Tarikh : 15 September 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan generasi baru mahir dalam bidang keusahawanan.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, pengajar menerangkan terlebih dahulu bahan-bahan yang digunakan. Selepas itu, pengajar menerangkan langkah-langkah untuk membuat kek batik. Apabila semua adunan siap dicampurkan semua,maka peserta diajarkan cara menekan kek batik itu dengan betul agar tidak ada yang berlubang didalamnya. Seterusnya, peserta menunggu kek tersebut sejuk sebentar sebelum hendak memotongnya. Akhir sekali, pengajar mengawasi sepanjang program.
Tarikh : 7 September 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Microsoft Word.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta mencari gambar latar belakang untuk poster yang dibuat. Selepas itu, peserta buka perisian Microsoft PowerPoint dan memasukkan gambar yang dicari tadi. Kemudian, peserta menekan Insert>Pictures>This Picture>Insert. Seterusnya,peserta memasukkan Shapes untuk mengisi teks dengan cara menekan Insert>Shapes. Akhir sekali, pengajar mengajar cara menyimpan hasil kerja dengan menekan File>Save.
Tarikh : 2 September 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan laman postermywall dan membuat sesuatu tarikan terhadap poster perniagaan.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas menerangkan factor utama dalam membuat sesuatu poster air hendaklah ada tarikan. Peserta diminta membuka laman PosterMywall. Seterusnya, peserta diminta memilih template di Postermywall tersebut dan tekan 'edit design'. Selepas itu, peserta memuat turun gambar air green tea yang diminta oleh petugas di google. Petugas mengajar peserta untuk memasukkan gambar yang telah di muat turun tadi ke dalam laman postermywall. Selain memasukkan gambar, petugas juga mengajar cara mengedit latar belakang, warna tulisan dan gambar tambahan. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan template yang telah diedit itu dengan menekankan butang 'download'.
Tarikh : 4 September 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memanfaatkan kegunaan internet yang sedia ada.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta melihat tontonan di youtube terlebih dahulu untuk melihat cara membuat “magic hack” tersebut. Seterusnya, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Peserta duduk dilantai bersama rakan Kumpulan yang telah ditetapkan. Seterusnya, Pengajar mengagihkan bahan-bahan seperti kertas A4, kertas lamina, gunting dan maker berwarna kepada peserta. Peserta akan melukis bentuk bunga dan baju di kertas lamina. Peserta akan mewarnakan bentuk tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Akhir sekali, peserta menggabungkan kertas A4 dan kertas lamina mengikut Langkah-langkah yang ditunjukkan dalam youtube.
Tarikh : 19 Ogos 2023 Masa : 9.30 pagi - 11.00 pagi Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mendidik peserta agar lebih berkeyakinan di khalayak ramai dan memupuk keberanian peserta untuk tampil dihadapan.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajar cara bercakap bagaimana dengan itonasi ketika tengah bercerita. Seterusnya, pengajar membahagikan beberapa kumpulan untuk peserta. Kemudian peserta akan membentangkan slide yang telah pengajar sediakan. Akhir sekali,pengajar akan memilih mana yang lebih baik untuk mereka lebih semangat lagi selepas ini untuk membuat pembentangan.