Tarikh : 4 Oktober 2020 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran peserta dalam menaip, melabel gambar menggunakan perisian tersebut serta penggunaan google.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton klip video KDB yang bertajuk "Maklumat palsu". Petugas mengingatkan kepada peserta agar menyelidik dahulu kesahihan sesuatu maklumat sebelum menyebarkannnya di media sosial agar tidak menjadi penyebar maklumat palsu. Seterusnya, petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft word. Peserta diberi tugasan untuk menaip dan melabel gambar berpandukan lembaran yang telah diedarkan. Petugas mengajar peserta cara memuat turun gambar daripada google, memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk latihan itu serta cara memilih dan menukar warna yang sesuai.
Tarikh : 3 Oktober 2020 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta dalam menaip dan menggunakan microsoft word.
Aktiviti yang dijalankan
Petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara menaip perkataan, menukar huruf besar dan kecil, menjarakkan perkataan dan membuat perenggan baru. Petugas memberikan latihan kepada peserta serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.
Tarikh : 6 September 2020 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melatih kemahiran menaip dalam kalangan peserta.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB bertajuk "Berkongsi secara berlebih-lebihan". Petugas mengingatkan peserta bahawa sikap suka berkongsi tentang diri secara berlebihan di media sosial boleh mengundang padah. Seterusnya, petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara membuka microsoft word untuk memulakan pembelajaran menaip. Peserta diajar cara memasukkan dan mewarnakan tajuk utama, menaip perkataan, menukar huruf besar dan kecil, menukar saiz tulisan, menjarakkan perkataan dan membuat perenggan baru. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan. Petugas memberikan latihan kepada peserta serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.
Tarikh : 9 September 2020 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Membimbing peserta membuat resume yang kemas dan menarik menggunakan perisian Canva.com.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas menerangkan secara umum kepada peserta perisian-perisian di komputer yang boleh digunakan untuk menghasilkan resume seperti microsoft word, power point dan canva.com. Petugas menerangkan tentang kegunaan dan keistimewaan perisian Canva.com antaranya dapat digunakan untuk menghasilkan resume, kad jemputan untuk majlis perkahwinan, poster dan lain-lain lagi. Petugas mengajar peserta cara log masuk ke perisian Canva.com, cara memilih template dan membuat suntingan, memasukkan gambar dan memuat turun hasil resume yang siap dibuat. Petugas turut membimbing peserta berkenaan perkara-perkara utama yang harus ada dalam menghasilkan sebuah resume yang lengkap.
Tarikh : 5 September 2020 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan microsoft word, meningkatkan kemahiran peserta dalam menaip, melabel gambar menggunakan perisian tersebut serta penggunaan google.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB bertajuk "Mobile e-waste". Peserta diingatkan agar melupuskan barangan elektronik terpakai dengan cara yang sepatutnya agar tidak mencemarkan alam. Seterusnya, petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft word. Peserta diberi tugasan untuk menaip dan melabel gambar. Petugas mengajar peserta cara memuat turun gambar daripada google, memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk latihan itu serta cara memilih dan menukar warna yang sesuai agar hasil kerja kelihatan menarik.