Melatih diri peserta bijak menggunakan internet serta mematuhi peraturan ketika melayari internet. Menggunakan internet sebagai medium pembelajaran seperti “Learn English” dan melatih peserta mewarna secara atas talian bagi menguji kemahiran mewarna mereka.
Laporan April - KDB, MEWARNA ONLINE, MOVIE DAY
Tarikh : 23 April 2018 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan penggunaan internet yang bijak dan peraturan yang perlu dipatuhi ketika melayari internet. Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar permainan pendidikan di atas talian. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Meningkatkan kemahiran mewarna peserta. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Meningkatkan penguasaan peserta dalam bahasa inggeris.
Aktiviti
Peserta juga diajar bagaimana cara melayari internet dengan betul. Etika peraturan menggunakan internet diterangkan oleh petugas kepada para peserta. Seterusnya peserta menonton tayangan video klik dengan bijak dan belajar Bahasa Inggeris menggunakan sumber youtube. Akhir sekali, peserta diuji mewarna secara atas talian di coloringpages4u.com.
Melatih pelajar menggunakan laman dashboard komuniti dan Menguji tahap kemahiran pelajar menggunakan komputer serta mewarna secara online. Menguji pengetahuan dalam menggunakan internet secara bijak. Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk memberi pendidikan kepada pelajar menggunakan laman dashborad komuniti yang sedia ada serta menguji tahap kemahiran pelajar dengan mewarna di atas talian serta kebolehan menjawab soalan kuiz klik dengan bijak secara individu.
Laporan April - KDB, MEWARNA ONLINE, DASHBOARD KOMUNITI
Tarikh : 7 April 2018 Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Melatih pelajar menggunakan dashboard komuniti. Menguji tahap penguasaan pelajar dalam mewarna secara online. Membentuk pelajar agar kreatif mewarna dengan kemahiran komputer yang ada. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Menguji kefahaman peserta dengan menjawab kuiz KDB. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.
Aktiviti
Peserta diajar cara menggunakan laman dashboard komuniti agar mereka tahu aktiviti yang akan dijalankan di PI1M. Setelah mahir meggunakan laman dashboard komuniti pelajar diadakan aktiviti mewarna secara online. Selepas itu, peserta mengikuti kelas KDB dan kuiz KDB secara individu. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.
Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk memberi pendidikan kepada golongan peserta menggunakan laman dashboard komuniti yang sedia ada dan mendidik mereka untuk mempromosikan produk perniagaan di atas talian.
Laporan April - Dashboard Komuniti,Pemeriksaan Kesihatan,Keusahawanan
Tarikh : 2 April 2018 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Melatih pelajar menggunakan dashboard komuniti. Membuat pemeriksaan tekanan darah kepada golongan pelajar. Mendidik para peserta yang berniaga secara kecil-kecilan untuk membuat promosi secara atas talian seperti perniagaan produk makanan basah. Membentuk golongan peserta agar kreatif dan inovatif dengan kemahiran komputer yang ada. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.
Aktiviti
Peserta diajar cara menggunakan laman dashboard komuniti agar mereka tahu aktiviti yang akan dijalankan di PI1M. Setelah mahir meggunakan laman dashboard komuniti peserta diberi pendedahan bagaimana untuk mempromosikan produk perniagaan di atas talian terutama di media sosial. Membuat pemeriksaan tekanan darah dan membuat akaun kesihatan kepada peserta yang tidak pernah membuat pemeriksaan.
Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Menambah pengetahuan asas komputer dan Microsoft Office Word. Meningkatkan kemahiran penggunaan Microsoft Word dan kemahiran menaip. Dapat meningkatkan pengetahuan dalam penggunaan internet dengan bijak.
Laporan April - KDB (Tips Keselamatan Melayari Internet) & Latihan Menaip
Tarikh : 3 April 2018 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Para peserta diberikan latihan untuk menguji tahap penguasaan para peserta dalam menggunakan Microsoft Word Menguji ketangkasan mereka menaip. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Menambah keahlian PI1M sedia ada.
Aktiviti
Petugas menerangkan kepada peserta bagaimana menggunakan Microsoft Office Word. Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Petugas menerangkan para peserta cara menaip, membuat page column,drop cap,membesar dan mengecil saiz tulisan serta memasukkan jadual dalam karangan yang dibuat. Para peserta memahami cara untuk membuat karangan lebih menarik. Seterusnya peserta melaksanakan latihan menaip yang diberikan untuk menguji tahap kefahaman mereka dan kepantasan mereka dalam menaip. Selepas itu, tayangan video klik dengan bijak. Para peserta mendengar penerangan petugas berkenaan internet sebagai sumber pelajaran dan boleh mencari maklumat untuk membuat kerja kursus.
Membuat pemeriksaan tekanan darah dan membuat akaun kesihatan kepada peserta yang tidak pernah membuat pemeriksaan. Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah dengan mengadakan latihan dashboard komuniti serta membuat pengumuman di My Komuniti. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Mempromosi aktiviti PI1M dan menambah keahlian PI1M sedia ada.
Laporan April - Dashboard Komuniti & Pemeriksaan Kesihatan (I-Health)
Tarikh : 2 April 2018 Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 11 Orang |
Tujuan
Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah dengan mengadakan latihan dashboard komuniti serta membuat pengumuman di My Komuniti Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Mempromosi aktiviti PI1M dan menambah keahlian PI1M sedia ada.
Aktiviti
Peserta diajar cara menggunakan laman dashboard komuniti agar mereka tahu aktiviti yang akan dijalankan di PI1M. Membuat pemeriksaan tekanan darah dan membuat akaun kesihatan kepada peserta yang tidak pernah membuat pemeriksaan. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk memberi pendidikan kepada peserta.
Peserta diajar cara menggunakan laman dashboard komuniti agar mereka tahu aktiviti yang akan dijalankan di PI1M. Membuat pemeriksaan tekanan darah dan membuat akaun kesihatan kepada peserta yang tidak pernah membuat pemeriksaan. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. |
Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk memberi pendidikan kepada peserta. |