IMG 20180321 195103 IMG 20180321 195024  

Membuat pemeriksaan tekanan darah dan membuat akaun kesihatan kepada peserta yang tidak pernah membuat pemeriksaan.Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. 

 

Laporan Mac - Pemeriksaan Kesihatan (I-Health)

Tarikh    : 21 Mac 2018

Masa     : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi   : PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Membuat pemeriksaan tekanan darah kepada golongan wanita. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Menarik minat peserta datang ke PI1M. Memberi pemeriksaan percuma kepada peserta.

 

Aktiviti

Membuat pemeriksaan tekanan darah kepada golongan wanita. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Menarik minat peserta datang ke PI1M. Memberi pemeriksaan percuma kepada peserta.


15

Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk memberi pendidikan kepada pelajar serta menguji tahap kemahiran pelajar mewarna.

 

Laporan Mac - Advokasi KDB & Pertandingan Mewarna

Tarikh    : 20 Mac 2018

Masa     : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Menguji tahap penguasaan pelajar dalam mewarna. Membentuk pelajar agar kreatif mewarna dengan kemahiran yang ada. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.

 

Aktiviti

Pelajar diadakan pertandingan mewarna bagi menguji kemahiran mewarna secara individu dan pengenalan komponen komputer melalui kelas klik dengna bijak dan tayangan video berkenaan komputer, sumber youtube. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.


12

Kelas ini diadakan bertujuan melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah dan membuat lukisan rumah yang menarik. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Mempromosi aktiviti PI1M dan menambah keahlian PI1M sedia ada. Peserta mengaplikasi imaginasi mereka melalui sebuah lukisan. Meningkatkan kecekapan dalam seni visual.

 

Laporan Mac - KDB (Lindungi Maklumat Peribadi) & Multimedia (Paint)

Tarikh    : 17 Mac 2018

Masa     : 8.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Memupuk kemahiran penguasaan komputer Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan kaedah membuat lukisan yang menarik dan cantik. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Meningkatkan daya kreativiti peserta dalam menghasilkan sesuatu lukisan.

 

Aktiviti

Peserta dipandu cara menggunakan software paint. Peserta juga diberi latihan menggunakan paint . Peserta melukis  kemas dan menarik mengikut daya kreativiti mereka. Mereka juga menghasilkan sesuatu lukisan mengikut contoh yang ada dalam internet. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. 


13

Para peserta diberikan latihan untuk memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Mempromosi aktiviti PI1M dan menambah keahlian PI1M sedia ada. Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah dengan sentiasa klik dengan bijak.

 

Laporan Mac - KLIK DENGAN BIJAK (Fitnah Siber)

                       - Movie Day

                       - Pemeriksaan Kesihatan

Tarikh    : 18 Mac 2018

Masa     : 2.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 12 Orang

 

Tujuan

Membuat pemeriksaan tekanan darah kepada golongan pelajar. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Mendidik pelajar agar sentiasa berwaspada ketika melayari dan bersosial di internet. Memberi semangat kepada pelajar untuk mengikuti kelas dengan mengadakan movie day. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet

 

Aktiviti

Peserta diberi penerangan agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika melayari internet. Di samping itu, dengan memberi semangat kepada peserta untuk mengikuti kelas, peserta disediakan movie day selepas kelas diadakan. Membuat pemeriksaan tekanan darah dan membuat akaun kesihatan kepada peserta yang tidak pernah membuat pemeriksaan. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.


10

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft  Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Word. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Word. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Word seperti menukar fon, mengedit teks, menyimpan fail, menghasilkan carta yang menarik. 

 

Laporan Mac - Latihan Menaip, Membina Carta (Microsoft Word)

Tarikh    : 13 Mac 2018

Masa     : 2.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 8 Orang

 

Tujuan

Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tahap ICT yang telah mereka pelajari. Meningkatkan kefahaman dalam Microsoft Office Word. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi galakan kepada peserta dan memupuk minat belajar dalam diri peserta. Peserta menghasilkan dokumen Word yang menarik menggunakan chart.

 

Aktiviti

Petugas meminta para peserta membuka Microsoft Word. Petugas mengarahkan peserta membina carta mengikut nota yang telah disediakan oleh petugas. Petugas menerangkan kepada peserta cara membuat carta. Peserta diajar memasukkan chart dan maklumat ke dalam ruang yang disediakan. Peserta membuat chart colum dan pie chart.