Tarikh : 06 Ogos 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang jenis-jenis media yang digunakan untuk promosi perniagaan.
Pada permulaan kelas, peserta akan membuka laman Canva. Selepas itu, peserta akan menekan tajuk utama yang diberikan oleh pengajar iaitu slides. Seterusnya, peserta akan didedahkan dahulu cara mengambil info dari internet ndan diterangkan oleh pengajar tentang satu persatu-satu maksud jenis-jenis media itu tadi. Kemudian, peserta akan mengedit mengikut kreativiti masing-masing. Akhir sekali, peserta akan menyimpan dokumen tersebut dengan menekan Save di bahagian tepi.
Tarikh : 05 Ogos 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang nama serta fungsi bahagian-bahagian komputer
Pada permulaan kelas, dimulakan dengan baca doa. Petugas menanyakan peserta nama bahagian komputer yang mereka tahu untuk menguji tahap penguasaan masing-masing. Seterusnya, sesi penerangan dijalankan oleh petugas. Perbincangan turut dilakukan untuk memberi lebih kefahaman kepada peserta. Setelah selesai sesi penerangan, peserta diberi tugasan untuk menyiapkan pembentangan berkenaan bahagian computer menggunakan Ms. Power Point. Sebelum tamat kelas, petugas membuat rumusan pembelajaran bersama peserta
Tarikh : 03 Ogos 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memberikan mereka pengalaman pembelajaran praktikal dan menyeronokkan dalam bidang sains dan teknologi
Pada permulaan kelas, peserta akan menonton cara membuat “kereta belon” di laman youtube. Kemudian, pengajar akan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti kepingan kotak, pensel, straw, pembaris, selotep,belon dan gunting. Selepas itu, peserta akan memulakan tugasan yang diberi. Seterusnya, apabila peserta telah menyiap kereta belon, maka peserta akan meniup terlebih dahulu untuk memeriksa samaada belon tersebut mempunyai angin ataupun tidak. Akhir sekali, peserta akan berlawan antara satu sama lain untuk menentukan siapa pemenang dan mengetahui pergerakkan kereta belon tersebut berjalan ataupun tidak.
Tarikh : 04 Ogos 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memastikan peserta dapat menguruskan kewangan dengan berkesan, mengelakkan masalah kewangan, dan mencapai matlamat kewangan mereka.
Pada permulaan kelas, pengajar akan menyuruh peserta untuk membuka laman web canva. Peserta akan memilih slaid yang mana mereka suka. Selepas itu,peserta akan mula menaipkan tentang asas pengurusan kewangan. Seterusnya,peserta akan membentangkan dihadapan agar mereka lebih memahami tentang asas tersebut.. Akhir sekali akan ada soal jawab untuk memastikan peserta benar-benar faham.
Tarikh : 02 Ogos 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan lagi pengetahuan tentang mata pelajaran Matematik.
Pada permulaan kelas, peserta akan pergi ke laman web Kahoot. Selepas itu, pengajar akan memberi kod kepada peserta untuk menyertai kuiz kahoot tersebut. Setelah kesemua peserta memasukkan kod tadi, maka bermulalah kuiz mereka. Seterusnya, peserta akan menjawab sambil mengulangkaji subjek matematik tersebut. Akhir sekali, peserta yang dapat menjawab betul dengan banyak maka dia akan menjuarai kuiz tersebut.