Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Word. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Word. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Word seperti menukar fon, mengedit teks, menyimpan gambar dalam dokumen, menyimpan fail, menghasilkan carta organisasi yang menarik.
Laporan Disember - Membina Carta Organisasi (SmartArt)
Tarikh : 19 Disember 2017 Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tahap ICT yang telah mereka pelajari. Meningkatkan kefahaman dalam Microsoft Office Word. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi galakan kepada peserta dan memupuk minat belajar dalam diri peserta. Peserta menghasilkan dokumen Word yang menarik serta memasukkan Imej/Gambar di dalamnya.
Aktiviti
Petugas meminta para peserta membuka Microsoft Word. Petugas mengarahkan peserta membina rajah pelbagai bentuk menerusi arahan Insert-> (diagram). Rajah carta organisasi akan dipaparkan. Peserta boleh menambah kotak-kotak organisasi menggunakan Insert Shape dan menukar warna kotak tersebut. Peserta boleh menukar tulisan menggunakan Word Art bagi tajuk utama carta organisasi tersebut supaya nampak lebih menarik. Para peserta diajar membuat carta organisasi yang berkaitan dan menaip. Melalui penerangan petugas ia memudahkan para peserta membuat carta organisasi tersebut. Peserta memasukkan gambar ke dalam carta organisasi tersebut dan menaip di ruangan kotak yang tersedia.
Peserta diberikan arahan bagaimana untuk menjawab kuiz dengan cara yang betul. Seterusnya peserta melaksanakan kuiz yang diberikan oleh petugas secara individu. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Menguji tahap minda pelajar mengenalpasti perkakasan komputer, klik dengan bijak, serta software yang terdapat di dalam komputer.
Laporan Disember - Kuiz Teka Silang Kata IT
Tarikh : 7 Disember 2017 Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Memupuk pengetahuan pelajar tentang penggunaan internet yang betul. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tahap ICT yang telah mereka pelajari. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dalam penggunaan komputer dalam kehidupan seharian. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Aktiviti ini menguji minda para peserta berkenaan ICT dan juga KDB.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkaitan dengan klik dengan bijak ketika menggunakan internet kepada para peserta. Para peserta diminta menyelesaikan teka silang kata yang diberi berkenaan dengan kdb. Petugas menerangkan mengenai maksud perkataan yang susah kepada peserta. Peserta diuji pengetahuan mereka dalam mengisi kotak kosong yang diberikan dan mencari perkataan tersembunyi yang telah disediakan oleh petugas. Hasil latihan kuiz yang dibuat para peserta akan disemak semula oleh petugas. Para peserta menjawab soalan teka silang kata mengikut peruntukan masa yang diberikan. Sekiranya peserta tidak faham maksud ayat tersebut, petugas akan menerangkan kepada peserta tersebut.
Peserta diajar bagaimana membuka laman web mewarna secara online iaitu www.coloringpages4u.com . Seterusnya peserta melaksanakan lukisan tersebut dengan mewarna menggunakan brush mengikut tema yang telah dipilih. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta juga diberi latihan untuk menguji tahap kefahaman mereka.
Laporan Disember - Mewarna Online
Tarikh : 3 Disember 2017 Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar permainan pendidikan di atas talian. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan serta menambah keahlian PI1M sedia ada.
Aktiviti
Peserta diminta untuk membuka laman web yang disediakan oleh petugas. Selepas itu, mereka diajar bagaimana menggunakan aplikasi tersebut dengan cara yang betul untuk menghasilkan satu warna lukisan yang menarik. Seterusnya peserta melaksanakan aktiviti tersebut mengikut tema yang telah dipilih. Petugas menerangkan warna apa yang sesuai digunakan untuk sesuatu lukisan tersebut. Aktiviti ini menguji kemahiran para peserta dalam menghasilkan sesuatu lukisan yang menggunakan warna yang sesuai dan menggunakan teknik yang betul.
Petugas menerangkan kepada peserta bagaimana membuka laman web menaip secara atas talian. Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Petugas menerangkan fungsi papan kekunci bagi memudahkan para peserta menaip. Para peserta memahami cara untuk mengguunakan perisian tersebut. Seterusnya peserta melaksanakan latihan menaip yang diberikan untuk menguji tahap kefahaman mereka dan kepantasan mereka dalam menaip.
Laporan Disember - Menaip Online
Tarikh : 5 Disember 2017 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan serta menambah keahlian PI1M sedia ada. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan aplikasi atas talian bermula daripada membuka link dan membuat latihan. Masa yang diperuntukkan untuk menaip ayat yang telah disediakan dapat menguji kecekapan dan kemahiran para peserta dalam kelas. Menambah kefahaman peserta dalam menggunakan perisian komputer.
Aktiviti
Para peserta diajar membuka laman web yang berkaitan menaip secara atas talian. Ia memudahkan para peserta memahami cara menaip menggunakan aplikasi tersebut. Petugas memberi penerangan tentang kegunaan papan kekunci untuk memudahkan para peserta menaip. Para peserta diberikan latihan untuk menguji tahap penguasaan para peserta dalam menggunakan aplikasi tersebut dan menguji ketangkasan mereka menaip. Selain itu, hasil latihan yang dibuat para peserta akan disemak semula oleh petugas. Para peserta menaip mengikut peruntukan masa yang diberikan. Sekiranya terdapat kesalahan ketika menaip, mereka akan mengulang semula latihan tersebut sehingga mendapat markah penuh tiada kesalahan ejaan.
Laporan November- Kursus Asas ICT (Microsoft Word, Excel, Power Point, Publisher)
Tarikh : 7 & 8 November 2017 Masa : 8.00 Pagi -5.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Word, Microsoft Excel, Power Point dan juga Microsoft Publisher. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Office bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Peserta juga diberi ceramah mengenai klik dengan bijak dan laman web dashboard komuniti.Selepas mengikuti ceramah peserta diadakan kuiz bagi menguji tahap kefahaman mereka.
Aktiviti
-
Kelas Microsoft Word: Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Word di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Word. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Word. Peserta dipandu cara untu menggunakan Microsoft Word seperti ‘save document’, menukar fon, mengedit teks, membuat numbering dan bullet, memasukkan clip art from file, word art dan auto shapes, memasukkan muka surat, header dan footer dan juga membetulkan ejaan dan grammar. Peserta di beri latihan untuk membuat folio menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari.
Kelas Microsoft Excel: Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Excel di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft excel. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Excel. Peserta dipandu cara untuk menggunakan table, graf, menggunakan fungsi f(x) seperti autu sum, average dan minus. Selain itu, peserta turut diajar cara menggunakan symbol, aligment, currency, carta organisasi, data sorting dan lain-lain lagi.
Kelas Microsoft Power Point: Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Power Point di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Power Point. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Power Point. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Power Point seperti mengendalikan persembahan design template), mengendalikan persembahan (blank presentation), penggunaan hyperlink, penggunaan multimedia, slide number, header dan footer dan hide slide and set up show.
-
Kelas Microsoft Publisher: Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Power Point di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Power Point. Peserta akan diterangkan fungsi penggunaan Microsoft Publisher. Peserta di ajar cara mula create sesuatu kad mengikut kategori yang terdapat di dalam microsoft publisher seperti brosur, pemplate, kad, flyers dan sebagainya.