Tarikh : 13 Ogos 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk peserta mendapat idea yang lebih kreatif untuk membuat slaid yang lebih menarik.
Pada permulaan kelas, peserta akan membuka laman web Canva. Selepas itu, peserta akan menaip Slide dengan bahagian Search. Kemudian,peserta akan memilih slaid yang menarik untuk mereka akan edit. Akhir sekali, perserta akan membentangkan slaid yang mereka buat.
Tarikh : 10 Ogos 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri peserta
Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas meminta peserta untuk memasukkan pautan Puzzle Online Games ke pelayar Microsoft Edge. Setelah memilih gambar puzzle yang diminati, petugas memberikan masa selama 5 minit kepada peserta untuk menyelesaikan puzzle tersebut. Peserta berjaya menyelesaikan puzzle yang dipilih, dan dibenarkan untuk memilih puzzle yang lain. Setelah selesai menyiapkan puzzle, petugas menerangkan kepada peserta tentang kepentingan menguruskan emosi ketika dalam tekanan. Petugas turut menerangkan kepentingan kemahiran menyelesaikan masalah kepada peserta.
Tarikh : 08 Ogos 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk menambah ilmu baru cara membuat bendera Malaysia secara digital.
Pada permulaan kelas, pengajar akan menerangkan terlebih dahulu cara dan format untuk membuat bendera Malaysia ini secara digital. Kemudian, peserta akan menekan Insert>Shapes> segi empat. Seterusnya, akan diikuti dengan yang lain sepertimana jalur gemilang ada 14 garis ( 7 merah, 7 putih). Oleh kerana bulan dan bintang tidak terdapat dalam pilihan ribbon shapes, maka peserta akan mencarinya di dalam Microsoft Edge dan muat turun. Sebelum ianya dimasukkan kedalam Microsoft Word, bulan bintang yang dimuat turun tadi perlu di remove background dahulu. Akhir sekali, peserta akan memasukkan bulan bintang dengan menekan pada shapes segi empat kemudian tekan right click>Fill in>Picture> From a File>Insert.
Tarikh : 09 Ogos 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk peserta menimba ilmu baru serta pratikal dengan memanfaatkan kemudahan yang ada disediakan seperti internet.
Pada permulaan kelas, pengajar akan menyedia video membuat kipas menggunakan tudung botol untuk peserta tontoni dahulu. Kemudian, pengajar sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti botol kosong, gunting, tali ,gam dan kayu batang ais krim. Seterusnya apabila peserta telah faham dengan video yang dipertontonkan , mak mereka akan memulakan tugasan tersebut. Akhir sekali, peserta akan melihat sendiri samada projek tersebut berjaya ataupun tidak. Jika tidak maka peserta akan mengulangi lagi langkah-langkahnya agar tidak tersilap lagi
Tarikh : 07 Ogos 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta dengan medium yang boleh digunakan untuk promosi perniagaan
Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menerangkan kepada peserta contoh-contoh platform yang boleh digunakan untuk mempromosi perniagaan. Petugas seterusnya focus kepada platform Facebook Page dan menerangkan dengan lebih terperinci kepada peserta. Selesai penerangan, peserta mencipta Facebook page dengan bimbingan dari petugas. Di akhir kelas, peserta berjaya memuatnaik posting di page yang telah disiapkan