Tarikh    : 4 Julai 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk memperkenalkan kegunaan aplikasi Shopee kepada peserta.

Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Peserta ditanya samada mereka pernah menggunakan aplikasi Shopee. Kebanyak peserta tahu kegunaan platform Shopee sebagai tempat untuk membeli sahaja, tetapi tidak tahu bahawa mereka juga boleh menjadi penjual di platform tersebut. Petugas menerangkan kepada peserta tentang kegunaan Shopee sebagai platform menjual barang jualan serta syarat yang perlu untuk mendaftar. Selesai penerangan, aktiviti mendapatkan maklumat tentang Shopee di enjin carian dilaksanakan bersama peserta. Di akhir kelas, kuiz tentang aplikasi Shopee turut diadakan untuk mengukur tahap kefahaman peserta

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 3 Julai 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta karier yang boleh mereka ceburi pada masa akan datang

Pada permulaan kelas,  dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menanyakan kepada peserta tentang pekerjaan yang mereka minati. Petugas seterusnya menerangkan sedikit sebanyak latar belakang pekerjaan yang disebut oleh peserta. Petugas turut berpesan kepada peserta agar mereka belajar bersungguh-sungguh agar dapat mencapai cita-cita yang mereka idamkan. Peserta diminta untuk mencarik sedikit maklumat berkenaan cita-cita mereka dan menterjemahkan pencarian ke Microsoft Power Point. Di akhir kelas, peserta diminta untuk membentangkan hasil kerja kepada rakan-rakan dihadapan kelas

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 1 Julai 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk mengulangkali pelajaran Bahasa Melayu secara digital.

Pada permulaan kelas, peserta akan pergi ke laman web Quizziz. Selepas itu, pengajar akan memberi kod kepada peserta untuk menyertai kuiz tersebut. Setelah kesemua peserta memasukkan kod tadi, maka bermulalah kuiz mereka. Seterusnya, peserta akan menjawab sambil mengulangkaji subjek tersebut. Akhir sekali, peserta yang dapat menjawab betul dengan maka dia akan menjuarai kuiz tersebut

 

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 2 Julai 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk mengajarkan konsep matematik dan seni melalui aktiviti yang menyeronokkan dan kreatif.

Pada permulaan kelas, peserta akan menonton contoh-contoh bentuk tesselasi di laman youtube. Kemudian, pengajar akan  menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti kertas, pensel, pemadam, pembaris, pensel warna dan gunting. Selepas itu, peserta kaan memulakan tugasan yang diberi. Seterusnya, apabila peserta telah menyiap membentuk dan menggunting bentuk/corak tersebut, maka peserta akan tekapbentuk tersebut di permukaan kertas. Akhir sekali, peserta akan mewarnakan bentuk yang telah ditekap tadi mengikut kreativiti mereka.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 23 Jun 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk peserta menyusun strategi untuk menang.

Pada permulaan kelas, peserta akan o-som terlebih dahulu. Peserta yang pertama menang dari o-som tadi akan memulakan langkahnya. Seterusnya, peserta akan memikirkan strategi untuk terus maju kehadapan dari yang lain.Akhir seklai, siapa yang akan sampai kemuncak terlebih dahulu akan menang.

Klik sini untuk lihat foto