Tarikh   : 2 Ogos 2020

Masa     : 2.00 petang -  4.30 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan windows movie maker serta meningkatkan kemahiran peserta dalam membuat video yang menarik menggunakan perisian tersebut.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Lindungi kanak-kanak daripada pengantunan dalam talian". Petugas mengingatkan peserta tentang wujudnya individu jahat yang suka mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan seksual terhadap kanak-kanak. Seterusnya, petugas menerangkan tentang kegunaan windows movie maker. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk video, memasukkan klip video yang dirakam, memotong bahagian video yang tidak diperlukan, memasukkan muzik, mempercepatkan kelajuan video serta menyimpan video yang telah siap. Pada akhir kelas, peserta  diajak mengulangkaji pelajaran menggunakan laman Quiziz. Subjek yang diulangkaji termasuklah sains, matematik dan sejarah.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 1 Ogos 2020

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan microsoft word serta melatih kemahiran menaip kepada mereka.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Panggilan palsu". Seterusnya, peserta diminta membuka perisian microsoft word. Petugas memberi peserta latihan menaip berpandukan teks yang telah diberikan. Petugas mengajar peserta cara membuat huruf besar dan kecil, cara menukar saiz dan jenis tulisan, cara memasukkan nombor, cara menjarakkan perkataan dan cara membuat pemerengganan teks. 

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 7 Julai 2020

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

 Tujuan

Peserta lebih mengenali komputer dan  berupaya meningkatkan kemahiran mereka dalam menggunakan microsoft office word khususnya untuk dalam menaip dan membuat jadual aktiviti harian menggunakan perisian tersebut.

 Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Lindungi kanak-kanak daripada pengantunan dalam talian". Penayangan video tersebut berupaya menyedarkan kanak-kanak agar berwaspada kerana terdapat dalam kalangan pengguna internet yang mungkin berniat jahat dan boleh bertindak untuk mengambil kesempatan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya terhadap mereka. Seterusnya, petugas menerangkan sambil membuat praktikal tentang cara menggunakan microsoft word. Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan jadual, memasukkan perkataan dan mewarnakan jadual. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan dan memberikan latihan kepada peserta serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.

Klik sini untuk lihat foto

 

Tarikh   : 17 Julai 2020

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan microsoft office word khususnya kemahiran melabel peta dan memasukkan data menggunakan perisian tersebut.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Maklumat palsu". Peserta diingatkan agar memastikan kesahihan sesuatu maklumat yang diperoleh di media sosial agar tidak terlibat dalam penyebaran maklumat palsu. Seterusnya, petugas menerangkan kepada peserta tentang kegunaan perisian microsoft power point yang pelbagai. Petugas mengajar peserta cara mendapatkan peta daripada google dan memasukkannya ke dalam power point, cara mengedit peta untuk membuang bahagian yang tidak diperlukan, cara memasukkan bentuk insert-shape, memasukkan tulisan dan data serta pemilihan warna yang sesuai agar hasil kerja yang dibuat menjadi jelas dan menarik. Akhir sekali, peserta diajar cara menukar kerja yang telah siap daripada power point kepada format JPEG.

Klik sini untuk lihat foto

 

 

Tarikh   : 5 Julai 2020

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

 

Tujuan

Peserta lebih mengenali komputer dan  berupaya meningkatkan kemahiran mereka dalam menggunakan microsoft office word khususnya untuk membuat carta yang menarik menggunakan perisian tersebut.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Sebenarnya.my". Peserta diajar tentang platform yang betul untuk menyelidik kesahihan sesuatu berita yang diterima di media sosial agar tidak menjadi penyebar kepada berita palsu. Seterusnya, petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft office word. Petugas mengajar peserta cara menaip, penggunaan caps lock, backspace, spacing, dan tab. Peserta diajar cara memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk membuat carta dan pemilihan warna pada perkataan agar carta yang dibuat menjadi jelas dan mudah dibaca.

Klik sini untuk lihat foto