Tarikh : 8 Februari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk menguatkan lagi minda peserta untuk menjadi lebih kreatif
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas meminta peserta untuk melihat suntingan video cara membuat puzzle di dalam Youtube. Selepas itu, peserta akan memulakan tugasan setelah diedarkan bahan-bahan yang diperlukan. Seterusnya, peserta akan mengunting gambar yang telah dicetak. Akhir sekali, peserta akan mencantumkan semula kepingan-kepingan gambar yang telah dipotong.
Tarikh : 7 Februari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan cop perniagaan, serta rekaan yang sesuai untuk cop perniagaan.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, kelas dimulakan dengan bacaan Al Fatihah dan doa. Seterusnya, petugas menerangkan kepada peserta tentang jenis-jenis perniagaan yang ada. Pada masa yang sama, petugas menerangakn tentang urusan-urusan yang akan dilakukan oleh peniaga. Ada urusan yang dilaksanakan akan memerlukan cop. Petugas menerangkan kepentingan cop perniagaan kepada peserta serta rekaan yang sesuai. Menggunakan aplikasi yang sesuai, peserta diajar cara yang betul untuk membat rekaan cop perniagaan. Diakhir kelas, petugas meringkaskan semula pembelajaran hari ini
Tarikh : 4 Februari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan banyak usahawan dalam menggunakan laman PosterMyWall
Pada permulaan kelas, pengajar akan meminta peserta untuk buka laman PosterMyWall dan menekan carian Wedding Card. Selepas itu, peserta aan mencari templateyang disyorkan oleh petugas. Seterusnya bermulalah peserta mengedit nama pasangan pengantin serta butir maklumat yang lain seperti, alamat, tarikh, masa dan lain-lain. Akhir sekali, peserta akan menyimpan template kad kahwin tersebut dengan menekan butang Save.
Tarikh : 5 Februari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada aplikasi panggilan video atas talian yang boleh digunakan.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas seterusnya memulakan kelas dengan bertanya kepada peserta, medium panggilan video yang mereka ketahui. Petugas menerangkan kepada peserta apakah Google Meet, kegunaannya serta ciri-ciri asas yang ada. Peserta diajar untuk menggunakan fungsi asas Google Meet. Peserta diminta untuk menyelesaikan soalan berkaitan Google Meet setelah selesai sesi penerangan.
Tarikh : 3 Februari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk meningkat kemahiran peserta dalam Microsoft Word.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diterangkan terlebih dahulu tentang latihan yang akan dibuat. Selepas itu, peserta diminta membuka perisian Microsoft Word. Seterusnya peserta akan menukar Layout kepada Landscape. Kemudian, tekan Columns>Two. Maka bermula menaip teks yamg telah disediakan. Akhir sekali, peserta akan menyimpan teks tersebut dengan menekan File>Save