Tarikh : 27 Januari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan yang lebih luas kepada peserta berkenaan bidang STEM serta kelebihannya
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, Kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas memulakan kelas dengan bertanya kepada peserta pengetahuan yang mereka ada tentang kapal selam. Peserta diceritakan tentang konsep asas kapal selam. Seterusnya, petugas menayangkan video berkenaan proses pengapungan dan tenggelam kapal selam. Sepanjang video ditayangkan, perbincangan turut dilakukan. Setelah peserta tahu konsep asas kapal selam, bahan untuk aktiviti seterusnya diedarkan kepada peserta. Petugas membimbing peserta untuk mencipta kapal selam DIY. Setelah siap, kapal selam dimasukkan dalam bekas yang berisi air. Terdapat kapal selam yang terapung, dan ada juga yang tenggelam. Petugas sekali lagi menerangkan kepada peserta konsep kapal selam yang telah ditonton semasa tayangan video sebelumnya.
Tarikh : 25 Januari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta dengan aplikasi pembelajaran yang lebih interaktif.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, Kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menerangkan kepada peserta tentang aplikasi Kahoot serta kegunaannya. Kuiz matapelajaran Sains dijalankan menggunakan Kahoot dan peserta menjawab soalan yang dipaparkan. Perbincangan turut dilakukan semasa kuiz dijalankan. Peserta telah menjawab kesemua soalan kuiz dengan baik
Tarikh : 23 Januari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan generasi baru mahir dalam menggunakan laman PosterMywall
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, pengajar akan menerangkan apa itu logo dalam perniagaanSelepas itu, peserta diminta untuk membuka laman postermywall dan tekan carian “logo”. Seterusnya bermulalah peserta mengedit butiran bisnes yang dijalankan. Akhir sekali, peserta akan menyimpan logo tersebut tersebut dengan menekan butang Save > Download > cetak
Tarikh : 24 Januari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta dengan aplikasi pembelajaran yang lebih interaktif dan Mengulangkaji pelajaran Matematik
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, Kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menerangkan kepada peserta tentang aplikasi Quizizz serta kegunaannya. Kuiz matapelajaran Matematik dijalankan menggunakan Quizizz dan peserta menjawab soalan yang dipaparkan. Perbincangan turut dilakukan semasa kuiz dijalankan. Peserta telah menjawab kesemua soalan kuiz dengan baik. Permainan secara atas talian untuk matapelajaran Matematik juga turut diselitkan semasa kelas berlangsung. Peserta secara bergilir-gilir menjawab soalan dalam permainan yang telah dipilih.
Tarikh : 22 Januari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan lagi penggunaan Microsoft Word kepada peserta.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diminta untuk membaca terlebih dahulu kertas yang telah diedarkan. Setelah, peserta faham barulah mereka muat turun gambar-gambar yang terdapat dalam surat tersebut. Selepas itu, peserta kan membuat carta seperti yang diminta. Akhir sekali, peserta akan menyimpan carta tersebut dengan menekan File > Save.