Tarikh : 19 Januari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan generasi baru mahir dalam menggunakan laman PosterMywall
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, pengajar akan menerangkan apa itu resit kewangan dalam perniagaan. Selepas itu, peserta diminta untuk membuka laman postermywall dan tekan carian “resit”. Seterusnya bermulalah peserta mengedit nama syarikat dan butiran bisnes yang dijalankan. Akhir sekali, peserta akan menyimpan resit kewangan tersebut denganmenekan butang Save.
Tarikh : 18 Januari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kegunaan Borang Tempahan, serta maklumat yang perlu ada dalam borang tempahan
Pada permulaan kelas, kelas dimulakan dengan bacaan doa. Selesai bacaan doa, petugas bertanya kepada peserta berkenaan dokumen perniagaan yang mereka tahu. Seterusnya, petugas bertanya apakah jenis perniagaan yang diminati oleh peserta. Petugas menerangkan kepada peserta tentang kepentingan borang tempahan dalam setiap jenis perniagaan yang dijalankan. Terdapat perniagaan yang memerlukan borang tempahan, dan ada juga perniagaan yang tidak memerlukan borang tempahan. Petugas turut menunjukkan beberapa contoh Borang Tempahan dari pelbagai sumber. Setelah itu, petugas meminta peserta untuk menyediakan Borang Tempahan bagi perniagaan yang telah disebut. Di akhir kelas, petugas sekali lagi mengulang tentang kepentingan Borang Tempahan kepada peserta yang hadir.
Tarikh : 7 Januari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan Bahasa Inggeris serta mengulangkaji
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas meminta peserta untuk membuka laman web “Quizziz”. Selepas itu, peserta akan memasukkan kod yang telah petugas bagi. Seterusnya, peserta akan menjawab kuiz tersebut dengan menekan jawapan yang betul. Akhir sekali, peserta akan mengetahui sama ada mereka menjawab dengan betul ataupun tidak dan berapa markah yang mereka dapat.
Tarikh : 17 Januari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada bidang STEM dan kelebihannya
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, Kelas dimulakan dengan bacaan doa. Sebelum aktiviti STEM dijalankan, video kitaran hidup beluncas ditayangkan kepada peserta. Penjelasan berkenaan proses metamoforsis yang lengkap juga turut diceritakan kepada peserta. Setelah selesai tayangan video, peserta dibekalkan dengan bahan-bahan untuk aktiviti. Antaranya adalah tisu, lidi dan marker. Peserta diminta untuk membuat garisan menggunakan marker pada tisu, seterusnya menggulungkan tisu pada lidi yang telah diberikan dan dimampatkan. Tisu yang telah dimampatkan seterusnya diarik keluar dari lidi dan diletakkan dalam bekas plastic yang lain. Setelah semua selesai meletakkan tisu masing-masing, peserta diminta untuk membasahkan tisu dengan air menggunakan tisu, secara perlahan-lahan. Tisu akan mengembang dan bergerak seolah-olah seperti ulat beluncas. Di akhir aktiviti, petugas sekali lagi menceritakan proses kitaran hidup beluncas kepada peserta
Tarikh : 6 Januari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada kegunaan asas Microsoft Excel
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta dipertontonkan terlebih dahulu video mengenai cara menghasilkan bumi yang berputar.
Selepas itu, peserta membuka perisian Microsoft Powerpoint. Seterusnya peserta masukkan icon bumi dengan menekan Insert>3D Models>Earth. Kemudian, peserta memasukkan perkataan dengan menekan Insert> WordArt. Peserta salin semula slide tersebut ke slide yang seterusnya untuk memutarkan gambar bumi. Akhir sekali, peserta perlu menekan Transition>Morph.