Tarikh : 11 Mac 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan lagi pengetahuan peserta serta menarik minat peserta untuk membuat banting lebih menarik
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diminta untuk membuka laman web canva. Selepas itu, peserta akan menekan butang pencarian degan menekan banting. Maka peserta akan cari dan pilih design mana yang mereka nak gunakan. Akhir sekali, peserta akan menyimpan banting tersebut dengan menekan save.
Tarikh : 05 Mac 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk membuat peserta semakin kreatif menggunakan kemudahan internet yang sedia ada.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas meminta peserta untuk membuat laman sesawang Colouring pages 4 you. Selepas itu, peserta akan memulakan tugasan dengan mencari gambar apa yang hendak di warnakan. Seterusnya, peserta akan mewarna gambar yang dicari tadi. Akhir sekali, peserta akan melihat sendiri kreatif mereka dalam mewarnakan gambar yang dipilih mereka sendiri.
Tarikh : 25 Februari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan lagi pengetahuan peserta terhadap matapelaran Matematik
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diminta untuk membuka laman web Mathplayground untuk melihat segala pembelajaran yang diperolehi dalam laman tersebut. Selepas itu, peserta akan diminta untuk menjawab ke semua soalan yang ada dalam web tersebut. Akhir sekali, peserta akan belajar sesuatu dari permainan pembelajaran tersebut
Tarikh : 03 Mac 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mengajar peserta untuk membuat soalan dalam talian tanpa menggunakan kertas lagi seperti dulu.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diterangkan terlebih dahulu tentang apa itu “google form”. Selepas itu, peserta akan diajar bagaimana mencipta soalan dalam google form. Kemudian, peserta sendiri yang akan mencipta soalan untuk orang awam menjawab soalan. Akhir sekali, peserta akan menyimpan soalan tersebut dengan menekan File>Save.
Tarikh : 23 Februari 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk penerangan kepada peserta tentang kepentingan surat iringan untuk pencari kerja serta cara yang betul untuk membuat surat iringan
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, Kelas dimulakan dengan bacaan Al Fatihah dan doa belajar. Petugas bertanyakan kepada peserta cita-cita mereka. Petugas seterusnya menerangkan kepada peserta berkenaan Surat Iringan. Kegunaan serta kepentingannya. Pada masa yang sama, contoh-contoh surat iringin turut ditunjukkan kepada peserta. Contoh surat iringan adalah berdasarkan jenis pekerjaan yang hendak dipohon. Peserta diminta untuk menaip surat iringan mengikut contoh yang diberikan