Peserta diperkenalkan dengan perisian yang sangat berguna untuk mengedit gambar iaitu Adobe Photoshop CS6.
Laporan Ogos - Adobe photoshop CS6 : Kelas suntingan imej
Tarikh : 4 Ogos 2019 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Peserta dapat mengasah kemahiran menggunakan Adobe Photoshop CS6. Mereka akan menjadi kreatif mengedit gambar menggunakan perisian itu. Kelas yang diadakan juga berupaya memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI dan memberi pendedahan tentang kewujudan PI Pekan Samarahan. Dalam masa yang sama, petugas dapat mempromosikan aktiviti PI serta menambah keahlian PI Pekan Samarahan yang sedia ada.
Aktiviti
Peserta diminta membuka perisian Adobe Photoshop CS6. Peserta diminta membuat suntingan imej menggunakan perisian itu. Petugas mengajar peserta cara memasukkan gambar, cara memotong latar belakang gambar dan cara memindahkan gambar ke latar belakang yang baru. Peserta turut diajar cara memasukkan dan mencantikkan tulisan. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam bentuk JPEG.
Melatih ahli baru PI agar celik IT. Petugas memberi bimbingan dan latihan kepada mereka menggunakan microsoft office word.
Laporan Ogos - Kelas asas ICT
Tarikh : 4 Ogos 2019 Masa : 11.00 pagi - 1.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan kali ini berupaya menambahkan pengetahuan peserta tentang microsoft office word.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta kelas menonton video KDB yang bertajuk "Berkongsi secara berlebihan". Selepas itu, petugas mengajar ahli PI yang baru tentang asas-asas microsoft office word. Mereka diminta membuat latihan menaip berpandukan teks yang telah disediakan oleh petugas. Dalam masa yang sama, petugas memberi tunjuk ajar kepada mereka cara membuat tajuk, membuat huruf besar dan huruf kecil, cara menjarakkan perkataan dan memasukkan gambar bagi mencantikkan lagi teks yang dibuat.
Meningkatkan pengetahuan pelajar agar berhati-hati dalam menggunakan internet. Selain itu, ianya dapat menambahkan pengetahuan peserta tentang microsoft office word khususnya dalam kalangan murid tahap satu.
Laporan Ogos - KDB : Penipuan internet dan Microsoft Office Word : Latihan menaip dan memasukkan imej.
Tarikh : 2 Ogos 2019 Masa : 3.30 Petang - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan kali ini berupaya memberi kesedaran kepada peserta akan kewujudan sendiket penipuan di internet (scam) dan lain-lain lagi. Kemahiran peserta dalam menggunakan microsoft office word dapat ditingkatkan. Petugas dapat juga mempromosi aktiviti PI dan menambah keahlian PI Pekan Samarahan yang sedia ada.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Penipuan Internet”. Petugas mengingatkan peserta agar mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak mudah mempercayai sebarang mesej meragukan yang diterima sewaktu melayari internet agar tidak menjadi mangsa penipuan. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft office word. Peserta diajar cara menggunakan perisian itu untuk menaip dan memasukkan gambar dari internet.
Memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan peserta serta menambahkan kecekapan mereka dalam menggunakan microsoft office word.
Laporan Ogos - Dashboard : My Shop dan Microsoft Office Word : Belajar membuat kad jemputan untuk majlis perkahwinan
Tarikh : 3 Ogos 2019 Masa : 2.00 Petang - 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan kali ini berupaya memupuk minat peserta untuk berniaga dan mempromosikan produk yang dijual menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti-My Shop. Pada masa yang sama, kemahiran peserta dalam menggunakan microsoft word untuk membuat kad jemputan untuk majlis perkahwinan dapat ditingkatkan. Seterusnya, minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI dapat disemai. Petugas dapat juga mempromosi aktiviti PI dan menambah keahlian PI Pekan Samarahan yang sedia ada.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diajar cara menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti-My Shop untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Selepas itu, peserta diberi tunjuk ajar tentang cara menghasilkan kad jemputan untuk majlis perkahwinan yang cantik dan menarik menggunakan microsoft word. Untuk mendapatkan gambar dan bingkai yang menarik dan sesuai, peserta diajar cara menggunakan enjin carian Google. Petugas mengajar peserta cara memasukkan bingkai kad ucapan pada microsoft word, cara memasukkan perkataan dan mengedit tulisan.
Menarik minat pelajar sekolah rendah memanfaatkan kemudahan internet untuk mengulangkaji pelajaran.
Laporan Julai - E-Pembelajaran : Ulangkaji pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Sains
Tarikh : 8 Julai 2019 Masa : 3.00 pagi - 4.30 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Mendidik peserta agar memanfaatkan internet untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran dengan kaedah yang menarik dan menyeronokkan.
Aktiviti
Petugas mengajak ahli PI yang selesai menggunakan komputer untuk mengulangkaji pelajaran di laman Quizizz. Antara subjek yang diulangkaji adalah subjek bahasa Melayu, pendidikan Islam dan Sains.