Tarikh : 17 Oktober 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk membekalkan mereka dengan kemahiran asas dalam menaip dan menggunakan teknologi pembentangan. Ini merangkumi kemahiran menaip dengan betul, menggunakan PowerPoint sebagai alat untuk menyusun dan membentangkan idea, serta mengembangkan kemahiran komunikasi dan kreativiti.
Pada permulaan kelas, pengajar mengagihkan bahan-bahan yang yang telah dicetak untuk peserta menaip ke dalam slide powerpoint. Kemudian, peserta memulakan menaip mereka dengan menekan Insert> Text Box. Untuk bahagian latar belakang teks yang telah di taip tadi, peserta menekan Right Click> Format Background > Picture fill> pilih gambar yang bersesuai dengan tajuk dan teks yang ditaip. Selepas itu, apabila kesemuanya sudah ditaip maka peserta akan menyimpan kerja tersebut dengan menekan Save.
Tarikh : 14 Oktober 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang makanan yang menarik di Sarawak serta membantu peserta membuat slaid yang menarik.
Pada permulaan kelas, peserta perlu membuka laman Canva. Selepas itu, peserta menekan tajuk utama yang diberikan oleh pengajar iaitu Slides. Seterusnya, peserta mencari contoh slaid yang menarik untuk mereka edit. Kemudian, peserta mengedit mengikut kreativiti masing-masing agar slaid nampak lebih menarik. Apabila sudah habis mengedit ,peserta akan memasukkan gambar yang telah di muat turun ke dalam slaid yang mereka taipkan itu. Akhir sekali, peserta menyimpan dokumen tersebut dengan menekan Save di bahagian tepi.
Tarikh : 11 Oktober 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk peserta mempelajari ilmu baru iaitu mengedit buku cerita digital dengan menggunakan aplikasi Capcut.
Pada permulaan kelas, pengajar akan menerangkan terlebih dahulu apa itu aplikasi Capcut. Kemudian,pengajar akan memberi teks yang akan dimasukkan ke dalam video itu nanti. Seterusnya, peserta memulakan tugasan mereka dengan mencari gambar yang berkaitan dengan tajuk “ Buku Cerita Digital” yang diberikan oleh pengajar. Setelah kesemua gambar telah dicari, maka peserta akan mula mengedit untuk masukkan teks-teks jalan cerita yang diberi oleh pengajar. Kemudian, peserta akan memasukkan gambar-gambar yang telah dicari tadi ke dalam slaid yang berkenaan dengan teks yang ditaip. Akhir sekali, peserta akan menyimpan hasil kerja tersebut dengan menekan butang Export.
Tarikh : 13 Oktober 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk membuat peserta menjadi lebih kreatif dan idealistik.
Pada permulaan kelas, peserta diajarkan cara membuat anyaman kertas oleh pengajar. Kemudian, pengajar mengedarkan kertas yang mempunyai gambar yang bentuk-bentuknya berbeza untuk peserta mengayam dengan kertas warna pilihan mereka. Selepas itu, peserta memotong helaian demi helaian kertas mengikut ukuran sepanjang 1cm agar dapat ukuran yang sama. Akhir sekali, peserta melekatkan solotep disetiap bucu-bucu pengakhiran kertas anyaman agar dapat hasil yang cantik.
Tarikh : 4 Oktober 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk menggalakkan pembelajaran secara seronok. Bahkan Quizizz juga menggunakan elemen permainan yang menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan tidak membosankan.
Pada permulaan kelas, peserta akan melayari laman web Quizziz untuk mereka mulakan kuiz tersebut. Kemudian, pengajar akan memberi kod untuk para peserta menyertai kuiz sains tersebut. Selepas itu, peserta akan menjawab soalan-soalan yang telah disediakan dalam laman web itu. Akhir sekali, peserta yang dapat menjawab soalan tersebut dengan markah yang paling tinggi , maka dialah pemenang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat tinggi.