Tarikh : 22 Jun 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk peserta memanfaatkan ilmu stem yang boleh membuat peserta berfikir secara terbuka dan memanfaatkan internet yang ada.
Pada permulaan kelas, peserta akan diperlihatkan dahulu video mengenai cara membuat catapult. Selepas itu, pengajar akan edarkan bahan-bahan dakam membuat kelas STEM ini. Seterusnya, peserta akan memulakan dengan mengikat batang aiskrim dengan getah. Kemudian,peserta akan melekatkan penutup botol di batang aiskrim yang telah diikat dengan menggunakan gam. Akhir sekali, tunggu gam tersebut kering supaya tidak tanggal ketika peserta hendak menekankannya nanti.
Tarikh : 15 Jun 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memahirkan peserta dalam menyediakan masakan pembuatan kek pisang coklat.
Pada permulaan kelas, peserta akan menonton cara-cara membua kek pisang di laman Youtube terlebih dahulu. Selepas itu, pengajar akan mengedarkan sekeping kertas iaitu resepi untuk kek tersebut. Kemudian, pengajar akan menerangkan satu persatu kegunaan bahan-bahan yang telah disediakan. Selepas itu, peserta akan membuat sendiri kek tersebut dengan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan dalam resepi tadi. Akhir sekali, setiap pengerakkan peserta diawasi oleh pengajar dan setelah kek tersebut siap,maka peserta akan merasainya.
Tarikh : 19 Jun 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memperkenalkan peserta kepada Blog Peribadi yang boleh digunakan sebagai medium interaksi kepada dunia luar.
Pada permulaan kelas, kelas dimulakan dengan bacaan doa. Sesi penerangan tentang blog peribadi dijalankan bersama peserta. Peserta turut dimaklumkan tentang kegunaan blog yang luas; berhubung dengan rakan-rakan dari luar negara, mempromosi jualan, sebagai diari harian). Selesai sesi penerangan, peserta seterusnya membuka akaun blogspot sendiri dengan bimbingan dari petugas. Petugas menerangkan fungsi asas yang ada pada blog. Peserta seterusnya diminta untuk mengarang satu pos bertajuk Perniagaan Saya untuk diterbitkan di blogspot masing-masing. Di akhir kelas, peserta dapat menerbitkan pos pertama di blog peribadi masing-masing
Tarikh : 21 Jun 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan Twitter untuk perniagaan
Pada permulaan kelas, kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas meminta peserta menyebut aplikasi media sosial yang mereka tahu. Petugas seterusnya memaklumkan kepada peserta bahawa kelas kali ini akan fokus kepada aplikasi Twitter untuk perniagaan. Penerangan tentang latar belakang Twitter serta fungsi asas yang ada pada media sosial tersebut dilaksanakan bersama peserte. Sesi perbincangan turut berjalan semasa penerangan. Sebelum kelas berakhir, petugas mengarahkan peserta untuk turut menyenaraikan kegunaan lain yang ada pada Twitter. Di akhir kelas, petugas sekali lagi menekankan kepada peserta bahawa Twitter mampu menarik ramai pelanggan sekiranya digunakan dengan betul
Tarikh : 13 Jun 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk menanamkan rasa seronok mengulangkaji pelajaran dalam diri peserta menggunakan medium yang lebih interaktif
Pada permulaan kelas, kelas dimulakan dengan bacaan doa. Soalan asas Bahasa Inggeris ditanyakan kepada peserta untuk menguji tahap kefahaman mereka. Sesi ulangkaji bersama peserta dilaksanakan sebelum kuiz dimulakan. Selesai ulangkaji, peserta diminta untuk mengakses Kahoot.it dan memasukkan kod yang tertera. Sesi kuiz dijalankan, dan perbincangan turut dibuat untuk meningkatkan kefahaman peserta