Tarikh : 3 Januari 2020 Masa : 2.30 Petang - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi pengenalan kepada peserta tentang microsoft power point serta mengasah kemahiran mereka dalam membuat peta minda menggunakan perisian itu.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta dipertontonkan dengan video KDB bertajuk "Mobile e-waste". Petugas mengingatkan peserta agar melupuskan sisa buangan elektronik seperti telefon bimbit dengan cara yang betul agar tidak mencemarkan alam. Seterusnya, petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft power point. Peserta diminta membuat peta minda berpandukan tajuk yang telah diberi kepada mereka. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk membuat peta minda, gambar yang menarik dan pemilihan warna pada perkataan agar peta minda yang dibuat menjadi jelas dan mudah dibaca. Petugas turut mengajar peserta cara menukar latar belakang pada microsoft power point.
Tarikh : 20 Disember 2019 Masa : 2.30 Petang - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi pengenalan kepada peserta tentang komputer. Petugas turut dapat melatih kemahiran menaip, membuat jadual dan memasukkan gambar dalam kalangan peserta.
Aktiviti yang dijalankan
Petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer serta memberi latihan menaip kepada peserta. Petugas mengajar peserta cara membuat tajuk dan memasukkan jadual menggunakan (insert-table), membuat huruf besar dan kecil, cara menjarakkan perkataan, memasukkan gambar yang telah dimuat turun daripada google dan lain-lain lagi. Petugas turut mengajar peserta cara menyimpan hasil kerja yang dibuat di komputer.
Tarikh : 8 Disember 2019 Masa : 9.00 Petang - 11.30 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan microsoft publisher. Selain itu, kemahiran peserta dalam membuat risalah pelancongan yang kreatif dan menarik menggunakan perisian tersebut dapat diasah.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Siber Grooming”. Penayangan video KDB itu berupaya meningkatkan kesedaran peserta agar berhati-hati kerana wujudnya individu tidak bermoral yang suka menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa seks. Seterusnya, petugas menerangkan tentang microsoft publisher dan kelebihannya. Petugas menerangkan cara memilih template yang sesuai untuk membuat risalah kreatif. Petugas turut mengajar peserta cara memasukkan tajuk dan perkataan dengan menyunting template yang ada, meletakkan bentuk yang sesuai insert shape, cara memasukkan gambar dan pemilihan warna pada perkataan agar hasil kerja yang dibuat menjadi jelas dan mudah dibaca. Peserta juga diajar menyalin maklumat yang diambil dari google sebelum memasukkannya pada risalah menggunakan kaedah copy-paste. Petugas turut mengajar peserta cara menukar latar belakang pada risalah. Di akhir kelas, peserta diajak mengulangkaji subjek jawi, bahasa Melayu dan Sains menggunakan laman e-pembelajaran.
Tarikh : 16 Disember 2019 Masa : 2.00 Petang - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan microsoft power point. Selain itu, kelas yang diadakan juga dapat meningkatkan kemahiran peserta membina carta organisasi keluarga yang kreatif dan menarik menggunakan perisian tersebut.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Maklumat Palsu". Peserta diingatkan agar berhati-hati kerana tidak semua maklumat di internet adalah benar. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft power point. Petugas menerangkan tentang kegunaan perisian itu. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk membuat carta organisasi dan pemilihan warna pada perkataan agar carta yang dibuat menjadi jelas serta mudah dibaca. Petugas turut mengajar peserta cara menukar latar belakang pada microsoft power point. Peserta diminta membuat carta organisasi berpandukan lembaran yang telah diedarkan kepada mereka.
Tarikh : 7 Disember 2019 Masa : 2.00 Petang - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan perisian adobe photoshop CS6. Meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan suntingan imej yang kreatif.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Semak label”. Penayangan video itu berupaya memberi informasi kepada peserta tentang peri pentingnya memeriksa label sesuatu barang elektronik sebelum membeli. Seterusnya, petugas menerangkan tentang kegunaan perisian adobe photoshop CS6. Petugas membuat praktikal cara menggunakan perisian itu seperti cara memasukkan gambar latar belakang yang telah dimuat turun daripada google, cara memasukkan imej kedua pada gambar, cara memotong gambar menggunakan ikon yang terdapat pada perisian itu, cara membuat kemasan pada gambar dan cara memasukkan tulisan yang jelas dan menarik. Petugas meminta peserta membuat dua buah iklan pelancongan menggunakan perisian itu. Akhir sekali, petugas mengajar peserta menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG.