Tarikh : 5 Disember 2020 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melatih kemahiran menaip dalam kalangan peserta.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Berkongsi secara berlebihan". Petugas mengingatkan peserta bahawa sikap suka berlebih-lebihan dalam berkongsi perihal diri di internet boleh mengundang padah. Mereka diingatkan agar bertindak bijak sebelum berkongsi sesuatu di media sosial khususnya. Seterusnya, petugas meminta peserta kelas membuka perisian microsoft word. Petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara menaip. Peserta diajar cara memasukkan dan mewarnakan tajuk utama, menaip perkataan, menukar huruf besar dan kecil, menukar saiz tulisan, menjarakkan perkataan dan membuat perenggan baru. Petugas memberikan latihan kepada peserta serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.
Tarikh : 1 Disember 2020 Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memupuk semangat keusahawanan dan melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft office word untuk membuat kad jemputan.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Maklumat palsu". Petugas mengingatkan peserta agar berhati-hati sebelum berkongsi sebarang maklumat di media sosial agar tidak terlibat dalam penyebaran maklumat palsu. Seterusnya, petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer. Petugas mengajar peserta cara menukar margin word dan aturan yang sesuai pada microsoft word untuk menghasilkan sebuah kad. Petugas mengajar peserta cara mendapatkan bingkai yang menarik di google dan cara mencantikkan sesebuah kad jemputan menggunakan tulisan yang kreatif dan sesuai. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan. Petugas turut memberi latihan kepada peserta serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung. Di akhir kelas, petugas telah mencetak kad jemputan yang telah siap dibuat oleh peserta agar mereka dapat melihat hasil kerja mereka.
Tarikh : 16 November 2020 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melatih kemahiran membuat poster menggunakan aplikasi di internet dalam kalangan peserta
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Penipuan kewangan". Petugas mengingatkan peserta agar berhati-hati dalam menggunakan teknologi khususnya internet agar tidak menjadi mangsa penipuan kewangan ataupun scammer. Seterusnya, peserta diajar cara membuka perisian canva.com menggunakan emel ataupun facebook. Kemudian, peserta diajar cara mencari template untuk poster. Peserta diajar cara mengedit tapak template untuk poster, cara menukar tulisan, saiz tulisan dan warna. Petugas juga mengajar peserta memasukkan gambar yang sesuai untuk tema poster yang dibuat dan mengubah latar belakang gambar. Peserta kemudiannya diajar cara memuat turun gambar untuk poster tersebut daripada aplikasi google. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat sama ada dalam format JPEG mahupun PDF.
Tarikh : 21 November 2020 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft word khususnya untuk membina rajah.
Aktiviti yang dijalankan
Petugas mengedarkan lembaran latihan kepada peserta. Petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara mereka rajah padang bola sepak menggunakan microsoft word. Peserta diajar cara memasukkan tajuk utama. Seterusnya, petugas mengajar peserta cara menggunakan ikon insert-shape di microsoft word untuk mereka sebuah rajah padang bola sepak. Petugas meminta peserta memasukkan bentuk-bentuk yang sesuai. Petugas mengajar peserta cara memasukkan teks untuk melabel setiap bahagian pada rajah padang bola sepak yang direka. Akhir sekali, peserta diajar cara mewarnakan rajah yang telah siap.
Tarikh : 8 November 2020 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft power point khususnya untuk menghasilkan risalah yang kreatif dan menarik.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Semak label". Tayangan video itu berupaya memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya memeriksa label sesuatu barangan elektronik sebelum membelinya. Selepas itu, petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara menggunakan microsoft power point. Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan bentuk dengan kaedah insert-shape, memasukkan perkataan dan mewarnakan kotak-kotak perkataan. Petugas mengajar peserta mendapatkan gambar daripada aplikasi google sebelum memasukkan gambar ke dalam risalah yang dibuat. Petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja yang dibuat seperti memilih bentuk yang sesuai dan mewarnakan bingkai kotak. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan dan memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.