Tarikh : 10 November 2023 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mahirkan peserta dengan Microsoft Powerpoint.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diminta untuk memuat turun gambar-gambar yang ada dalam contoh poster yang diberikan. Selepas itu, peserta membuka perisian Microsoft powerpoint. Seterusnya, peserta memasukkan betuk segi empat untuk memasukkan teks dengan cara menekan Insert>Shapes. Akhir sekali, sebelum peserta menyimpan file poster tersebut, mereka akan memasukkan gambar-gambar yang telah dimuat turun tadi seperti contoh yang diberikan.
Tarikh : 6 November 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memupuk minat peserta terhadap bidang STEM
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video tentang cara-cara membuat kincir angin dengan menggunakan kertas A4 dan jarum peniti. Petugas mengedarkan bahan-bahan dan meminta para peserta membuat kincir angin seperti dalam video yang telah ditonton. Akhir sekali, pengajar akan mengawasi sepanjang latihan dijalankan.
Tarikh : 4 November 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih peserta amhir dalam penggunaan Microsoft Word.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas akan menerangkan dahulu cara membuatnya. Selepas itu, peserta membuka perisian Microsoft Word dah terus menaip seperti dalam gambar. Seterusnya, peserta perlu membuat kotak dengan menekan Insert>Shapes. Akhir sekali, peserta akan menyimpan tugasan tersebut dengan menekan File>Save.
Tarikh : 5 November 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan generasi baru mahir dalam menggunakan laman PosterMywall.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, pengajar akan menerangkan apa itu invoice dalam perniagaan. Selepas itu, peserta buka laman postermywall dan tekan carian “invoice”. Seterusnya bermulalah peserta mengedit nama syarikat dan butiran bisnes yang dijalankan. Akhir sekali, peserta akan menyimpan invoice tersebut dengan menekan butang Save..
Tarikh : 3 November 2023 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk meningkat kemahiran dalam Microsoft Powerpoint. .
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta dipertontonkan terlebih dahulu video mengenai cara menghasilkan bumi yang berputar. Selepas itu, peserta membuka perisian Microsoft Powerpoint. Seterusnya peserta masukkan icon bumi dengan menekan Insert>3D Models>Earth. Kemudian, peserta memasukkan perkataan dengan menekan Insert> WordArt. Peserta salin semula slide tersebut ke slide yang seterusnya untuk memutarkan gambar bumi. Akhir sekali, peserta perlu menekan Transition>Morph.