Tarikh   : 2 September 2020

Masa     : 2.00 petang - 4.30 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan gmail dan cara mendaftar akaun gmail.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Maklumat palsu". Setelah itu, petugas meminta peserta membuka enjin carian google. Petugas menerangkan tentang kegunaan gmail. Petugas mengajar peserta cara mendaftar akaun gmail dan cara mengemelkan maklumat menggunakan perisian tersebut.

Klik sini untuk lihat foto

 

Tarikh   : 1 September 2020

Masa     : 2.00 petang - 3.15 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan microsoft word serta  meningkatkan kemahiran mereka dalam menaip dan membuat peta minda yang kreatif menggunakan perisian tersebut.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft word dan mengajar peserta cara menaip, penggunaan caps lock, backspace, spacing, font size dan cara memasukkan gambar. Peserta diajar cara memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk membuat peta minda dan pemilihan warna pada perkataan agar peta minda yang dibuat menjadi jelas dan mudah dibaca.

Klik sini untuk lihat foto

 

 

Tarikh   : 4 Ogos 2020

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan perisian paint serta meningkatkan kemahiran mereka dalam melukis dan mewarna bendera Malaysia menggunakan perisian tersebut.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Maklumat palsu". Petugas mengingatkan peserta agar berhati-hati dengan setiap maklumat yang diperoleh di internet serta menyelidik kesahihannya keranan terdapat kes penyebaran maklumat palsu di alam maya. Seterusnya, pada permulaan kelas, petugas menerangkan kepada peserta tentang kegunaan perisian paint yang pelbagai.  Petugas mengajar peserta cara memasukkan garisan dan bentuk yang sesuai untuk melukis bendera Malaysia. Petugas turut mengajar peserta cara memadam lukisan yang silap dibuat menggunakan eraser dan undo. Peserta turut diajar cara memasukkan warna. Akhir sekali, peserta diajar cara menukar kerja yang telah siap kepada format JPEG.

Klik sini untuk lihat foto

 

Tarikh   : 10 Ogos 2020

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Melatih kemahiran membuat poster menggunakan aplikasi di internet dalam kalangan peserta.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Mobile e-waste". Petugas menghebahkan kepada peserta kelas tentang fungsi Pusat Internet yang turut menyediakan perkhidmatan mobile e-waste. Seterusnya, petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara membuka perisian canva menggunakan emel ataupun facebook. Kemudian, peserta diajar cara mencari template untuk poster. Peserta diajar cara mengedit tapak template tersebut, cara menukar tulisan, saiz tulisan, warna, memasukkan gambar yang sesuai untuk tema poster yang dibuat dan mengubah latar belakang gambar. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 4 Ogos 2020

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft power point terutama kemahiran menaip serta membuat jadual.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Buli  Siber". Petugas mengingatkan peserta agar tidak terjebak dalam sebarang aktiviti di internet yang boleh diklasifikasikan sebagai buli siber. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft power point. Petugas  menerangkan sambil membuat praktikal di komputer cara membuat jadual menggunakan microsoft power point. Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan jadual, memasukkan perkataan dan mewarnakan jadual. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan. Petugas memberikan latihan kepada peserta serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.

Klik sini untuk lihat foto