DSCN8040

Peserta diterangkan mengenai aplikasi dashboard MyShop. Peserta diterangkan bagaimana cara memasarkan produk atas talian. Peserta mempelajari bagaimana upload produk dan mempromosikan produk mereka.

 

Laporan November - Pemasaran dalam talian (MyShop)

 Tarikh   : 3 November 2017

Masa     : 2.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 7 Orang


Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi dashboard iaitu ruangan MyShop menyediakan platform untuk mengiklankan produk usahawan tempatan dan memasarkan produk mereka kepada komuniti setempat.

 

Aktiviti

Para peserta diminta membuka laman web dashboard dan petugas menerangkan berkenaan aplikasi My Shop. Mereka diminta memasukkan maklumat berkenaan produk seperti harga, nombor telefon serta alamat untuk memudahkan pembeli mendapatkan maklumat berkenaan produk yang mereka berkenan. Setelah memasukkan maklumat, mereka memasukkan gambar produk mereka. Melalui aplikasi My Shop mereka dapat mengiklankan produk mereka dan pendapatan mereka akan bertambah.


 

 

 es

Peserta diterangkan mengenai asas-asas media sosial yang hendak dibelajar dan mengaplikasikan media tersebut dalam tugasan serta aktiviti di masjid. Peserta juga menjawab soalan kuiz yang diadakan pada waktu itu.

 

Laporan Oktober - Klik Dengan Bijak (KDB) & Kursus Asas ICT Media Sosial (Gmail, Blog, Facebook, Instagram, Laman Web, Video & Aplikasi Pintar)

 Tarikh   : 14 & 15 Oktober 2017

Masa     : 8.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 11 Orang


Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Asas ICT Media Sosial kepada para peserta terutamanya menggunakan email dan media social yang popular pada masa kini iaitu facebook dan Instagram. 

 

Aktiviti

Peserta mendaftar nama untuk mengikuti kursus asas ict media sosial. Para peserta diperkenalkan dengan gmail dengan mendaftar terlebih dahulu dan mengaplikasikan cara untuk menggunakan untuk menggunakan email dengan menghantar email dari rakan peserta yang lain. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas.


 

 five

Peserta diajar bagaimana bermain permainan puzzle dan word search di atas talian terlebih dahulu. Seterusnya peserta melaksanakan permainan tersebut mengikut tema yang telah dipilih. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta juga diberi latihan menggunakan perisian paint untuk menguji tahap kefahaman mereka.

 

Laporan Oktober - (Permainan Pendidikan & Aplikasi Pembelajaran)

 Tarikh   : 4 Oktober 2017

Masa     : 2.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 4 Orang


Tujuan

Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar permainan pendidikan di atas talian. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.

 

Aktiviti

Peserta yang mengikuti permainan word searching mengikut masa yang telah ditetapkan. Peserta yang paling pantas mencari perkataan di atas talian. Peserta melakukan permainan puzzle di atas talian. Peserta belajar mewarnakan “kolam” yang menarik. 


 

123

Peserta diterangkan mengenai asas keusahawanan, ciri-ciri seorang usahawan,dan strategi pemasaran bagi seorang usahawan dalam perniagaan. Peserta juga menjawab soalan kuiz yang diadakan pada waktu itu dan melihat video showing Klik Dengan Bijak.

 

Laporan Oktober - Klik Dengan Bijak (KDB) & Dashboard Komuniti (My shop)

 Tarikh   : 9 Oktober 2017

Masa     : 2.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 3 Orang


Tujuan

Memberikan ilmu pengetahuan kepada perserta tentang kemahiran usahawan yang ada pada seseorang usahawan. Mendidik peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Mempromosi aktiviti PI1M dan menambah keahlian PI1M sedia ada.

 

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat usahawan perniagaan mengenai asas usahawan dan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Diperkenalkan salah satu laman dalam dashboard komuniti yang boleh memasarkan produk perniagaan di atas talian iaitu laman my shop. Mengajar cara untuk memuat naik gambar produk di laman myshop dengan strategi yang menarik. Mendidik peserta untuk mematuhi dan menjadi penguna internet yang bijak. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.


two 

Peserta diajar cara mereka poster yang kemas dan menarik. Mereka juga didedahkan dengan ayat yang lebih menarik untuk membuat poster yang mudah difahami. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta juga diberi latihan menggunakan untuk menguji tahap kefahaman mereka dalam membuat poster untuk sesuatu aktiviti.

 

Laporan September - Multimedia (Grafik)

 Tarikh   : 2 September 2017

Masa     : 2.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 3 Orang

 

Tujuan

Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan kaedah membuat poster yang menarik. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.

 

Aktiviti

Peserta diajar cara menggunakan Paint dengan betul. Mereka juga didedahkan cara melukis gambar dengan betul paint. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta juga diberi latihan menggunakan perisian paint untuk menguji tahap kefahaman mereka.

 

 three

Peserta akan dilatih menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah seperti membuat dan mereka poster dashboard komuniti. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Mempromosi aktiviti PI1M dan menambah keahlian PI1M sedia ada.

 

Laporan September - Multimedia (Suntingan Imej)

 Tarikh   : 3 September 2017

Masa     : 9.00 Pagi - 12.00 Pagi

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 3 Orang

 

Tujuan

Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan kaedah membuat poster yang menarik. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.

 

Aktiviti

Peserta diajar cara mereka poster yang kemas dan menarik. Mereka juga didedahkan dengan ayat yang lebih menarik untuk membuat poster yang mudah difahami. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta juga diberi latihan menggunakan untuk menguji tahap kefahaman mereka dalam membuat poster untuk sesuatu aktiviti.

 

four

 

Peserta diajar cara menggunakan Microsoft office word dengan cara yang betul. Mereka juga didedahkan cara menghias poster Hari Malaysia dengan lebih menarik. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta juga diberi latihan menggunakan perisian paint untuk menguji tahap kefahaman mereka.

 

Laporan September - Multimedia (Grafik)

 Tarikh   : 17 September 2017

Masa     : 2.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 10 Orang

 

Tujuan

Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan kaedah membuat poster hari Malaysia. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.

 

Aktiviti

Peserta yang mengikuti kelas mencipta poster Hari Malaysia dengan menggunakan perisian microsoft office word. Peserta mencari gambar bendera Malaysia di internet untuk dimasukkan ke dalam poster. Peserta mula mencipta poster mengikut idea masing-masing setelah diberi tunjuk ajar oleh petugas.