Tarikh : 3 Disember 2019 Masa : 2.00 Petang - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan microsoft power point. Selain itu, kelas yang diadakan juga dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam membuat nota pelajaran yang kreatif dan menarik menggunakan perisian tersebut.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Penipuan kewangan”. Penayangan video KDB itu berupaya meningkatkan kesedaran peserta agar menitikberatkan sikap berwaspada dengan sebarang kegiatan di internet yang menawarkan habuan wang ringgit agar mereka tidak menjadi mangsa penipuan. Selepas itu, petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft power point. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk membuat peta minda, gambar yang menarik dan pemilihan warna pada perkataan agar nota yang dibuat menjadi jelas dan mudah dibaca. Petugas turut mengajar peserta cara menukar latar belakang pada microsoft power point. Peserta diminta membuat nota pelajaran berpandukan lembaran yang telah diedarkan kepada mereka.
Tarikh : 2 Disember 2019 Masa : 2.00 Petang - 4.30 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melahirkan murid yang celik IT serta menarik minat mereka agar sering mengunjungi PI.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Teknologi dan anda”. Penayangan video itu berupaya memberi informasi kepada peserta tentang perkembangan teknologi komputer dari zaman dahulu sehingga kini dan mendidik mereka agar memanfaatkan kemudahan teknologi itu dengan bijak. Seterusnya, peserta diminta membuka perisian microsoft office word. Petugas memberikan peserta latihan menaip menggunakan teks yang telah disediakan. Petugas mengajar peserta cara membuat huruf besar dan kecil, cara menjarakkan perkataan, cara membuat pemerengganan teks dan lain-lain lagi. Selepas kelas menaip, peserta diajar mewarna di internet menggunakan laman mewarna online.
Tarikh : 16 November 2019 Masa : 2.00 Petang - 4.30 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan microsoft power point. Selain itu, kelas yang diadakan juga dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam membuat nota pelajaran yang kreatif dan menarik menggunakan perisian tersebut.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Tips keselamatan di internet”. Penayangan video KDB itu berupaya meningkatkan kesedaran peserta agar menitikberatkan sikap berhati-hati dan berwaspada semasa menggunakan internet. Selepas itu, petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft power point. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk membuat peta minda, gambar yang menarik dan pemilihan warna pada perkataan agar nota yang dibuat menjadi jelas dan mudah dibaca. Petugas turut mengajar peserta cara menukar latar belakang pada microsoft power point. Peserta diminta membuat nota pelajaran berpandukan lembaran yang telah diedarkan kepada mereka.
Tarikh : 19 November 2019 Masa : 2.00 Petang - 3.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melahirkan murid yang celik IT serta melatih kemahiran menaip di kalangan mereka.
Aktiviti yang dijalankan
Petugas PI meminta peserta membuka perisian microsoft office word. Petugas memberikan peserta latihan menaip menggunakan teks yang telah disediakan. Petugas mengajar peserta cara membuat huruf besar dan kecil, cara menjarakkan perkataan, cara membuat pemerengganan teks dan lain-lain lagi.
Tarikh : 8 November 2019 Masa : 2.00 Petang - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melahirkan murid yang celik IT. Peserta mengenali komputer dan kegunaannya. Peserta juga mendapat pengetahuan tentang penggunaan microsoft power point.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Tidak pasti jangan kongsi”. Petugas mengingatkan peserta agar mengenal pasti dahulu maklumat yang diperoleh di internet agar mereka tidak tersilap dalam menyebarkan maklumat palsu. Seterusnya, peserta diminta membuka perisian microsoft office word. Peserta diajar cara memasukkan jadual, memasukkan perkataan, mewarnakan jadual dan memasukkan gambar. Petugas memberi penerangan dan latihan kepada peserta serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.