Melatih kemahiran peserta menggunakan komputer khususnya kemahiran membuat video pendek.

Laporan September - KDB : Buli Siber dan Windows movie maker : Kelas membuat video pendek

Tarikh    : 7 September 2019

Masa     : 2.00 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 7 Orang

Tujuan

Kelas yang diadakan kali ini berupaya memberi kesedaran kepada peserta agar menghindarkan diri daripada menjadi pembuli siber mahupun menjadi mangsa buli siber. Selain itu, penyertaan mereka dalam kelas minggu ini dapat menambahkan pengetahuan mereka tentang komputer dan perisian Windows Movie Maker. Dalam masa yang sama, minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI dapat dipupuk malahan petugas PI berkesempatan untuk mempromosi aktiviti PI yang akan diadakan pada masa akan datang. 

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Buli Siber". Seterusnya, peserta diajak menonton video-video di youtube yang telah dihasilkan menggunakan Windows Movie Maker. Peserta diberi latihan membuat video menggunakan perisian itu. Petugas membahagikan peserta kepada tiga kumpulan. Peserta diberi tajuk video yang perlu dihasilkan dan diminta mendapatkan bahan video di sekitar kawasan PI atau di sekitar kampung. Melalui bimbingan petugas, peserta diajar cara membuat video mudah yang menarik. Video yang telah siap dihasilkan oleh peserta kemudiannya telah dimuat naik ke dalam youtube.

69099440 2495790753844264 1840222087076118528 n 

Peserta diperkenalkan dengan perisian yang sangat berguna untuk mengedit gambar iaitu Adobe Photoshop CS6.

Laporan September - KDB : Penipuan Internet dan Adobe photoshop CS6 : Kelas suntingan imej

Tarikh   : 6 September 2019

Masa     : 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 3 Orang

Tujuan

Peserta dapat mengasah kemahiran menggunakan Adobe Photoshop CS6. Mereka akan menjadi kreatif mengedit gambar menggunakan perisian itu. Kelas yang diadakan juga berupaya memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI dan memberi pendedahan tentang kewujudan PI Pekan Samarahan. Dalam masa yang sama, petugas dapat mempromosikan aktiviti PI serta menambah keahlian PI Pekan Samarahan yang sedia ada.

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta ditayangkan dengan video KDB yang bertajuk "Penipuan Internet". Peserta diingatkan agar tidak mudah mempercayai mana-mana syarikat atau individu yang menghubungi mereka dan mengatakan mereka telah memenangi hadiah berupa wang kerana kebanyakan sendiket penipuan internet yang berlaku hari ini bermodus operandi seperti itu untuk memperdaya mangsa. Peserta kemudian diminta membuka perisian Adobe Photoshop CS6. Peserta diminta membuat suntingan imej menggunakan perisian itu. Petugas mengajar peserta cara memasukkan gambar, cara memotong latar belakang gambar dan cara memindahkan gambar ke latar belakang yang baru. Peserta turut diajar cara memasukkan dan mencantikkan tulisan. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam bentuk JPEG. 

Melatih golongan wanita dan belia agar celik IT. Petugas memberi bimbingan dan latihan kepada mereka menggunakan microsoft office word.

Laporan September - Kelas menaip, membuat jadual dan carta organisasi

Tarikh    : 2 September 2019

Masa     : 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 3 Orang

Tujuan

Kelas yang diadakan kali ini berupaya menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran mereka dalam menaip, membuat jadual dan carta organisasi menggunakan microsoft office word.

Aktiviti

Petugas mengajar ahli PI yang baru tentang microsoft office word. Mereka diminta membuat latihan menaip berpandukan teks yang telah disediakan oleh petugas. Selepas itu, petugas mengajar peserta cara membuat jadual dan carta organisasi yang menarik menggunakan perisian tersebut. 

Menambahkan kecekapan peserta dalam menggunakan microsoft office word.

Laporan SeptemberKDB :  Berkongsi secara berlebihan dan Microsoft Office Word : Belajar membuat kad jemputan untuk majlis perkahwinan

Tarikh    : 3 September 2019

Masa     : 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 2 Orang

Tujuan

Kemahiran peserta dalam menggunakan microsoft word untuk membuat kad jemputan untuk majlis perkahwinan dapat ditingkatkan. Seterusnya, minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI dapat disemai. Petugas dapat juga mempromosi aktiviti PI dan menambah keahlian PI Pekan Samarahan yang sedia ada.

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Berkongsi secara belebihan". Peserta diingatkan agar bijak semasa menggunakan internet dan tidak berkongsi sesuatu secara berlebih-lebihan kerana ianya akan mengundang kesan yang tidak baik. Selepas itu, peserta diberi tunjuk ajar tentang cara menghasilkan kad jemputan untuk majlis perkahwinan yang cantik dan menarik menggunakan microsoft word. Untuk mendapatkan gambar dan bingkai yang menarik dan sesuai, peserta diajar cara menggunakan enjin carian Google. Petugas mengajar peserta cara memasukkan bingkai kad ucapan pada microsoft word, cara memasukkan perkataan dan mengedit tulisan. Setelah peserta berjaya menyiapkan kad tersebut, petugas mencetak kad itu agar peserta dapat melihat hasil kerja mereka.

Memperkenalkan kepada peserta perisian yang mudah digunakan untuk melukis dan mewarnakan grafik iaitu perisian paint.

Laporan OgosKDB : Mobile e-waste dan melukis serta mewarnakan jalur gemilang menggunakan paint

Tarikh   : 12 Ogos 2019

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 6 Orang

Tujuan

Kelas yang diadakan kali ini berupaya memupuk kesedaran kepada peserta agar melupuskan sisa buangan elektronik dengan kaedah yang betul melalui usaha pihak MCMC mewujudkan kotak mobile e-waste di PI. Selain itu, kemahiran peserta dalam menggunakan perisian paint dapat diasah. Petugas dapat juga mempromosi aktiviti PI dan menambah keahlian PI Pekan Samarahan yang sedia ada. 

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Mobile e-waste". Petugas mengingatkan peserta agar memanfaatkan kotak mobile e-waste yang terdapat di PI untuk melupuskan sisa buangan elektronik. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian paint. Petugas mengajar peserta cara menggunakan perisian itu untuk melukis dan mewarnakan jalur gemilang.