PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

WhatsApp Image 2023-06-09 at 11.58.50 1 download

Nama perniagaan

NASI LEMAK KAK NGAH

Alamat

Kampung Niup, 94300 Kota Samarahan, Sarawak  

Nama peniaga

Nur Hidayah Bt Abdullah

No. telefon dan Fb

013-8108496

Bilangan pekerja

1 Orang

Tentang perniagaan

 

Puan Nur Hidayah merupakan seorang Surirumah. Beliau menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan di rumah. Puan Nur Hidayah membuat perniagaan nasi lemak kerana minat dan ingin menambah pendapatan keluarga. Beliau hanya mengiklankan produk jualannya menggunakan aplikasi whatsApp serta facebook. Dengan memanfaatkan kemudahan internet, beliau cuba mengiklankan perniagaannya itu. Beliau juga mahir memasak juadah nasi kenduri seperti nasi minyak, makanan berlauk seperti ayam masak merah, daging hitam, dalca serta turut menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Kemudahan media sosial seperti Facebook dan WhatsApp ternyata sangat membantu beliau dalam mengiklankan perniagaan tersebut.

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

c47f7984-8c68-4d62-b653-d6c06b15e70c 7161c90d-9d8b-4378-a90a-7c634761a64d

Nama perniagaan

Peniaga jeruk asam mangga

Alamat

Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak 

Nama peniaga

Maizura Binti Abu Kassim

No. telefon dan Fb

019-8916746

Bilangan pekerja

2 Orang

Tentang perniagaan

Puan Maizura merupakan seorang usahawan atas talian yang aktif di Kampung Mang. Beliau menjual pelbagai jenis barang keperluan termasuk pakaian, minuman dan barangan rumah. Baru-baru ini, beliau mula menjadikan jeruk asam mangga sebagai antara barang yang diniagakannya. Stok jeruk diperolehi daripada rakannya yang membuat sendiri jeruk tersebut di rumah. Kelebihan memiliki kenalan yang ramai di media sosial Facebook sangat memudahkan Puan Maizura membuat kerja-kerja pengiklanan. Kebiasaannya, dalam masa beberapa jam sahaja jeruk asam mangga beliau terjual habis sehingga mencapai 200 bungkus sehari. Faktor harga yang mampu milik juga mempengaruhi kejayaan perniagaan Puan Maizura itu. Ada dalam kalangan peniaga lain yang menjual jeruk seperti itu dengan harga RM5 sebungkus sedangkan Puan Maizura cuma menjual dengan RM4 sebungkus.

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

 da298e4c-5bfb-4043-8498-2a637a14877c 5788155f-15d8-4fac-ad9f-6436b6002bdd

Nama perniagaan

Peniaga kudapan minum petang dan hasil tani

Alamat

Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak 

Nama peniaga

Dayang Hashimah Binti Awang Othman

No. telefon dan Fb

014-8958671

Bilangan pekerja

2 Orang

Tentang perniagaan

Puan Hashimah merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anak. Pemergian suami beliau sejak beberapa tahun yang lalu menyebabkan kini beliau berusaha mencari pendapatan sendiri untuk membesarkan anak-anak. Dorongan dan sokongan daripada keluarga membuatkan beliau mulai mengusahakan perniagaan kecil-kecilan menjual kudapan atau juadah untuk minum petang. Beliau menjual makanan berperisa keju seperti corn dog dan ayam pop corn yang menjadi kesukaan kanak-kanak. Selain itu, beliau turut menjual hasil tani yang ditanam dan diproses sendiri seperti limau kasturi dan jeruk asam.  Aplikasi whatsApp sangat membantu beliau dalam mengiklankan perniagaan itu dan seterusnya memberi pendapatan sampingan kepada beliau serta keluarga.

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

d5748073-ae0b-495f-9d65-ba24cb2dcb13 275256813 6990584984345374 4559153294757324535 n

Nama perniagaan

Peniaga nasi ayam dan nasi berlauk

Alamat

Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak 

Nama peniaga

Nur Ain Binti Sidi

No. telefon dan Fb

0138412120

FB : Areyien Amani

Bilangan pekerja

2 Orang

Tentang perniagaan

Puan Nur Ain adalah pengusaha perniagaan menjual makanan secara kecil-kecilan di rumah. Dengan memanfaatkan kemudahan internet, beliau cuba mengiklankan perniagaannya itu. Beliau yang mahir memasak menjual nasi ayam, makanan berlauk seperti ayam masak merah, daging hitam, dan aneka mee goreng (kuew tiaw, bihun goreng, mee goreng basah) serta turut menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis atau kenduri. Kemudahan media sosial seperti Facebook dan WhatsApp ternyata sangat membantu beliau dalam mengiklankan perniagaan tersebut.

PERKARA

BUTIRAN

Gambar produk

 Lizawati Binti Sekoh NASI TOMATO  AYAM MASAK MERAH  DALCA  POTATO CURRY

Nama perniagaan

Peniaga pelbagai jenis makanan

Alamat

Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak 

Nama peniaga

Lizawati Binti Sekoh

No. telefon dan Fb

014-9991529

Bilangan pekerja

2 Orang

Tentang perniagaan

Puan Lizawati merupakan antara nama yang tidak asing di Kampung Mang. Beliau dikenali ramai kerana merupakan antara peniaga aktif di kampung tersebut. Kemahiran dan minat memasak membuatkan beliau cuba menambahkan pendapatan sendiri dengan berniaga makanan. Beliau menjual nasi ayam, nasi tomato, mee kolo, waffle dan kek lapis. Gerai jualan beliau beroperasi di depan rumahnya sahaja. Dalam masa yang sama, beliau turut memanfaatkan kemudahan internet untuk mempromosikan perniagaan beliau iaitu dengan menggunakan aplikasi WhatsApp dan Facebook.