Tarikh    : 1 September 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk menambah idea kreatif dikalangan peserta yang hadir. 

Pada permulaan kelas, peserta akan dipertontonkan terlebih dahulu video cara membuat mini bakul tersebut. Kemudian, pengajar akan mengagihkan bahan-bahan yang diperlukan seperti kertas 4 warna (merah, putih, kuning, biru ), gunting, gam, dan gambar bunga raya yang telah dicetak. Seterusnya, peserta akan memulakan tugasan tersebut dengan mengukur saiz panjang dan lebar untuk setiap helaian yang diperlukan. Selepas itu, peserta akan mencantumkan helaian yang telah diukur dan digunting untuk menjadi sebuah mini bakul. Akhir sekali, peserta akan melekatkan gambar bunga raya yang telah digunting ditepi bahagian gagang bakul tersebut.

Klik sini untuk lihat foto

 

Tarikh    : 17 Ogos 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang servis perbankan dalam talian yang boleh digunakan untuk perniagaan

Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Sebelum sesi penerangan, petugas bertanyakan soalan untuk menguji tahap penguasaan peserta.  Petugas seterusnya memberi penerangan kepada peserta tentang pengenalan kepada perbankan dalam talian serta kelebihannya. Turut dikongsikan kepada peserta adalah contoh-contoh bank yang menawarkan perhidmatan perbankan dalam talian. Selesai sesi penerangan, peserta diminta untuk menyiapkan slide berkenaan kelebihan perbankan dalam talian seperti yang telah dipelajari semasa sesi penerangan

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 15 Ogos 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang perisian computer (Operating System).

Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menanyakan kepada peserta tentang Operating System untuk menguji tahap penguasaan. Petugas seterusnya menerangkan tentang Operating System kepada peserta. Pengenalan serta contoh-contoh Operating System dikongsikan kepada peserta. Selesai penerangan, petugas mengajukan soalan kepada peserta untuk menguji kefahaman. Selesai sesi soal jawab, peserta diminta untuk menyiapkan slide contoh-contoh Operating System yang mereka tahu

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 16 Ogos 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada asas-asas kejuruteraan seperti struktur, kestabilan, dan kekuatan bahan.

Pada permulaan kelas, peserta akan dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil (4-5 orang setiap kumpulan). Seterusnya, petugas akan mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan seperti kertas, air botol mineral yang berisi air, buku -buku yang tebal serta tisu basah yang mempunyai timbangan yang berat kepada setiap kumpulan. Maka peserta akan memikirkan cara mengolah kertas tersebut seperti jambatan yang mampu menampung beban yang berat. Akhir sekali, peserta akan faham dan mendapat ilmu baru yang berkaitan dengan ketahanan jambatan apabila sudah dipraktikalkan.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 14 Ogos 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk menyemai rasa seronok untuk mengulangkaji pelajaran dalam diri peserta menggunakan platform yang lebih interaktif

Pada permulaan kelas dengan bacaan doa. Sebelum sesi ulangkaji menggunakan platfrom atas talian dijalankan, petugas membuat sedikit ulangkaji asas matapelajaran ICT dengan peserta. Selesai ulangkaji bersama petugasm peserta diminta untuk memasukkan pautan Kahoot dan ID pada enjin carian di computer. Sesi kuiz dijalankan untuk menguji kefahaman peserta. Perbincangan turut dijalankan sepanjang kuiz dijalankan;

Klik sini untuk lihat foto