Peserta diajar cara menggunakan laman dashboard komuniti agar mereka tahu aktiviti yang akan dijalankan di PI1M. Setelah mahir meggunakan laman dashboard komuniti pelajar diadakan aktiviti mewarna secara online. Melatih pelajar menggunakan laman dashboard komuniti dan menguji tahap kemahiran pelajar menggunakan komputer serta mewarna secara online.
Laporan Mei - Dashboard Komuniti (Pengumuman My Komuniti) & E-Pembelajaran (Mewarna Online)
Tarikh : 14 Mei 2018 Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Melatih pelajar menggunakan dashboard komuniti. Menguji tahap penguasaan pelajar dalam mewarna secara online. Membentuk pelajar agar kreatif mewarna dengan kemahiran komputer yang ada. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.
Aktiviti
Petugas meminta peserta membuka laman web dashboard dan petugas menerangkan modul yang terdapat dalam Dashboard Komuniti. Salah satu modul ialah My Komuniti. Para peserta diajar bagaimana membuat pengumuman dalam My Komuniti. Kelas ini dapat melatih pelajar menggunakan laman dashboard komuniti dan menguji tahap kemahiran pelajar menggunakan komputer. Peserta mewarna secara online untuk menguji kemahiran mewarna dan meningkatkan kreativiti para peserta.
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Publisher. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Office bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Peserta juga diberi ceramah mengenai klik dengan bijak bagaimana untuk mengatasi sesuatu kegagalan sehingga menjadi orang Berjaya. Mengelak diri daripada terjebak dengan gejala buli siber dimana akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap diri sendiri dan juga orang lain.
Laporan Mei - Advokasi KDB (Buli Siber) & Latihan Keusahawanan (Membuat Business Card)
Tarikh : 7 Mei 2018 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Meningkatkan keahlian PI1M. Peserta mengetahui kewujudan PI1M dan pelbagai aktiviti yang diadakan di PI1M. Menambah pengetahuan dalam melayari internet. Membangunkan kemahiran pemprosesan kata dalam membuat ‘business card” untuk memaklumkan orang ramai mengenai tawaran istimewa promosi perniagaan. Dapat menarik minat pelanggan membeli produk atau menggunakan perkhidmatan melalui kad nama yang menarik, kemas dan cantik. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Office Publisher Memberi pendedahan penggunaan internet yang bijak dan mengelakkan gejala yang tidak berpatutan seperti buli siber.
Aktiviti
Kelas Microsoft Publisher. Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Publisher di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Publisher. Peserta akan diterangkan fungsi penggunaan Microsoft Publisher. Peserta di ajar cara mula create sesuatu kad mengikut kategori yang terdapat di dalam microsoft publisher seperti brosur, pemplate, kad, flyers dan sebagainya. Peserta mencipta kad nama sendiri dengan bantuan petugas. Peserta memilih design yang sesuai dengan perniagaan mereka dan memasukkan gambar produk ataupun service yang mereka buat ke dalam kad tersebut. Memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai keusahawanan. Kegunaan / fungsi dan cara menggunakan Microsoft Office Publisher dan mengelak diri daripada terjebak dengan gejala buli siber di internet.
Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Word di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Word. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Word. Peserta dipandu cara untu menggunakan Microsoft Word seperti ‘save document’, menukar fon, mengedit teks, membuat numbering dan bullet, memasukkan clip art from file, word art dan auto shapes, memasukkan muka surat, header dan footer dan juga membetulkan ejaan dan grammar. Peserta di beri latihan untuk membuat surat tidak rasmi.
Laporan Mei - KDB (Penipuan pembelian secara online) & Menaip Surat Tidak Rasmi (Microsoft Word)
Tarikh : 5 Mei 2018 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Meningkatkan keahlian PI1M. Peserta mengetahui kewujudan PI1M dan pelbagai aktiviti yang diadakan di PI1M Meningkatkan kemahiran mengunakan komputer dan menambah pengetahuan ketika membeli secara atas talian. Mendedahkan pentingnya mengetahui cara menggunakan Microsoft Word. Menambah pengetahuan dalam melayari internet. Boleh membuat surat tidak rasmi mengikut format yang betul.
Aktiviti
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Word. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Office bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Peserta juga diberi ceramah mengenai klik dengan bijak bagaimana membeli secara atas talian dengan lebih berhati-hati. Ini kerana banyak penipuan siber berlaku dan para penjual mengambil kesempatan dengan menipu pengguna. Jadi, para pengguna akan lebih bijak membeli dengan adanya pengetahuan sebelum membeli barang secara online.
Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Mempromosi aktiviti PI1M dan menambah keahlian PI1M sedia ada. Meningkat kemahiran berkomunikasi para peserta dalam penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Laporan Mei - Advokasi KDB (Learn English) & Latihan Mewarna
Tarikh : 6 Mei 2018 Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Menguji tahap penguasaan pelajar dalam mewarna. Membentuk pelajar agar kreatif mewarna dengan kemahiran yang ada. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Menambah pengetahuan dalam Bahasa Inggeris. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Aktiviti
Pelajar mewarna bagi menguji kemahiran mewarna secara individu dan belajar grammar melalui kelas klik dengna bijak dan tayangan video berkenaan “Learn English Spelling and Grammar”, sumber youtube. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk memberi pendidikan kepada pelajar serta menguji tahap kemahiran pelajar mewarna.
Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Power Point di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Power Point. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Power Point. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Power Point seperti mengendalikan persembahan 9design template), mengendalikan persembahan (blank presentation), penggunaan hyperlink, penggunaan multimedia, slide number, header dan footer dan hide slide and set up show. Memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai kegunaan / fungsi dan cara menggunakan Microsoft Power Point dan bijak mengitar semula barang terpakai.
Laporan Mei - KDB (Mobile E-Waste) & Membina Slaid Power Point
Tarikh : 4 Mei 2018 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Meningkatkan keahlian PI1M. Peserta mengetahui kewujudan PI1M dan pelbagai aktiviti yang diadakan di PI1M Meningkatkan kemahiran mengunakan komputer dan menambah pengetahuan berkenaan kitar semula barang terpakai. Mendedahkan pentingnya mengetahui cara menggunakan Microsoft Power Point. Menambah pengetahuan dalam melayari internet. Belajar mempraktikkan diri untuk kitar semula peralatan telekomunikasi dengan cara selamat.
Aktiviti
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Power Point. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Office bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Peserta juga diberi ceramah mengenai klik dengan bijak bagaimana mengitar semula peralatan telekomunikasi berasaskan sim-kad yang telah rosak/tidak dapat diguna lagi/ingin dibuang dengan cara yang selamat.