145821473 837144943536388 8835488987262919575 o-768x1024 146160255 837145113536371 8070093303715575972 o-1024x768 images 2
 

Perkara

Butiran

Nama pengusaha

Razin bin Amran

Umur

31 Tahun

Alamat

SL6 Ground Floor Desa Ilmu Phase 25 (A), 94300 Kota Samarahan, Sarawak

No. Telefon

013-5658806

Waktu operasi

8.00 pagi – 11.00  malam

 

Unplugged Coffee ialah salah satu tempat yang menarik juga sesuai untuk dijadikan tempat untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan dan keluarga tersayang.Mereka menyediakan pelbagai jenis makanan, dari makanan western ke makanan melayu yang sedap juga pelbagai ice blended dan kopi. Harganya juga sangat berpatutan. Antara makanan yang direcommend ialah Nasi lemak,meatballs dan spaghetti Bolognese.Kafe ini juga menyediakan pelbagai indoor games seperti Congkak,Jenga dan juga pelbagai board games yang boleh didapati di kafe ini. Unplugged coffee juga sering menjadi lokasi yang dilawati oleh pelancong-pelancong yang berkunjung di samarahan dan pelajar daripada UITM dan UNIMAs. Cafe ini juga ada membuat tempahan jika memerlukan servis seperti menyambut Hari jadi ataupun pelbagai jenis majlis. Kepada yang berminat untuk membuat tempahan awal ,bolehlah menghubungi nombor 013-5658806 ataupun melayari https://www.facebook.com/unpluggedcoffee


 160612449 3728913857143789 107537337396267624 n 162869903 2855637068085787 5295919958168128035 n bot 1 
 

Perkara

Butiran

Nama pengusaha

Azwan Bin Azhar

Umur

37 tahun

Alamat

Kampung Meranek, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

No. Telefon

0112-5021923

Waktu operasi

8.00 pagi – 6.00 petang

         

Sungai Samarahan sememangnya terkenal sebagai lubuk udang galah. Antara lokasi tempat pemancing selalu berkampung untuk memburu hidupan sungai itu adalah di jambatan dan sungai Kampung Meranek, Kota Samarahan. Meskipun berisiko diancam reptilia ganas seperti buaya, hal ini tidak menghalang kaki pancing untuk meneruskan hobi emas tersebut. Rasa yang sedap dan harga pasaran yang bagus, iaitu dijual dengan harga mencecah RM60 sekilo menyebabkan hasil sungai itu digilai oleh pemancing dan nelayan. Bagi Encik Azwan Azhar, beliau menyedari peluang untuk menjana pendapatan tatkala melihat akan fenomena tersebut lantas mengilhamkan kepada beliau untuk mengusahakan perkhidmatan sewa bot di kampung tersebut. Kini, beliau memiliki lebih daripada 8 buah bot fiber beserta enjin sangkut yang disewa kepada mereka yang berminat dengan harga cuma RM50 sehari. Pengiklanan melalui laman Facebook berjaya membantu merancakkan lagi permintaan terhadap bot sewa milik beliau.

 

 

pp p ppp
 

Perkara

Butiran

Nama pengusaha

Haji Narawi Bin Samah

Umur

62 Tahun

Alamat

Kampung Niup, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

No. Telefon

018-3754063

Waktu operasi

8.00 pagi – 5.00 petang

         

Tahukah anda tatkala menyebut tentang Kampung Niup, ianya amat dekat sekali dengan warisan perahu tambang. Bagi yang pernah berkunjung ke Kampung Niup, sewaktu melalui jalan masuk ke kampung, pasti kunjungan anda terlebih dahulu disambut oleh replika perahu tambang yang menjadi mercu tanda kampung. Mengapa perahu tambang? Kampung Niup merupakan antara kampung yang terkenal kerana memiliki tukang-tukang yang mahir dalam membuat perahu. Replika perahu tambang yang dipamer di Kampung Niup itu merupakan hasil kerja tangan Allahyarham Jamaludin Sabu manakala replika perahu tambang yang dapat kita lihat di Dewan Suarah, Kota Samarahan pula dibuat oleh Haji Narawi Samah. Seorang lagi pembuat perahu terkenal anak jati Kampung Niup juga ialah Allahyarham Awang Julai Awang Telaha. Dalam pada itu, penambang perahu dari Kampung Niup merupakan antara mereka yang aktif menyediakan perkhidmatan perahu tambang di Pangkalan Batu dan di Tebingan Sungai Sarawak (Kuching Waterfront). Kemodenan dan kemajuan menyebabkan peranan perahu kini semakin dipandang sepi tapi perlu anda ketahui bahawa perkhidmatan perahu tambang telah wujud sejak zaman pemerintahan keluarga Brooke (1841-1941) di Sarawak lagi.

 

dlima 1 dlima 2 d4
 

Perkara

Butiran

Nama pengusaha

Felcra Sdn.Bhd

Umur

Tidak berkaitan

Alamat

Dewan Masyarakat Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

No. Telefon

013-560 1270

Waktu operasi

8.00 pagi – 5.00 petang

         

Menurut Salmah Jan Noor Muhamad (2020), tradisi menenun telah lama wujud dalam budaya masyarakat Melayu di Sarawak. Hal ini turut diceritakan dalam cerita rakyat Sarawak bertajuk Puteri Santubong Puteri Sejinjang yang turut menyebut tentang kemahiran yang dimiliki oleh Puteri Sejinjang dalam menenun kain. Tradisi menenun songket masih diwarisi oleh golongan wanita di Kampung Mang yang dinaungi oleh badan FELCRA kampung tersebut. Aktiviti menenun dilakukan di Dewan Masyarakat Kampung Mang pada setiap hari kecuali sabtu dan ahad. Menurut ketua D’lima Songket iaitu nama persatuan songket di situ, kerja menenun merupakan antara kerja yang memerlukan ketelitian dan kemahiran yang tinggi justeru untuk menyiapkan sehelai kain songket memakan masa sehingga tiga bulan. Memiliki harga pasaran yang bagus, sehelai kain songket tenunan tangan dijual dengan harga sehingga Rm5000. 

 

146524556 2802042323387760 8733131729826765905 n 146805429 2802042826721043 2025486931770192016 n 147072238 2802042416721084 1094557082252292746 n
 

Perkara

Butiran

Nama pengusaha

Hassan Bin Ali

Umur

55 Tahun

Alamat

Kampung Niup, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

No. Telefon

018-3754063

Waktu operasi

8.00 pagi – 5.00 petang

 

         Disebalik kawasan hutan, kebun kelapa, getah, lada dan pisang di Kampung Niup, tersembunyi suatu kisah tentang masyarakat dahulu kala yang tak terungkapkan. Mewarisi tanah pusaka orang tua, Pak Cik Hassan Ali 75, tidak menyangka sama sekali tindakannya mengupah jentolak untuk membersihkan hutan tua di tanahnya akan membawa kepada suatu penemuan yang tak disangka. Tatkala menggali tanah, pemilik jentolak memaklumkan kepada pak cik Hassan tentang adanya beberapa batang kayu yang berceracakan di dalam tanah. Setelah usaha mengeluarkannya dibuat, mereka mendapati ianya merupakan kayu-kayu belian yang saiznya sebesar pemeluk orang dewasa dengan ketinggian sekitar 8 kaki. Pada kayu tersebut, terdapat lubang segi empat berkemungkinan bertujuan agar ianya dapat disambungkan pada kayu lain.

       Kisah itu tidak terhenti di situ. Pernah juga tatkala dia mengupah orang untuk membuat parit, para pekerja memaklumkan kepadanya tentang beberapa barang yang ditemui sewaktu menggali tanah seperti linggi perahu yang berukir, kayu pengayuh belian, bahagian lesung kayu, serpihan pinggan mangkuk, batu-bata merah dan serpihan seakan arang batu. Orang kampung yang berkebun di tanah sebelah miliknya turut mendakwa pernah menemui serpihan perahu lama, tetapi apa yang menghairankan kedudukan tanah mereka sebenarnya agak jauh dari sungai. Ada juga cerita yang mengatakan di situ kira-kira lebih seabad yang lalu pernah wujud perkampungan lama. Walau bagaimanapun, susunan kayu belian besar yang ditemui seperti dinyatakan tadi tidak dapat dipastikan kegunaannya. Terdapat lebih 15 batang belian bersaiz sederhana masih tertanam di kawasan kebun itu.