Tarikh : 7 Mac 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan microsoft power point serta meningkatkan kemahiran peserta dalam menaip dan membuat nota pelajaran yang menarik menggunakan perisian tersebut.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Buli siber". Petugas menerangkan kepada peserta aktiviti-aktiviti yang boleh diklasifikasikan sebagai buli siber. Seterusnya, petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft power point. Petugas mengajar peserta cara menaip, penggunaan caps lock, backspace dan cara menukar saiz tulisan. Peserta diajar cara memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk membuat peta minda dan pemilihan warna pada perkataan agar nota yang dibuat menjadi jelas dan mudah dibaca.
Tarikh : 5 Mac 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan perisian adobe photoshop CS6 serta meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan suntingan imej yang kreatif.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Penipuan kewangan". Petugas mengingatkan peserta agar tidak mudah berkongsi maklumat diri dan perbankan khususnya kepada individu atau agensi yang meragukan agar tidak menjadi mangsa penipuan kewangan. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian adobe photoshop CS6. Petugas menerangkan tentang kegunaan perisian adobe photoshop CS6. Petugas membuat praktikal cara menggunakan perisian itu seperti cara memasukkan gambar latar belakang yang telah dimuat turun daripada google, cara memasukkan imej kedua pada gambar, cara memotong gambar menggunakan ikon yang terdapat pada perisian itu, cara membuat kemasan pada gambar dan cara memasukkan tulisan yang jelas dan menarik. Petugas meminta peserta mengedit gambar dengan memasukkan kata-kata hikmah yang diperoleh daripada google menggunakan perisian itu. Setelah kerja suntingan imej siap, petugas mengajar peserta menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG. Di penghujung kelas, petugas mengajak peserta mengulang kaji pelajaran dengan bermain Quizizz. Subjek yang diulang kaji adalah subjek Bahasa Melayu dan Sains.
Tarikh : 15 Febuari 2021 Masa : 2.00 petang - 4.30 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan laman postermywall serta meningkatkan kemahiran peserta dalam membuat iklan perniagaan yang menarik menggunakan laman tersebut.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Semak label". Petugas menerangkan kepada peserta agar meneliti terlebih dahulu label pada barangan elektronik sebelum membeli. Barangan tanpa label keselamatan boleh mengundang bahaya kepada pengguna. Selepas itu, petugas menerangkan kepada peserta tentang kegunaan perisian perisian postermywall yang pelbagai. Petugas mengajar peserta cara membuka perisian postermywall menggunakan google. Petugas menunjuk ajar cara memilih template untuk mencipta iklan perniagaan, cara mengedit tulisan, menukar warna latar belakang dan corak kad. Peserta turut diajar cara menambah gambar yang telah dimuat turun dari google dan dimasukkan ke dalam template iklan mereka. Setelah siap mengedit, petugas mengajar peserta cara menyimpan hasil kerja dengan format JPEG.
Tarikh : 1 Mac 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan microsoft word serta meningkatkan kemahiran peserta dalam menaip, melabel peta serta penggunaan google.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Lindungi kanak-kanak daripada pengantunan dalam talian". Petugas mengingatkan peserta agar berhati-hati agar tidak menjadi mangsa pedofilia. Seterusnya, petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft word. Peserta diberi tugasan untuk menaip dan melabel peta. Petugas mengajar peserta cara memuat turun gambar peta daripada google, memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk latihan itu serta cara memilih dan menukar warna yang sesuai.
Tarikh : 11 Febuari 2021 Masa : 2.00 petang - 4.30 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan laman postermywall serta meningkatkan kemahiran mereka dalam membuat kad jemputan untuk majlis perkahwinan menggunakan laman tersebut.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB bertajuk "Mobile e-waste". Melalui video tersebut, petugas menitipkan pesanan kepada para peserta agak bertindak bijak dengan melupuskan sisa buangan elektronik dengan cara yang betul. Seterusnya, petugas menerangkan kepada peserta tentang kegunaan perisian postermywall yang pelbagai. Petugas mengajar peserta cara membuka perisian postermywall menggunakan google. Peserta diajar cara memilih template untuk mencipta kad jemputan perkahwinan, cara mengedit tulisan, menukar warna latar belakang dan corak kad. Petugas turut menerangkan tentang ciri-ciri yang harus ada untuk menghasilkan sebuah kad yang cantik dan menarik. Setelah siap mengedit kad, petugas mengajar peserta cara menyimpan hasil kerja dengan format JPEG. Sebelum kelas berakhir, petugas mengajak peserta mengulangkaji pelajaran dengan bermain kuiz secara atas talian.