- Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Dashboard dan dipandu cara membuat pengumuman dalam My Komuniti. Peserta seterusnya diperkenalkan Microsoft Power Point. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Power Point seperti mengendalikan persembahan 9design template), mengendalikan persembahan (blank presentation), penggunaan hyperlink, penggunaan multimedia, slide number, header dan footer dan hide slide and set up show.
Laporan Julai - Dashboard (My Komuniti), Membina Slaid (Power Point), Multimedia (Gambar)
Tarikh : 3 Julai 2018 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Meningkatkan keahlian Pusat Internet Pekan Samarahan. Peserta mengetahui kewujudan Pusat Internet dan pelbagai aktiviti yang diadakan di Pusat Internet. Meningkatkan kemahiran mengunakan komputer dan menambah pengetahuan berkenaan Dashboard Komuniti. Mendedahkan pentingnya mengetahui cara menggunakan Microsoft Power Point. Menambah pengetahuan dalam melayari internet. Belajar menggunakan clipart, memasukkan imej dalam slaid.
Aktiviti
Sebelum memulakan kelas membina slaid persembahan. para peserta diterangkan Dashboard Komuniti tentang fungsi dan cara penggunaannya. Ia bagi menambah minat dan pengetahuan peserta dalam Dashboard Komuniti. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Power Point. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Office bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas.
- Para peserta diberikan latihan untuk menguji tahap penguasaan para peserta dalam menggunakan aplikasi tersebut. Menguji ketangkasan mereka menaip. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di Pusat Internet Pekan Samarahan. Memberi pendedahan terhadap kewujudan Pusat Internet Pekan Samarahan. Menambah keahlian Pusat Internet Pekan Samarahan sedia ada. Menambah pengetahuan menggunakan internet dan mengetahui kebaikan penggunaan internet dalam kehidupan seharian.
Laporan Julai - KDB (MANFAAT INTERNET) & LATIHAN MENAIP PANTAS (ONLINE)
Tarikh : 2 Julai 2018 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Menjalankan aktiviti seperti video showing berkaitan Klik Dengan Bijak seperti yang disyorkan oleh pihak SKMM. Membantu peserta mengetahui kebaikan menggunakan laman web yang terdapat di internet. Mendidik peserta untuk mematuhi dan menjadi penguna internet yang bijak. Menambah kefahaman peserta dalam menggunakan perisian komputer serta menambah keahlian sedia ada. Menguji kepantasan menaip para peserta secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkaitan Klik Dengan Bijak dan tayangan video berkaitan kebaikan penggunaan internet kepada peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta. Seterusnya, petugas menerangkan kepada peserta bagaimana membuka laman web menaip secara atas talian. Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Petugas menerangkan fungsi papan kekunci dan cara untuk menggunakan perisian tersebut. Seterusnya peserta melaksanakan latihan menaip yang diberikan untuk menguji tahap kefahaman mereka dan kepantasan mereka dalam menaip.
Peserta mewarna online selepas belajar dashboard. Para peserta membuat pengumuman dalam dashboard My Komuniti. Aktiviti ini menguji kemahiran para peserta dalam menghasilkan sesuatu lukisan yang menggunakan warna yang sesuai dan menggunakan teknik yang betul. Mempromosi aktiviti PI1M dan menambah keahlian PI1M sedia ada. Menambah pengetahuan peserta dalam ICT.
Laporan Jun - Mewarna Online & Dashboard Komuniti (My Komuniti)
Tarikh : 7 JUN 2018 Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Menunjukkan cara login penggunaan Dashboard Komuniti dan menerangkan menu yang terdapat pada Dashboard Komuniti. Mengajar peserta membuat pengumuman dalam Mykomuniti.
Aktiviti
Peserta diajar bagaimana membuka laman web mewarna secara online iaitu www.coloringpages4u.com dan diberi latihan untuk menguji tahap kefahaman mereka. Peserta di perkenalkan dengan Dashboard Komuniti. Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menggunakan Dashboard Komuniti, memahirkan peserta menggunakan Dashboard Komuniti dan boleh membuat pengumuman dalam My Komuniti.
Peserta mengikuti kelas klik dengan bijak berkenaan penipuan belian secara atas talian dan etika membeli online, sumber youtube. Mereka juga diterangkan oleh petugas berkenaan asas keusahawanan dan bagaimana cara menjalankan perniagaan secara online. Kelas ini dapat melatih diri peserta minat mempelajari tentang keusahawanan dan dapat mencipta sesuatu produk yang menarik untuk mereka jual. Mereka juga akan lebih bijak ketika melayari internet dan membeli barang secara atas talian.
Laporan Jun - KDB (Etika Membeli Online) & Latihan Keusahawanan (Membuat Beg Kertas)
Tarikh : 11 JUN 2018 Masa : 2.00 Petang - 4.30 Petang Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Mempromosi aktiviti PI1M dan menambah keahlian PI1M sedia ada. Mempelajari keusahawanan dan cara mempromosi produk. Menambah pengetahuan peserta dalam ICT. Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah seperti mereka cipta beg kertas yang menarik dengan menggunakan kertas A4.
Aktiviti
Peserta diberikan taklimat usahawan perniagaan mengenai asas usahawan dan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Seterusnya, peserta membuat beg kertas menggunakan sumber youtube. Kelas ini meningkatkan tahap penguasaan computer & mendedahkan kaedah membuat tutorial youtube. Bagi meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet, tayangan video klik dengan bijak berkenaan etika membeli secara online dan penipuan membeli online dijalankan. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut diadakan.
Peserta dilatih menggunakan Microsoft Office Publisher untuk membuat kad hari raya. Peserta juga menggunakan internet sebagai saluran untuk mencari maklumat dan idea yang kreatif untuk mencipta kad. Peserta menggunakan internet dengan bijak untuk mendapatkan maklumat yang diperolehi dan bagi menghasilkan kad yang menarik.
Laporan Jun - Pertandingan Membuat Kad Hari Raya (Publisher)
Tarikh : 4 JUN 2018 Masa : 9.30 Pagi - 11.30 Pagi Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Menguji kreativiti para peserta dalam mencipta kad raya menggunakan software Microsoft Office Publisher. Menguji kemahiran menyimpan dan memasukkan imej dalam kad. Memupuk kemahiran penguasaan komputer para peserta. Menguji kefahaman peserta dalam kelas yang dipelajari sebelum ini. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Menambah minat para peserta mengikuti aktiviti yang dijalankan di PI1M.
Aktiviti
Peserta dipandu cara untuk membuat kad hari raya di google. Petugas memberikan sedikit penerangan sebelum pertandingan dimulai. Selepas itu mereka akan mula membuat kad Hari Raya dengan menggunakan Microsoft Office Publisher. Peserta menyiapkan kad masing-masing mengikut masa yang telah ditetapkan. Mereka bebas memilih corak atau design yang mereka minat dan tidak lari daripada tema yang diberi. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.