Tarikh : 4 Oktober 2022 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian microsoft power point.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diberi penerangan tentang kegunaan perisian microsoft power point yang pelbagai. Seterusnya, petugas menunjukkan tutorial cara menghasilkan buku cerita bergambar menggunakan perisian tersebut. Petugas mengajar peserta cara mengubah latar belakang slide sesuai dengan tema cerita bergambar yang ingin dibuat. Peserta diajar cara memasukkan tajuk utama menggunakan kaedah insert word art, memasukkan teks cerita, memuat turun gambar daripada google dan mengedit gambar. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang telah siap dalam format JPEG untuk memudahkan kerja-kerja percetakan. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “sebenarnya.my".
Tarikh : 3 Oktober 2022 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta membuat resume sebagai persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan nanti.
Aktiviti yang dijalankan
Petugas menerangkan kepada peserta tentang kepentingan resume dan maklumat yang perlu ada untuk menghasilkan resume yang lengkap. Peserta diajar cara membuka perisian postermywall menggunakan emel ataupun facebook untuk membuat resume. Peserta diajar cara mengedit template resume, cara menukar tulisan, saiz dan warna. Peserta turut diminta untuk memasukkan gambar berukuran passport pada resume yang dibuat, diajar cara mengambil gambar sendiri dan mengedit latar belakang gambar menggunakan laman Remove Background sekiranya mereka belum memiliki gambar berukuran passport. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan resume yang siap dibuat dalam format PDF. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Lindungi kanak-kanak daripada pengantunan atas talian".
Tarikh : 1 Oktober 2022 Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word dan kegunaanya. Peserta diajar untuk membuat tajuk di muka hadapan. Peserta diajar untuk menggunakan fungsi numbering untuk memberikan tanda berupa angka pada tulisan. Petugas mengajar untuk memasukkan gambar dengan menggunakan fungsi Insert>Picture>Online Picture. Petugas mengajar peserta untuk menggunakan fungsi Insert Table untuk menaip text di dalam jadual. Seterusnya peserta diajar untuk menggunakan fungsi Table Tools (Design/Layout). Peserta juga diajar untuk menambah muka surat untuk memudahkan membuat isi kandungan. Petugas mengajar peserta untuk membuat isi kandungan dengan menggunakan fungsi References>Table of Contents. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan dan menamakan file tersebut dalam format word document/pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Maklumat Palsu".
Tarikh : 2 Oktober 2022 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan fungsi dan aplikasi Microsoft Word. Peserta diajar untuk memilih smartart graphic untuk membuat kategori tentang kitar semula. Peserta diajar untuk memasukkan gambar ke dalam smartart secara atas talian. Seterusnya peserta diajar untuk menggunakan fungsi smartart untuk menampilkan informasi yang ringkas. Peserta juga diajar untuk menukar warna dan style bagi peta aliran yang telah dipilih. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan dan menamakan file tersebut dalam format word document/pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Mobile e-waste".
Tarikh : 18 September 2022 Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word dan kegunaanya. Peserta diajar untuk membuat peta aliran berkaitan kitaran hidup haiwan. Petugas mengajar peserta untuk menaip tajuk bagi setiap haiwan yang di pilih. Seterusnya peserta diajar untuk menggunakan fungsi smartart untuk menampilkan informasi yang ringkas. Peserta juga diajar untuk menukar warna dan style bagi peta aliran yang telah dipilih. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan dan menamakan file tersebut dalam format word document/pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “TVC Identiti".