Tarikh   : 4 Febuari 2020

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Meningkatkan kemahiran peserta menggunakan perisian microsoft office word khususnya untuk menaip dan membuat peta minda.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak  menonton video KDB yang bertajuk "Berkongsi secara berlebihan". Petugas mengingatkan peserta agar tidak berkongsi maklumat yang tidak  sepatutnya di laman  sosial kerana ianya berupaya mengundang musibah. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft office word. Petugas mengajar peserta cara menaip, penggunaan caps lock, backspace, spacing, font size dan cara memasukkan nombor. Peserta diajar cara memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk membuat peta minda dan pemilihan warna pada perkataan agar nota yang dibuat menjadi jelas dan mudah dibaca.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 1 Febuari 2020

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Meningkatkan kemahiran peserta menggunakan perisian microsoft office word khususnya untuk menaip dan membuat jadual.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak  menonton video KDB yang bertajuk "Buli Siber". Petugas mengingatkan peserta agar tidak terjebak dalam gejala buli siber. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft office word. Peserta diajar cara memasukkan jadual, menaip perkataan dan mewarnakan jadual. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan. Petugas memberikan latihan kepada peserta serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.

Klik sini untuk lihat foto

 

 

Tarikh   : 4 Januari 2020

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Memupuk  semangat keusahawanan dan melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft office word untuk membuat kad jemputan.

Aktiviti yang dijalankan

Petugas meminta peserta membuat kad jemputan untuk majlis perkahwinan menggunakan perisian microsoft word. Petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer. Petugas mengajar peserta cara menukar margin word dan aturan yang sesuai pada perisian itu untuk menghasilkan sesebuah kad. Petugas mengajar peserta cara mendapatkan bingkai yang menarik di google dan cara mencantikkan sesebuah kad yang dibuat menggunakan tulisan yang kreatif dan animasi yang sesuai. Petugas memberi masa untuk bertanya soalan. Petugas turut  berusaha memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.

Klik sini untuk lihat foto

 

 

Tarikh   : 20 Januari 2020

Masa     : 2.30 petang - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Meningkatkan kemahiran peserta menggunakan perisian microsoft office word khususnya untuk membuat buku bergambar.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak  menonton video KDB yang bertajuk "Siber Grooming". Selepas itu, petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft office word yang pelbagai antaranya perisian tersebut dapat digunakan untuk menghasilkan buku bergambar. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk dan perkataan, gambar menarik yang telah dimuat turun daripada google dan pemilihan warna pada perkataan agar buku bergambar yang dibuat menjadi jelas serta mudah dibaca.

Klik sini untuk lihat foto

 

 

Tarikh   : 4 Januari 2020

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Memberi pengenalan kepada peserta tentang microsoft office word serta melatih mereka kemahiran menaip.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta dipertontonkan dengan video KDB bertajuk "Penipuan internet". Petugas mengingatkan peserta agar sentiasa berhati-hati dalam menggunakan internet agar tidak menjadi mangsa penipuan. Selepas itu, petugas memberi peserta latihan menaip menggunakan teks surat kiriman rasmi yang telah disediakan. Petugas mengajar peserta cara membuat huruf besar dan kecil, cara menjarakkan perkataan, cara membuat pemerengganan teks, memasukkan garis dan lain-lain lagi.

Klik sini untuk lihat foto