Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk memberi pendidikan kepada golongan wanita menggunakan laman dashborad komuniti yang sedia ada dan mendidik mereka untuk mempromosikan produk perniagaan di atas talian. Melatih golongan wanita menggunkan laman dashboard komuniti dan memberi pendedahan bagaimana untuk mempromosikan produk secara atas talian melalui contoh produk tupperware.Membuat pemeriksaan tekanan darah secara berkala setiap minggu.
Laporan Januari - Latihan keusahawanan (Pemasaran dalam Talian)
Tarikh : 17 Januari 2018 Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Memupuk kemahiran penguasaan computer Melatih pelajar menggunakan dashboard komuniti. Membuat pemeriksaan tekanan darah kepada golongan wanita Amanah Ikhtiar Malaysia. Mendidik para wanita yang berniaga secara kecil-kecilan untuk membuat promosi secara atas talian seperti perniagaan produk Tupperware Malaysia. Membentuk golongan wanita agar kreatif dan inovatif dengan kemahiran computer yang ada. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.
Aktiviti
Peserta diajar cara menggunakan laman dashboard komuniti agar mereka tahu aktiviti yang akan dijalankan di PI1M.Setelah mahir meggunakan laman dashboard komuniti peserta diberi pendedahan bagaimana untuk mempromosikan produk perniagaan di atas talian terutama di media sosial.Membuat pemeriksaan tekanan darah dan membuat akaun kesihatan kepada peserta yang tidak pernah membuat pemeriksaan. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.
Peserta di perkenalkan dengan Dashboard Komuniti. Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menggunakan Dashboard Komuniti dan cara login dashboard. Sesi soal jawab di antara peserta dan Petugas juga turut diadakan. Video Dashboard Komuniti ditayangkan untuk peserta.
Laporan Januari - Dashboard Komuniti (Pengumuman di My Komuniti)
Tarikh : 15 Januari 2018 Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Memperkenalkan sistem aplikasi Dashboard Komuniti yang boleh di muat turun melalui google play store kepada peserta. Menunjukkan cara login penggunaan Dashboard Komuniti dan menerangkan menu yang terdapat pada Dashboard Komuniti. Mengajar peserta membuat pengumuman dalam Mykomuniti. Mendedahkan kepada peserta cara untuk ‘view’ produk dalam Myshop. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.
Aktiviti
Petugas memberi arahan kepada peserta membuka laman web dashboard. Sebelum itu, mereka menonton video berkaitan dengan dashboard. Peserta login masuk ke dalam sistem dashboard menggunakan kad pengenalan masing-masing yang telah berdaftar di dalam cms pi1m. Petugas menerangkan fungsi-fungsi dashboard. Peserta diminta untuk membuat pengumuman di dalam MyKomuniti, melihat produk tempatan di dalam MyShop,dan memasukkan maklumat produk yang ingin mereka jual di dalam MyShop.
Peserta juga menonton tayangan video klik dengan bijak berkenaan penipuan belian secara atas talian, sumber youtube. Melatih diri peserta minat mempelajari tentang keusahawanan dan dapat mencipta sesuatu risalah yang menarik untuk mempromosi produk yang ingin mereka jual. Peserta dapat membuat risalah yang cantik dengan menambah gambar, memasukkan jadual dan grafik yang lebih kemas.
Laporan Januari - Membuat Risalah
- Klik Dengan Bijak
Tarikh : 6 Januari 2018 Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari Lokasi : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Membangunkan kemahiran pemprosesan kata dalam membuat risalah untuk memaklumkan orang ramai mengenai tawaran istimewa promosi perniagaan. Dapat menarik minat pelanggan membeli produk atau menggunakan perkhidmatan melalui risalah yang menarik, kemas dan cantik. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Office Word. Memberi pendedahan penggunaan internet yang bijak dan berhati-hati ketika membeli secara atas talian. Mempelajari keusahawanan dan cara mempromosi produk.
Aktiviti
Peserta membuka perisian pemprosesan kata dan buka dokumen baru. Petugas menerangkan langkah-langkah membuat risalah dan diikuti para peserta. Peserta belajar menambah teks, yang berbentuk slogan atau ayat yang menarik perhatian. Seterusnya, menambah gambar ke dalam risalah dari galeri clip art dan gambar tersebut diubah mengikut saiz yang dikehendaki. Seterusnya, memasukkan jadual ke dalam risalah berkenaan tawaran istimewa produk. Peserta menambah maklumat lain yang menjemput orang ramai ke tawaran istimewa. Setelah siap, dokumen di simpan ke dalam fail tersedia.
Peserta mereka slaid mengikut templat yang tersedia dalam Microsoft Power Point, menambah tajuk, gambar, dan memasukkan slaid baru. Peserta menyunting gambar dari internet untuk dimasukkan ke dalam slaid tersebut bagi memastikan slaid lebih menarik. Menambah pengetahuan ICT peserta dalam menghasilkan pembentangan yang berguna dalam kehidupan seharian.
Laporan Januari - Membina Slaid (Ms Power Point)
- Suntingan Imej (Multtimedia)
Tarikh : 7 Januari 2018 Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Membangunkan kemahiran multimedia peserta. Melatih peserta untuk mencipta pembentangan dengan menggunakan Microsoft Power Point untuk membina slaid. Mempelajari perisian Multimedia dengan lebih mendalam. Membantu dalam membuat tugasan di komputer. Menambah pengetahuan peserta dalam Microsoft Office dan Multimedia. Meningkatkan kreativiti peserta dalam menghasilkan slaid untuk pembentangan.
Aktiviti
Petugas menerangkan kepada peserta untuk membuka perisian Microsoft Power Point di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Power Point. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Power Point. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Power Point seperti menambah tajuk, mereka slaid, menambah gambar, memasukkan slaid baru dan mengendalikan persembahan. Peserta menambah gambar yang di ambil dari internet bagi menghasilkanpembentangan visual yang lebih menarik.
Peserta juga menjawab soalan kuiz ICT online selepas sesi pembelajaran bagi menguji tahap penguasaan dan pemahaman mereka dalam mengenali komputer serta sistem operasi nya. Mendidik peserta celik IT dan berpengetahuan dalam mengetahui sistem operasi komputer serta fungsinya. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan.
Laporan Januari - Memperkenalkan komputer & Sistem Operasi
- Kuiz ICT Online
Tarikh : 5 Januari 2018 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Peserta akan menerokai Microsoft. Membantu peserta mengetahui ikon-ikon dekstop mewakili program, folder dan tetapan komputer. Memajukan kemahiran menaip dan mengawal tetikus. Mengetahui fungsi bahagian komputer dan menamakan komponen dalam komputer. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta dengan menamakan setiap bahagian komputer serta fungsinya. Ikon-ikon kecil yang terdapat pada dekstop juga turut diperkenalkan. Peserta memahami setiap fungsi yang terdapat pada papan kekunci. Selepas mendengar penerangan dari petugas, peserta diminta menjawab soalan kuiz ict online berkenaan komputer dan sistem operasinya.