23376327 1134466090017538 5276686382913939545 n

Peserta di perkenalkan dengan Kempen Klik Dengan Bijak (KDB). Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI1M dan aktiviti yang bakal diadakan di PI1M pada masa akan datang. Seterusnya peserta akan di dedahkan dengan cara penggunaan internet dengan selamat. Sesi soal jawab di antara peserta dan Petugas juga turut diadakan. Video Showing diadakan untuk pelajar pada hari program ini dijalankan.

 

Laporan Oktober - Klik Dengan Bijak (Tips Keselamatan Menggunakan Internet) 

 Tarikh   : 6 November 2017

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 9 Orang

 

Tujuan

Peserta diterangkan mengenai Klik Dengan Bijak. Petugas menyediakan tayangan video yang bermanfaat untuk para peserta memahami keselamatan ketika melayari internet dan bagaimana untuk mengelak diri daripada terjebat dalam jerat cinta internet. Sesi soal jawab dengan petugas berkenaan video yang ditayangkan juga turut dijalankan. Pelbagai tips keselamatan menggunakan internet diberikan oleh petugas kepada para peserta. Memberikan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang penggunaan internet yang betul. Mendidik peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Mempromosi aktiviti PI1M dan menambah keahlian PI1M sedia ada.

 

Aktiviti

Peserta diperkenalkan tentang klik dengan bijak dimana ia adalah program kesedaran ke atas pengguna supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, petugas menyiarkan tayangan video klik dengan bijak dan contoh video yang bermanfaat untuk menjadi contoh kepada mereka supaya dapat berfikir yang mana baik dan buruk patut diikuti apabila melayari internet. Para peserta mempraktikkan apa yang diajar petugas supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan internet.


 

 

23244531 1134464260017721 7287173021462815556 n

Peserta akan diterangkan mengenai fungsi-fungsi komponen dalam Microsoft Power Point. Peserta  akan diajar oleh petugas bagaimana membina slaid untuk menambah pengetahuan peserta dalam ict dengan diajar mengikut modul pembelajaran yang telah disediakan oleh petugas. 

 

Laporan November - Latihan Membina Slaid (Microsoft Power Point)

 Tarikh   : 4 November 2017

Masa     : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 8 Orang


Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk menambah pengetahuan peserta dalam menggunakan microsoft power point dimana para peserta akan diterangkan satu persatu modul dalam microsoft power point yang perlu diikuti sebagai rujukan untuk mereka membina slaid. Melalui penerangan petugas maka para peserta akan mudah faham dan dapat membuat tugasan yang diberikan dengan cepat dan mengikut format yang betul. 

 

Aktiviti

Para peserta diajar menggunakan microsoft power  point oleh petugas. Ia memudahkan para peserta memahami cara membina slaid menggunakan microsoft power point. Para peserta diberikan latihan untuk menguji tahap penguasaan para peserta dalam menggunakan aplikasi tersebut dan menguji kefahaman mereka dalam membina slaid. Selain itu, hasil latihan yang dibuat para peserta akan disemak semula oleh petugas bagi memastikan latihan yang dibuat mengikuti format yang betul seperti yang telah diajar kepada mereka. Selain itu, mereka diajar memuat turun gambar untuk dimasukkan ke dalam slaid.


23376442 1134461073351373 8482560690848646118 n

Peserta akan dilatih membuat perkara yang berfaedah seperti membuat pin bunga tudung sendiri dengan menggunakan aplikasi youtube sebagai sumber rujukan. Melalui aplikasi youtube ia akan memudahkan lagi peserta untuk mengikuti cara pembuatan pin bunga tudung melalui video. Ini sekaligus menguji tahap kreativiti dan inovasi para peserta menggunakan youtube untuk menghasilkan sesuatu produk.

 

Laporan November - Tutorial Membuat Pin Bunga Tudung (youtube)

 Tarikh   : 3 November 2017

Masa     : 2.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 7 Orang


Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memupuk kemahiran para peserta menggunakan youtube sebagai sumber pembelajaran bukan sekadar untuk menonton tayangan video semata-mata. Malahan melalui sumber youtube akan melatih diri mereka lebih berpengetahuan dalam menghasilkan sesuatu produk dengan lebih cepat dan mudah. Ini kerana melalui tayangan video, langkah demi langkah ditunjukkan untuk menghasilkan produk tersebut. 

 

Aktiviti

Para peserta diajar cara membuat pin bunga tudung melalui youtube. Petugas turut menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan produk tersebut. Peserta menerangkan kepada petugas cara membuat pin bunga tudung melalui video di youtube. Para peserta cuba mengikuti langkah cara pembuatan pin bunga tudung satu persatu sehingga siap. Para peserta berjaya menghasilkan pin bunga tudung atas tunjuk ajar dari petugas dan melalui youtube.  


23244171 1134463420017805 2768292606539978984 n

Peserta akan diterangkan mengenai fungsi-fungsi komponen dalam Microsoft Word. Peserta  akan diajar oleh petugas bagaimana membuat surat tidak rasmi untuk menambah pengetahuan peserta dalam menaip dengan menggunakan format yang betul. 

 

Laporan November - Latihan Menaip Surat Tidak Rasmi (Microsoft Word)

 Tarikh   : 4 November 2017

Masa     : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 9 Orang


Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk menambah pengetahuan peserta dalam menggunakan microsoft word dimana para peserta akan diterangkan satu persatu modul dalam microsoft word yang perlu diikuti sebagai rujukan untuk mereka membuat sesuatu surat. Melalui penerangan petugas maka para peserta akan mudah faham dan dapat membuat tugasan yang diberikan dengan cepat dan mengikut format yang betul. 

 

Aktiviti

Para peserta diajar menggunakan microsoft word menggunakan aplikasi smartdraw. Ia memudahkan para peserta memahami cara menaip menggunakan microsoft word. Para peserta diberikan latihan untuk menguji tahap penguasaan para peserta dalam menggunakan aplikasi tersebut dan menguji ketangkasan mereka menaip. Selain itu, hasil latihan yang dibuat para peserta akan disemak semula oleh petugas bagi memastikan latihan yang dibuat mengikuti format yang betul seperti yang telah diajar kepada mereka.


 

23244550 1134462860017861 7375797109907036577 n

Peserta akan dilatih menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah seperti membuat dan menggunakan aplikasi paint untuk membuat lukisan mereka yang tersendiri. Ia sekaligus memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan. Mempromosi aktiviti PI1M dan menambah pengetahuan pelajar dalam bidang ICT.

 

Laporan November - Multimedia: Suntingan Imej (Paint)

 Tarikh   : 3 November 2017

Masa     : 2.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 7 Orang


Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memupuk kemahiran penguasaan komputer. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan kaedah membuat lukisan yang menarik. Meningkatkan tahap kreativiti para peserta dalam menggunakan aplikasi paint. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.

 

Aktiviti

Para peserta diajar cara membuat lukisan yang kemas dan menarik. Mereka juga didedahkan dengan gambar yang lebih menarik. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta juga diberi latihan untuk menguji tahap kefahaman mereka dalam aktiviti yang dilakukan.