Tarikh : 18 Oktober 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mengulangkaji Pelajaran Pendidikan Islam.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas menerangkan dahulu apa itu resume. Kemudian, peserta diminta untuk membuka perisian Postermywall. Seterusnya, peserta akan mengedit template yang telah dipilih oleh pengajar dan mengikut maklumat seperti dalam kertas yang telah di edarkan. Akhir sekali, peserta akan menyimpan maklumat tersebut dengan menekan save.
Tarikh : 17 Oktober 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mengulangkaji Pelajaran Pendidikan Islam.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas memperkenalkan program ulangkaji dengan bermain kuiz “Quizziz” secara atas talian kepada peserta. Semasa kuiz dijalankan, peserta turut belajar sesuatu jika ada salah satu dari mereka yang berbuat salah. Akhir sekali, ia bukan sahaja untuk peserta seronok bermain tetapi menarik minat peserta untuk belajar malah secara tak langsung membuat peserta mengulangkaji matapelajaran Pendidikan Islam tersebut.
Tarikh : 8 Oktober 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memupuk minat peserta terhadap bidang STEM
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta menonton video tentang cara-cara membuat tangan robotik. Selepas itu, mereka diagihkan dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan dan duduk dalam kumpulan agar senang untuk belajar sama cara membuatnya. Apabila bentuk tangan siap dilukis dan digunting, peserta melekatkan straw yang telah dipotong mengikut saiz yang ditetapkan dalam video tadi ke bentuk tangan tersebut. Akhir sekali, mereka memasukkan benang untuk menarik tangan tersebut seolah ia bergerak.
Tarikh : 16 Oktober 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memupuk minat peserta terhadap bidang STEM
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video tentang cara-cara membuat bentuk-bentuk geometri dengan menggunakan tanah liat dan pencungkil gigi sahaja. Seterusnya, petugas mengedarkan bahan-bahan dan meminta para peserta membuat bentuk-bentuk geometri seperti dalam video yang telah dipertontonkan dengan melukis ia di kertas yang diberikan oleh petugas. Akhir sekali,peserta meletakkan bentuk-bentuk tadik disebelah kertas yang telah dilukiskan
Tarikh : 7 Oktober 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan generasi baru mahir dalam menggunakan laman PosterMywall.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diminta untuk ceritakan dahulu bisnes apa yang mereka hendak niagakan. Selepas itu, peserta akan memuat turun gambar perniagaan mereka. Seterusnya, peserta buka laman postermywall dan tekan carian “business card”. Maka bermulalah peserta mengedit nama syarikat dan butiran bisnes yang dijalankan. Akhir sekali, peserta akan menyimpan design kad bisnes tersebut dengan menekan butang Save.