload), dan pakaian budak. Fokus perniagaan beliau lebih kepada penjualan aiskrim memandangkan permintaan terhadap aiskrim di kampung Niup amat menggalakkan. Stok jualan beliau diperoleh daripada kilang aiskrim, Demak. Beliau menjual aiskrim pelbagai perisa (coklat, jagung, vanilla, neopolitan) dengan dijual secara kotak, kon mahupun roti. Harga jualan sekitar Rm0.50 ke Rm7.

 

 

BUTIRAN

Gambar produk

 n1 n2

Nama perniagaan

Peniaga nasi lemak

Alamat

Simpang Kampung Niup, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Nama peniaga

Noni Hartini Binti Ismail

No. telefon dan Fb

0165787593 / 0138381258

Bilangan pekerja

2 orang

Tentang perniagaan

Puan Noni merupakan suri rumah sepenuh masa. Pada masa yang sama, beliau mengusahakan perniagaan sendiri di hadapan rumah. Beliau menjual juadah untuk sarapan pagi iaitu nasi lemak dan sandwich. Perniagaan beliau beroperasi pada hari isnin hingga jumaat jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Beliau juga membuka tempahan untuk sesiapa yang berminat untuk menempah nasi lemak beliau dalam kuantiti yang banyak. Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan, bolehlah menghubungi beliau di talian 01383812

 

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

 71481727 2392254444366552 4813653518332198912 n 118161431 2669146620010665 2407909607019213926 n

Nama perniagaan

Pengusaha dan peniaga produk berasaskan pertanian

Alamat

Kampung Melayu, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Nama peniaga

Morshidi Bin Haji Ramli

No. telefon dan Fb

014-3185636

Bilangan pekerja

10 orang

Tentang perniagaan

Encik Morshidi merupakan pemilik syarikat Sungei Marong Agrofarm Company yang beroperasi di Kampung Melayu, Kota Samarahan. Syarikat beliau mengusahakan produk-produk pertanian seperti tembikai, cili, timun, terung asam dan menjual pelbagai jenis anak pokok bunga dan buah. Syarikat tersebut juga menjual baja organik dan memasarkan media pertanian seperti cocopeat yang dikeluarkan sendiri oleh syarikat beliau. Pada masa yang sama, syarikat tersebut turut menyediakan kursus pertanian kepada individu yang berminat untuk mempelajari asas penanaman pokok dan pembuatan baja organik.

 

 

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

104447803 3051389848314964 6866725392743970265 n 106205175 3051390134981602 6800440921516034013 n

Nama perniagaan

Peniaga produk berasaskan kelapa seperti kelapa tua, santan sejuk beku, kerisik dan minyak kelapa asli

Alamat

No. 27 Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Nama peniaga

Raesah Binti Klontong

No. telefon dan Fb

019-8286227

Bilangan pekerja

3 orang

Tentang perniagaan

Puan Raesah merupakan suri rumah sepenuh masa. Minat untuk menambahkan pendapatan menyebabkan beliau memulakan perniagaan menjual produk berasaskan kelapa. Stok jualan beliau diambil daripada Sadong Jaya yang dibekalkan setiap minggu oleh anak beliau yang bertugas sebagai guru di sana. Antara produk yang dijual oleh beliau adalah kelapa tua, santan sejuk beku, kerisik dan minyak kelapa asli dengan harga sekitar Rm1.50 ke Rm15.00. Pasaran produk jualan beliau bukan hanya di Kampung Mang dan kampung berdekatan malahan turut dijual ke Semenanjung Malaysia melalui pengiklanan dalam platform jualan online seperti shopee dan facebook.

 

 

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

116422067 601597480794649 4945608881263616127 n 116702756 830234450714708 5475861689398068667 n

Nama perniagaan

Penjual kuih-muih dan juadah sarapan pagi di Kampung Niup

Alamat

Kampung Niup, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Nama peniaga

Rohaya Binti Udin

No. telefon dan Fb

019-8597040

Bilangan pekerja

2 orang

Tentang perniagaan

Puan Rohaya merupakan pemilik gerai dan peniaga kuih-muih di Kampung Niup. Perniagaan beliau  telah beroperasi sejak januari yang lalu. Antara kuih-muih dan juadah untuk sarapan yang dijual oleh beliau adalah kuih bingka, kuih  lenggang, kek coklat, nugget, nasi lemak, ayam goreng, mee goreng dan lain-lain lagi. Makanan yang dijual beliau dimasak sendiri yang turut dibantu oleh adiknya. Selain itu, ada antara kuih jualannya dihantar oleh penduduk kampung ke gerai beliau. Gerai beliau terletak di hadapan rumah beliau sendiri di Kampung Niup. Kedudukan gerai beliau yang strategik di tepi jalan utama kampung menyebabkan setiap hari ramai penduduk yang mengunjunginya.