Tarikh   : 8 Mei 2023

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan perisian Microsoft word khususnya untuk menaip dan membuat label pada peta.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, diadakan slot perkongsian ringkas KDB bertajuk "Mobile e-waste". Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang kempen "Mobile e-waste" yang dilancarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC). Petugas menjelaskan kepada para peserta tentang pentingnya memelihara alam sekitar demi kesejahteraan bersama antaranya dengan menyokong kempen tersebut. Peserta diingatkan agar melupuskan sisa buangan elektronik dengan cara yang betul agar tidak mencemarkan alam. Seterusnya, peserta diajar cara membuka perisian microsoft word. Petugas memberi tugasan menaip dan melabel kedudukan tempat menarik di Malaysia pada peta yang telah dimuat turun daripada google. Peserta diajar cara memasukkan peta ke dalam slide, memasukkan dan menukar tulisan, saiz dan warnanya serta memasukkan bentuk menggunakan kaedah insert-shapePetugas mengajar peserta memasukkan gambar yang telah dimuat turun ke dalam bentuk yang telah mereka pilih. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 5 Mei 2023

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft power point.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB bertajuk "Buli Siber". Petugas mengingatkan peserta agar menghindarkan diri daripada terlibat dalam perbuatan buli siber. Seterusnya, peserta diminta membuka microsoft power point. Mereka diminta memilih gambar latar belakang untuk animasi di google, muat turun dan memasukkan ke dalam microsoft power point. Petugas mengajar peserta mencari gambar animasi bergerak di laman Gedung Animasi Bergerak. Setelah itu, peserta diajar memasukkan pergerakan pada setiap animasi menggunakan butang animation.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 6 April 2023

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam membuat risalah yang kreatif dan menarik.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video pendek KDB bertajuk "Risiko terlebih kongsi". Petugas mengingatkan peserta bahawa sikap suka berkongsi secara berlebih-lebihan di internet boleh mendedahkan seseorang kepada bahaya. Seterusnya, petugas meminta peserta menghasilkan risalah berpandukan contoh yang diberi. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk risalah, menaip isi, memasukkan gambar yang telah dimuat turun daripada google sebelum meletakkannya ke dalam risalah dengan kaedah insert shape, format shape, insert picture. Seterusnya, peserta diajar cara mencantikkan dan memperkemas hasil kerja yang dibuat.

Klik sini untuk lihat foto

 

Tarikh   : 9 April 2023

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft power point.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diminta membuka microsoft power point. Seterusnya, mereka diminta memilih gambar latar belakang untuk animasi di google, muat turun dan memasukkan ke dalam microsoft power point. Petugas mengajar peserta mencari gambar animasi bergerak di laman Gedung Animasi Bergerak. Setelah itu, peserta diajar memasukkan pergerakan pada setiap animasi menggunakan butang animation.

Klik sini untuk lihat foto

 

Tarikh   : 5 April 2023

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan perisian microsoft word khususnya untuk menaip dan membuat label pada peta.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video pendek KDB bertemakan "Maklumat Palsu". Petugas mengingatkan peserta agar berhati-hati sebelum berkongsi sesuatu agar tidak menjadi penyebar kepada maklumat yang tidak benar. Seterusnya peserta kelas diminta untuk membuka perisian microsoft word. Petugas memberi tugasan menaip dan melabel kedudukan tempat-tempat menarik di Malaysia pada peta yang telah dimuat turun daripada google. Peserta diajar cara memasukkan peta ke dalam microsoft word, memasukkan dan menukar tulisan, saiz dan warnanya serta memasukkan bentuk menggunakan kaedah insert-shape. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang telah dimuat turun ke dalam bentuk yang telah mereka pilih. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat.

Klik sini untuk lihat foto