Perkara |
Butiran |
Nama pengusaha |
Misiah Binti Tahir |
Umur |
57 Tahun |
Alamat |
No. 127 Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak |
No. Telefon |
013-8092779 |
Waktu operasi |
7.00 pagi - 9.00 pagi |
Kuih celorot merupakan antara kuih tradisional masyarakat Melayu Sarawak. Makanan ini selalu mejadi menu untuk sarapan pagi, dihidang semasa pengilan (kenduri) mahupun musim perayaan. Kuih ini diminati oleh semua golongan bukan hanya kerana rasanya yang sedap malah tekstur isinya juga lembut. Kos pembuatannya tidak memerlukan modal yang banyak kerana menggunakan bahan yang mudah didapati di sekeliling kampung. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat kuih celorot adalah beras pulut, gula apong dan santan. Gula apong digunakan sebagai pemanis kuih dan mengekalkan rasanya yang asli tanpa campuran bahan yang lain. Sarung kuih pula diperbuat daripada daun nipah muda yang akan digulung memanjang. Semasa proses membuat sarung kuih, kemahiran menggulung diperlukan agar sarung yang dibuat tidak bocor apabila dimasukkan adunan kuih (Muhamad Fadzllah Haji Zaini, 2014). Di kampung, kuih tradisi ini dijual dengan harga yang murah iaitu 3 biji hanya RM3.
Perkara |
Butiran |
Nama pengusaha |
Baharah Binti Mohamad |
Umur |
49 Tahun |
Alamat |
No. 29 Kampung Niup, 94300 Kota Samarahan, Sarawak |
No. Telefon |
011-40737178 |
Waktu operasi |
7.00 pagi – 10.00 pagi |
Kelupis merupakan antara makanan tradisi Melayu. Juadah ini kebiasaannya menjadi antara menu istimewa yang dihidangkan sewaktu hari raya. Menurut Muhamad Fadzllah Haji Zaini (2014), kelupis merupakan golongan nasi atau pulut yang dibungkus menggunakan daun palas. Makanan tradisi ini dimakan bersama rendang daging, susu mahupun pencecah manis yang lain seperti seri kaya. Untuk menghasilkan kelupis, beras pulut iaitu bahan utama untuk membuat kelupis perlu dimasak bersama santan. Setelah pulut tadi sejuk, ianya akan dibungkus di dalam daun palas. Langkah seterusnya adalah kelupis yang sudah dibungkus tadi perlu direbus selama 15 hingga 20 minit dan sedia untuk dihidangkan. Jika disimpan dengan baik, kelupis boleh bertahan selama tiga ataupun empat hari. Kelupis biasa dijual dengan harga Rm8 hingga Rm10 seikat. Rasa kelupis yang sedap membuatkan makanan tradisi ini digemari oleh pelbagai peringkat lapisan masyarakat. Di Sarawak, makanan tradisi ini turut menjadi antara menu istimewa di sesebuah restoran untuk menarik minat pengunjung agar singgah menjamu selera di kedai mereka.
Perkara |
Butiran |
Nama pengusaha |
Sallmah Binti Sapawi |
Umur |
47 Tahun |
Alamat |
No. 70 Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak |
No. Telefon |
014-8944271 |
Waktu operasi |
7.00 pagi – 10.00 pagi |
Tapai nasi juga merupakan antara makanan tradisi Melayu. Juadah ini kebiasaannya menjadi antara menu yang dihidangkan sewaktu sarapan pagi mahupun minum petang. Menurut Sallmah Sapawi (2019), tapai nasi diperbuat daripada nasi putih yang telah digaul bersama ragi dan gula. Adunan itu kemudian dibungkus di dalam daun nipah dan dibiarkan semalaman. Ianya hanya dapat dimakan pada keesokan harinya. Walau bagaimanapun, semakin lama tempoh tapai nasi itu disimpan, semakin enak rasanya. Di Kampung Mang, puan Sallmah Sapawi merupakan antara peniaga tapai nasi. Tapai yang dihasilkan oleh beliau yang enak serta murah harganya, iaitu dijual pada harga seringgit untuk 3 bungkus menyebabkan ianya selalu laris dijual. Tapai yang dibuat oleh beliau sering mendapat tempahan daripada penduduk kampung terutama sewaktu adanya majlis doa selamat ataupun kenduri perkahwinan penduduk di Kampung Mang.
Perkara |
Butiran |
Nama pengusaha |
Mokta Bin Mohamad |
Umur |
55 Tahun |
Alamat |
Jalan Kampung Meranek, 94300 Kota Samarahan, Sarawak |
No. Telefon |
016-2149000 |
Waktu operasi |
8.00 pagi – 12.00 tengah malam |
Homestay Seri Kenangan menawarkan perkhidmatan homestay yang selesa dengan harga mampu milik. Dikelilingi dengan suasana kedamaian kampung, homestay ini turut dilengkapi dengan kemudahan kolam renang, tempat terbuka untuk aktiviti babeque bersama keluarga, malah terdapat juga ladang buah-buahan serta taman haiwan mini khas buat tatapan pengunjung yang bertandang ke situ. Lokasi homestay ini juga strategik kerana terletak berdekatan UITM, Unimas serta bandar Kuching. Perkhidmatan membawa pelanggan melawat lokasi menarik di sekitar Kota Samarahan dan Kuching seperti melawat Kampung Budaya Sarawak, Kuching Waterfront, Semenggoh Wildlife, Jong Crocodile Farm dan lain-lain lagi turut ditawarkan oleh homestay ini. Dengan harga permulaan serendah RM90, kepada yang berminat untuk membuat tempahan bilik, bolehlah menghubungi nombor 016-2149000 ataupun melayari https://www.booking.com/hotel/my/seri-kenangan.en.html….
Perkara |
Butiran |
Nama pengusaha |
Yakup Bin Haji Johari |
Umur |
58 Tahun |
Alamat |
No. 61 Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak |
No. Telefon |
019-2522519 |
Waktu operasi |
8.00 pagi – 5.00 petang |
Lemang merupakan makanan tradisi Melayu. Ianya diperbuat daripada beras pulut yang dimasak bersama santan, dibakar di dalam buluh lemang yang telah disaluti daun pisang di dalamnya. Kebiasaannya, juadah ini disediakan apabila menjelangnya Hari Raya tetapi uniknya di Kampung Mang, makanan tradisi ini menjadi juadah wajib yang mesti ada setiap kali berlangsungnya majlis kenduri-kendara. Lemang dihidangkan kepada tetamu yang datang bertandang ke majlis malah turut dijadikan sebagai buah tangan kepada mereka yang pulang. Encik Yakup, 58 merupakan salah seorang warga Kampung Mang yang cukup mahir dalam menyediakan juadah lemang. Sewaktu kenduri-kendara, beliau sering mengetuai penduduk kampung melakukan kerja gotong-royong memasak lemang. Beliau turut mengambil tempahan lemang pada hari biasa mahupun di musim-musim perayaan. Lemang yang dibuat oleh beliau bukan sahaja sedap malah harganya juga sangat berpatutan iaitu sebatang lemang dijual dengan harga sekitar RM8.