Petugas memberi bimbingan dan latihan kepada peserta dalam menaip menggunakan microsoft office word.
Laporan Oktober - KDB : Berkongsi secara berlebihan dan Microsoft office word : Kelas menaip
Tarikh : 3 Oktober 2019 Masa : 3.00 petang - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan kali ini berupaya menambahkan kemahiran peserta menggunakan perisian microsoft office word. Minat peserta terhadap komputer turut dapat dipupuk serta menarik minat mereka agar sering mengunjungi PI.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta kelas menonton video KDB yang bertajuk "Berkongsi secara berlebihan". Petugas mengingatkan peserta bahawa sikap suka berlebihan dalam berkongsi maklumat peribadi di internet mampu mengundang kesan negatif. Selepas itu, petugas mengajar ahli PI yang baru tentang asas-asas microsoft office word. Mereka diminta membuat latihan menaip berpandukan teks yang telah disediakan oleh petugas. Dalam masa yang sama, petugas memberi tunjuk ajar kepada mereka cara membuat tajuk, membuat huruf besar dan huruf kecil, cara menjarakkan perkataan dan memasukkan gambar bagi mencantikkan lagi teks yang dibuat.
Melatih ahli baru PI agar celik IT. Petugas memberi bimbingan dan latihan kepada mereka menggunakan microsoft office word dan laman mewarna online.
Laporan Oktober - KDB : Tips penggunaan internet dan kelas asas ICT untuk ahli PI yang baru
Tarikh : 2 Oktober 2019 Masa : 2.30 petang - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan kali ini berupaya menambahkan kemahiran peserta menggunakan perisian microsoft office word. Minat peserta terhadap komputer turut dapat dipupuk melalui pendedahan mereka dengan laman mewarna online.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta kelas menonton video KDB yang bertajuk "Tips penggunaan internet". Selepas itu, petugas mengajar ahli PI yang baru tentang asas-asas microsoft office word. Mereka diminta membuat latihan menaip berpandukan teks yang telah disediakan oleh petugas. Dalam masa yang sama, petugas memberi tunjuk ajar kepada mereka cara membuat tajuk, membuat huruf besar dan huruf kecil, cara menjarakkan perkataan dan memasukkan gambar bagi mencantikkan lagi teks yang dibuat. Selepas peserta menyiapkan latihan menaip, peserta diajar membuka laman mewarna online. Peserta diajar cara mewarna online.
Melatih ahli baru PI agar celik IT. Petugas memberi bimbingan dan latihan kepada mereka menggunakan microsoft office word.
Laporan September - KDB : Maklumat palsu dan Microsoft office word : Latihan menaip dan membuat jadual
Tarikh : 10 September 2019 Masa : 2.30 Petang - 3.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan kali ini berupaya menambahkan pengetahuan peserta tentang microsoft office word.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Maklumat Palsu". Petugas mengingatkan peserta agar berhati-hati dalam menerima setiap maklumat yang diperoleh di internet kerana terdapat individu tidak bertanggungjawab yang suka menyebarkan maklumat palsu. Selepas itu, petugas mengajar peserta tentang microsoft office word. Petugas mengajar peserta cara menaip tajuk, membuat jadual dan mengisi jadual berpandukan teks yang telah diberi. Dalam masa yang sama, petugas memberi tunjuk ajar kepada mereka cara membuat tajuk, membuat huruf besar dan huruf kecil, cara menjarakkan perkataan dan lain-lain lagi. Petugas turut memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.
Menambahkan kecekapan peserta dalam menggunakan microsoft office word.
Laporan Oktober - KDB : Buli Siber dan Microsoft Office Word : Belajar membuat kad jemputan untuk majlis perkahwinan Bahagian II
Tarikh :1 Oktober 2019 Masa : 9.00 pagi - 11.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kemahiran peserta dalam menggunakan microsoft word untuk membuat kad jemputan untuk majlis perkahwinan dapat ditingkatkan. Seterusnya, minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI dapat disemai. Petugas dapat juga mempromosi aktiviti PI dan menambah keahlian PI Pekan Samarahan yang sedia ada.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Buli Siber". Peserta diingatkan agar tidak melakukan perbuatan buli siber kerana ianya akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada orang lain. Selepas itu, peserta diberi tunjuk ajar tentang cara menghasilkan kad jemputan untuk majlis perkahwinan yang cantik dan menarik menggunakan microsoft word. Untuk mendapatkan gambar dan bingkai yang menarik dan sesuai, peserta diajar cara menggunakan enjin carian Google. Petugas mengajar peserta cara memasukkan bingkai kad ucapan pada microsoft word, cara memasukkan perkataan dan mengedit tulisan. Setelah peserta berjaya menyiapkan kad tersebut, petugas mencetak kad itu agar peserta dapat melihat hasil kerja mereka.
Meningkatkan kemahiran murid dalam menggunakan perisian microsoft power point.
Laporan September - Advokasi KDB : Teknologi dan anda serta latihan membuat slide pembentangan menggunakan microsoft power point
Tarikh : 9 September 2019 Masa : 2.00 Petang - 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan kali ini berupaya menambahkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menggunakan microsoft power point.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, petugas membentangkan kepada peserta advokasi KDB yang bertajuk "Teknologi dan Anda". Melalui pembentangan tersebut, peserta akan mengetahui tentang internet dan cara kemudahan internet dihubungkan kepada pengguna serta punca yang menyebabkan kemudahan internet boleh terganggu. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft power point. Petugas menerangkan tentang kegunaan perisian tersebut. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk dan tulisan, meletakkan gambar yang telah dimuat turun daripada google, memasukkan bentuk untuk membuat peta minda menggunakan insert-shape, menukar latar belakang slide dan menambah slide baru.