Tujuan
Tarikh : 21 Julai 2024 Masa : 9.00 pagi - 12 tengahari Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan kursus ini adalah untuk membuat peserta tertarik untuk membuat sesuatu perniagaan yang sangat mudah cara pembuatan produknya.
Pada permulaan kelas, pengajar akan menerangkan ap aitu “Sagu Gula Apong”. Kemudian, pengajar akan menenrangkan satu persatu bahan-bahan yang digunakan iaitu sagu, gula apong, susu dan ais. Selepas itu, peserta akan memasakkan sagu itu supaya ianya masak dan kembang. Seterusnya, apabila sagu telah dimasak maka peserta akan memasukkan sagu tersebut ke dalam cawan. Kemudian, peserta akan menuangkan gula apong yang telah dicairkan kedalam cawan yang tadi serta memasukkan susu dan ais. Akhir sekali, peserta akan menikmati pencuci mulut tersebut yang telah mereka buat sendiri.
Tujuan
Tarikh : 18 Julai 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI
|
Tujuan kursus ini adalah untuk memupuk rasa seronok untuk mengulangkaji pelajaran menggunakan medium yang lebih interaktif bersama peserta.
Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Sebelum sesi ulangkaji menggunakan platform atas talian dijalankan, petugas membuat sedikit ulangkaji asas matapelajaran Matematik dengan peserta. Selesai ulangkaji bersama petugas, peserta diminta untuk memasukkan pautan Adapted Mind (Mathematics) pada enjin carian di komputer. Sesi ulangkaji dibuat secara serentak, dengan bimbingan dari petugas. Latihan matapelajaran Matematik dibuat sehingga selesai tahap yang telah dipilih
Tarikh : 14 Julai 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk menerangkan kepada peserta tentang bahaya Malware kepada komputer dan contoh-contohnya.
Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menanyakan kepada peserta tentang Malware untuk menguji tahap penguasaan. Petugas seterusnya menerangkan tentang Malware kepada peserta. Pengenalan, bahaya, serta contoh-contoh malware dikongsikan kepada peserta. Selesai penerangan, petugas mengajukan soalan kepada peserta untuk menguji kefahaman. Selesai sesi soal jawab, peserta diminta untuk menyiapkan slide contoh-contoh Malware yang mereka tahu.
Tarikh : 17 Julai 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang konsep ketumpatan air
Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Sebelum aktiviti bermula, petugas menerangkan kepada peserta tentang konsep ketumpatan air. Persoalan tentang konsep ketumpatan air turut diajukan kepada peserta untuk menguji kefahaman. Seterusnya, aktiviti dijalankan menggunakan bahan yang telah disediakan: Balang kaca, air paip, pewarna, minyak, sabun pencuci, dulang air. Petugas mengarahkan peserta untuk memasukkan cecair satu persatu ke dalam balang kaca dan memerhatikan pergerakkan cecair tersebut. Setelah semua cecair dimasukkan, bahan-bahan dibiarkan untuk seketika. Setelah itu,peserta memerhatikan keadaan cecair dan menyatakan kedudukan cecair. Di akhir aktiviti, petugas menerangkan sekali lagi kepada peserta, cecair yang lebih tumpat akan berada paling bawah, dan cecair yang kurang tumpat akan berada diatas.
Tarikh : 13 Julai 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memupuk rasa seronok untuk mengulangkaji pelajaran dalam diri peserta menggunakan aplikasi yang interaktif.
Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Sebelum sesi ulangkaji menggunakan platform atas talian dijalankan, petugas membuat sedikit ulangkaji asas matapelajaran Sains dengan peserta. Selesai ulangkaji bersama petugas, peserta diminta untuk memasukkan pautan Science World for Kids pada enjin carian di komputer. Sesi ulangkaji dibuat secara serentak, dengan bimbingan dari petugas. Latihan matapelajaran Sains dibuat sehingga selesai tahap yang telah dipilih.