Tarikh    : 07 April 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan lagi pengetahuan peserta serta menarik minat peserta untuk mengulangkaji pelajaran.Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta akan membuka laman web Quizziz. Selepas itu, pengajar akan memberi kod untuk peserta masukkan ke dalam quizziz tersebut. Setelah itu, peserta akan menjawab ke semua soalan yang telah dibina oleh pengajar. Akhir sekali, peserta akan mengetahui seberapa banyak kesalahan dan betul selepas menjawab.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 05 April 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk mengajar peserta untuk mengenali apa itu email serta kegunaan yang ada dalam email tersebut.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas meminta peserta untuk melihat video yang ditayangkan mengenail penerangan email. Selepas itu, pengajar meminta peserta untuk buka laman email dan mengisi apa yang diminta dalam web tersebut. Akhir sekali, peserta akan melihat keseluruhan data-data setelah mengisi kesemuanya.

Klik sini untuk lihat foto

 

Tarikh    : 08 Mac 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk menambah ilmu resepi yang boleh dijadikan jualan.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, pengajar akan menerangkan dahulu bahan-bahan biskut.  Selepas itu, pengajar akan mengagihkan beberapa tugasan kepada peserta.  Seterusnya, pengajar akan memantau setiap kerja yang dibuat oleh peserta. Setelah siap biskut digulung dan digoreng, maka ianya akan di salutkan dengan coklat yang telah dicairkan. Akhir sekali, masukkan nestum digaulkan sebati dan masukkan ke dalam papercup biskut.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 01 April 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk mengajar peserta untuk membuat kad raya secara digital.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta dikehendaki membaca doa terlebih dahulu. Kemudian, peserta diminta untuk membuka laman web canva. Seterusnya, peserta akan mencari poster yang kosong untuk mereka edit. Selepas itu, peserta akan membuka google untuk mencari gambar yang berkaitan dengan gambar tema hari raya.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 12 Mac 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan lagi pengetahuan peserta serta menarik minat peserta untuk membuat poster lebih menarik.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diminta untuk membuka laman web PosterMywall. Selepas itu, peserta akan menekan butang pencarian dengan menekan poster. Maka peserta akan pilih design dan edit dengan memasukkan point-point yang ada dalam adab tersebut. Akhir sekali, peserta akan menyimpan banting tersebut dengan menekan save.

Klik sini untuk lihat foto