Tarikh    : 12 Julai 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk peserta secara bijak untuk menyusun strategi. Dengan mempunyai strategi yang baik, maka peserta akan dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

Pada permulaan kelas, pengajar akan menerangkan dahulu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah (cari perkataan yang sama seperti yang disenaraikan) tersebut.  Kemudian, peserta sendiri yang akan mencari kesepadanan kata-kata yang disenaraikan. Akhir sekali, peserta akan mengetahui bagaimana cara menyelesaikan masalah tersebut dengan jimat atau lambat.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 10 Julai 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada konsep Keapungan yang digunakan dalam Hot Air Balloon

Pada permulaan kelas, kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menayangkan video Hot Air Balloon untuk menarik minat peserta. Seterusnya, petugas menerangkan kepada peserta bagaimana Hot Air Balloon boleh terapung di udara: Udara panas lebih ringan daripada udara sejuk. Peserta seterusnya membuat aktiviti membina Hot Air Balloon dari bahan mudah yang telah disediakan oleh petugas: Belon, cawan kertas, selotep & pisau. Di akhir kelas, petugas membuat sedikit ulangkaji tentang penerangan di awal kelas untuk memastikan peserta masih ingat konsep yang telah digunakan

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 9 Julai 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama dalam diri peserta dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Penerangan berkenaan aktiviti yang akan dijalankan diberi kepada peserta: Lukisan Buta & Radio Rosak. Peserta seterusnya diminta untuk beratur mengikut arahan petugas. Aktiviti pertama (Lukisan Buta) dijalankan bersama peserta dengan melukis diatas kertas, dibelakang peserta secara bergilir-gilir. Peserta terakhir diminta untuk meneka lukisan yang telah dilukis oleh rakannya. Untuk aktiviti kedua (Radio Rosak), petugas memberikan ayat yang perlu dibisikkan oleh peserta kepada rakan-rakan mereka secara bergilir-gilir. Peserta terakhir menyebutkan semula ayat yang telah dibisikkan

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 8 Julai 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk menambah ilmu baru tentang cara dan format untuk membuat surat permohonan

Pada permulaan kelas,peserta akan diminta untuk membaca surat permohonan yang diedarkan oleh pengajar. Selepas itu, peserta akan membuka Microsoft Word dan menaip contoh surat permohonan yang telah diedarkan.Seterusnya surat tersebut lebih kurang seperti surat rasmi yang memerlukan  “kepala surat”, maka dengan itu peserta perlu letak Alamat Pengirim, Tarikh dan Alamat Penerima.  Kemudian, peserta akan menaip bahagian “Pembukaan Surat” dengan adanya kandungan Salam Pembuka dan Subjek Surat. Peserta juga akan menaip isi Kandungan Surat yang mengandungi minimum 3perenggandan Penutup Surat. Akhir sekali, peserta akan menaip untuk bahagian tandatangan.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 5 Julai 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk memberi idea yang kreatif serta ilmu baru untuk membuat buku cerita secara digital.

Pada permulaan kelas, pengajar akan menyuruh peserta untuk membaca cerita tersebut untuk mereka lebih faham apa jalan ceritanya yang sebenar. Kemudian, peserta akan membuka Microsoft powerpoint. Peserta akan memasukkan teks-teks yang telah diberi oleh pengajar. Seterusnya, peserta akan membuka Microsoft Edge untuk mencari gambar yang berkaitan dengan kisah cerita tersebut, Akhir sekali, peserta akan menyimpan slide tersebut dengan menekan File>Save.

Klik sini untuk lihat foto