Tarikh   : 18 November 2022

Masa     : 2.30 petang - 3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Microsoft Word.

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft Word dan kegunaanya. Petugas memberikan satu cerita pendek kepada peserta sebagai rujukan. Peserta diajar untuk mengenal pasti kedudukan setiap huruf dan symbol di papan kekunci masing-masing. Peserta diajar untuk menaip cerita pendek yang telah diagihkan. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan dan menamakan file tersebut dalam format word document. Di penghujung kelas,peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Berkongsi Secara ".

Klik sini untuk lihat foto

 

Tarikh   : 11 November 2022

Masa     : 2.30 petang - 3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Microsoft Publisher.

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan aplikasi Microsoft Publisherdan kegunaannya. Petugas menunjukkan beberapa contoh template yang boleh digunakan dalam aplikasi tersebut. Peserta diajar untuk memilih template yang sesuai untuk membuat iklan. Peserta diajar untuk menambah text dengan menggunakan fungsi Insert>Text Box. Peserta juga diajar untuk memasukkan gambar yang sesuai sebagai iklan produk. Seterusnya, petugas mengajar cara untuk mengubah format bentuk yang dihasilkan dengan menggunakan fungsi Shape Format>Shape Style. Akhir sekali, peserta diajaruntuk menyimpan hasil kerja yang telah siap dalam format pdf.

 Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 5 November 2022

Masa     : 9.30 pagi - 10.30 pagi

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Canva.

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan fungsi dan aplikasi Canva. Petugas menunjukkan beberapa contoh bahan-bahan infografik. Peserta diajar untuk memilih template yang sesuai untuk membuat infografik. Petugas mengajar peserta untuk menukar warna latar belakang yang bersesuaian. Peserta diajar untuk memuat turun gambar di carian Google. Peserta diajar untuk menyimpan gambar yang dimuat turun dalam folder download dan menamakan gambar tersebut supaya mudah dicari. Peserta diajar menggunakan remove.bg untuk membuang latar belakang gambar. Seterusnya, petugas mengajar peserta untuk memuat naik gambar-gambar tersebut ke dalam Canva. Peserta diajar untuk memasukkan text ke dalam template tersebut. Peserta diajar untuk menyusun gambar dan text di dalam template supaya menjadi kemas dan jelas. Akhir sekali, petugas mengajar peserta untuk memuat turun hasil kerja dalam format pdf.

Klik sini untuk lihat foto

 

 

Tarikh   : 6 November 2022

Masa     : 2.30 petang - 3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Microsoft Word.

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan fungsi dan aplikasi Microsoft Word. Peserta diajar untuk mengubah page setup(landscape) dan memasukkan gambar dengan menggunakan fungsi Insert>Picture>Online Picture. Petugas mengajar peserta untuk memasukkan garisan anak panah dan text box Insert>Shapes. Seterusnya peserta diajar untuk menaip di dalam setiap text box yang dibina dan mengubah format garisan dan anak panah yang di buat. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan dan menamakan file tersebut dalam format word document/pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Maklumat Palsu". 

 Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 18 Oktober 2022

Masa     : 2.30 petang - 3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Canva.

Aktiviti yang dijalankan 

Peserta diperkenalkan dengan fungsi dan aplikasi Canva. Petugas menunjukkan beberapa contoh resume yang telah siap. Peserta diajar untuk memilih template yang sesuai untuk membuat resume. Peserta diajar untuk menggunakan fungsi text dan mengubah font dan jenis tulisan. Peserta juga diajar untuk menggunakan fungsi element untuk memasukkan icon ke dalam template tersebut. Peserta diajar untuk menyusun text di dalam template supaya menjadi kemas dan jelas. Seterusnya, petugas mengajar peserta untuk memuat naik gambar passport ke dalam Canva. Akhir sekali, petugas mengajar peserta untuk memuat turun hasil kerja dalam format pdf.

 

Klik sini untuk lihat foto