Tarikh : 7 September 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta cara mengedit bisnes kad dengan cara mudah dan ringkas.
Pada permulaan kelas, peserta akan membuka laman postermywall. Selepas itu, peserta akan menekan tajuk utama yang diberikan oleh pengajar iaitu flyers. Seterusnya, peserta akan mengedit mengikut kreativiti masing-masing agar flyers nampak lebih menarik. Akhir sekali, peserta akan menyimpan dokumen tersebut dengan menekan Save di bahagian tepi.
Tarikh : 11 September 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk peserta mengenali lebih dalam mengenali bendera dalam negeri-negeri Malaysia.
Pada permulaan kelas, akan dimulaikan dengan membaca doa. Kemudian, peserta akan di minta untuk membuka laman Youtube. Seterusnya, peserta akan menaip teka teki nama-nama bendera negeri dalam Malaysia. Sebelum, peserta memulakan teka teki tersebut, peserta akan diberik arahan untuk melihat bahagian soalan nya sahaja. Akhir sekali, apabila kesemua peserta memberi jawapan, barulah pengajar akan menekan video tersebut untuk disiarkan bagi mengetahui apakah jawapan yang dijawab oleh peserta-peserta tadi betul ataupun salah.
Tarikh : 6 September 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk menambah ilmu peserta dan membuat peserta mengulangkaji pelajaran serta menambah minat peserta dalam mengetahui sejarah-sejarah yang penting.
Pada permulaan kelas, peserta akan membuka laman Canva. Kemudian, peserta akan menaip “infografik”. Maka disitu peserta akan memilih template yang cantik dan menarik untuk mereka. Selepas itu, peserta akan mencari maklumat di google yang berkaitan dengan penubuhan Hari Malaysia. Seterusnya, peserta akan memasukkan info-info yang mereka perolehi tadi ke dalam template yang mereka pilih. Akhir sekali, peserta akan melihat sendiri infografik tersebut akan membuatkan mereka lebih mudah nak faham serta ingat.
Tarikh : 8 September 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan Kemahiran fokus, memupukkan kesabaran dan ketekunan.
Pada permulaan kelas, pengajar akan mengagihkan bahan-bahan yang diperlukan seperti chopstick, kacang hijau, pinggan dan jam. Kemudian, peserta akan memulakan cabaran tersebut dengan mengambil biji kacang hijau ke dalam pinggan yang lain. Akhir sekali, pemenang akan dikira melalui jangka masa yang pendek dalam menyelesaikan cabaran tersebut.
Tarikh : 2 September 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk peserta berfikir belajar tentang prinsip keseimbangan dan graviti, memahami bagaimana objek dapat seimbang walaupun dalam situasi yang kelihatan tidak stabil
Pada permulaan kelas, peserta akan menonton video yang disediakan oleh pengajar terlebih dahulu. Kemudian, pengajar akan mengagihkan bahan-bahan yang diperlukan dalam kelas ini iaitu cawan plastic, air, batang aiskrim dan cawan kertas. Seterusnya, peserta perlu meletakkan cawan kertas di atas batang aiskrim dengan cara yang mengekalkan keseimbangan tanpa menjatuhkan cawan kertas tersebut. Peserta boleh bereksperimen dengan meletakkan cawan kertas yang berisi air tadi di pelbagai tempat untuk mencari titik keseimbangan. Akhir sekali, peserta akan melihat sendiri sejauh mana cawan kertas yang beriis air tadi kekal