DSCN8607

Petugas menerangkan syarat pertandingan mewarna online mengikut masa yang telah diperuntukkan. Peserta membuka laman web mewarna secara online iaitu www.coloringpages4u.com . Seterusnya peserta melaksanakan lukisan tersebut dengan mewarna menggunakan brush mengikut tema yang telah dipilih. Hasil kerja peserta akan dinilai sendiri oleh petugas untuk mencari siapa warna yang paling sesuai dengan lukisan yang tersedia.

 

Laporan Januari - Pertandingan Mewarna Online

 Tarikh   : 4 Januari 2018

Masa     : 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 8 Orang

 

Tujuan

Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar permainan pendidikan di atas talian. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan serta menambah keahlian PI1M sedia ada. Menguji kemahiran dan daya kreativiti peseerrta dalam memilih warna yang sesuai dipadankan dengan sesuatu objek.

 

Aktiviti

Peserta diminta untuk membuka laman web yang disediakan oleh petugas. Selepas itu, mereka diajar bagaimana menggunakan aplikasi tersebut dengan cara yang betul untuk menghasilkan satu warna lukisan yang menarik. Seterusnya peserta melaksanakan aktiviti tersebut mengikut tema yang telah dipilih. Petugas menguji kemahiran peserta dengan pertandingan mewarna online. Peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberi dengan masa yang telah ditetapkan. Petugas menilai sendiri hasil kerja peserta dan sesi penyampaian hadiah pada akhir pertandingan diadakan bagi mengumumkan nama pemenang pertandingan tersebut.


IMG-20171224-WA0007

Peserta di perkenalkan dengan Kempen Klik Dengan Bijak (KDB). Para peserta diberi penerangan mengenai aktiviti yang dijalankan. Seterusnya peserta akan di dedahkan dengan kaitan aktiviti tersebut dengan program klik dengan bijak. Aktiviti yang dijalankan adalah secara berkumpulan. Peserta juga diberi peluang untuk bertanya mengenai aktiviti yang dijalankan.

 

Laporan Disember: Sukaneka (Game Kit KDB Bersama Pelajar)

 Tarikh   : 24 Disember 2017

Masa     : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi   : Bilik Latihan & Perkarangan PI1M Pekan                       Samarahan

Peserta : 25 Orang

 

Tujuan

Menguji sejauh mana pengetahuan mereka tentang keselamatan dalam menggunakan internet melalui permainan berkaitan KDB dan kuiz ringkas yang dijalankan oleh petugas. Menjalankan aktiviti lapangan untuk Klik Dengan Bijjak seperti yang disyorkan oleh pihak SKMM. Memberi kesedaran kepada pelajar sekolah kepentingan Klik Dengan Bijak dan keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi peluang pelajar meluangkan masa cuti mereka dengan aktiviti yang berfaedah semasa menyertai program yang dijalankan oleh petugas PI1M.

 

Aktiviti

Permainan yang diadakan seperti:

1) Kiri duri kanan pun berduri : Moral disebalik permainan adalah - Berhati-hati dan berwaspada dengan berita yang diterima di internet.

2) Istana Pasir: Menguji tentang pentingnya - Kerjasama dan tanggungjawab bersama.

3) Master Chopstik : Menguji kebijaksaan pelajar dalam melayari inertnet. 

4) Cawan Terbalik : Memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan.

5) Jambatan terpanjang: Mengenalpasti kreativiti pelajar dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

6) Sorakan Kumpulan: memastikan pelajar bekerjasama dan bergnding bahu supaya sentiasa bertangungjawab sesama sendiri. 


 

imej 1

Memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai kegunaan / fungsi dan cara menggunakan Microsoft Word, Excel, Power Point dan publisher.

 

Laporan Disember: Microsoft Office Word, Power Point, Excel dan Publisher

 Tarikh   : 11 dan 15 Disember 2017

Masa     : 8.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 2 Orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft  Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Word, Microsoft Excel, Power Point dan juga Microsoft Publisher. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Office bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Peserta juga diberi ceramah mengenai klik dengan bijak dan laman web dashboard komuniti.Selepas mengikuti ceramah peserta diadakan kuiz bagi menguji tahap kefahaman mereka.

 

Aktiviti

Kelas Microsoft Word

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Word di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Word. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Word. Peserta dipandu cara untu menggunakan Microsoft Word seperti ‘save document’, menukar fon, mengedit teks, membuat numbering dan bullet, memasukkan clip art from file, word art dan auto shapes, memasukkan muka surat, header dan footer dan juga membetulkan ejaan dan grammar. Peserta di beri latihan untuk membuat folio menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari.

 

Kelas Microsoft Excel

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Excel di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft excel. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Excel. Peserta dipandu cara untuk menggunakan table, graf, menggunakan fungsi f(x) seperti autu sum, average dan minus. Selain itu, peserta turut diajar cara menggunakan symbol, aligment, currency, carta organisasi, data sorting dan lain-lain lagi.

 

Kelas Microsoft Power Point

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Power Point di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Power Point. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Power Point. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Power Point seperti mengendalikan persembahan 9design template), mengendalikan persembahan (blank presentation), penggunaan hyperlink, penggunaan multimedia, slide number, header dan footer dan hide slide and set up show.

 

Kelas Microsoft Publisher

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Power Point di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Power Point. Peserta akan diterangkan fungsi penggunaan Microsoft Publisher. Peserta di ajar cara mula create sesuatu kad mengikut kategori yang terdapat di dalam microsoft publisher seperti brosur, pemplate, kad, flyers dan sebagainya.


 

imej 2

Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk membuat sampul raya yang menarik dan cantik dengan menggunakan kertas A4 sahaja.

 

Laporan Disember: E-Pembelajaran (Tutorial) Membuat Sampul Raya

 Tarikh   : 23 Disember 2017

Masa     : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah dan membuat dan mereka cipta sampul raya yang menarik dengan menggunakan kertas A4. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Mempromosi aktiviti PI1M dan menambah keahlian PI1M sedia ada.

 

Aktiviti

Peserta diajar cara melipat sampul yang kemas dan menarik dengan menggunakan kertas A4. Mereka juga didedahkan dengan tutorial untuk membuat sampul raya yang mudah difahami dari youtube. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta juga diberi dibantu petugas bagi memastikan sampul yang dibuat betul mengikut tutorial yang terdapat dalam youtube.


25550209 1159770854153728 7494632524665888100 n

Peserta diberikan taklimat usahawan perniagaan mengenai asas usahawan dan ciri-ciri usahawan yang berjayaMeningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan kaedah membuat kek cawan yang cantik, mudah dan sedap. Menggunakan web sebagai sumber pembelajaran.

 

Laporan Disember - 1) Latihan Keusahawanan: Membuat Kek Cawan

 Tarikh   : 23 Disember 2017

Masa     : 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 7 Orang

 

Tujuan

Memberikan ilmu pengetahuan kepada perserta tentang kemahiran usahawan yang ada pada seseorang usahawan. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M.  Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan serta menambah keahlian PI1M sedia ada.

 

Aktiviti

Peserta diterangkan mengenai asas keusahawanan, ciri-ciri seorang usahawan, perbezaan usahawan dan keusahawanan. Peserta juga menonton tutorial membuat kek cawan di youtube. Latihan menggunakan internet secara bijak (youtube) sebagai sumber untuk mempelajari resepi membuat kek cawan dan cara membuatnya mengikut langkah mudah yang ditunjukkan secara online. Para peserta diterangkan mengenai keusahawanan dan mereka juga didedahkan dengan tutorial untuk membuat kek cawan yang mudah difahami dari youtube. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. 

 

25497964 1159772084153605 8966572119868564603 n

Peserta mewarna online menggunakan brush paint yang tersedia dan melengkapkan objek tersebut dengan warna yang disediakan. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan serta menambah keahlian PI1M sedia ada. Aktiviti ini menguji kemahiran para peserta dalam menghasilkan sesuatu lukisan yang menggunakan warna yang sesuai dan menggunakan teknik yang betul.

 

Laporan Disember - 2) Mewarna Online

 Tarikh   : 23 Disember 2017

Masa     : 4.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 7 Orang

 

Tujuan

Menggunakan web sebagai sumber pembelajaran. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar permainan pendidikan di atas talian. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.

 

Aktiviti

Peserta diajar bagaimana membuka laman web mewarna secara online iaitu www.coloringpages4u.com. Seterusnya peserta melaksanakan lukisan tersebut dengan mewarna menggunakan brush mengikut tema yang telah dipilih. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta juga diberi latihan untuk menguji tahap kefahaman mereka.