Tarikh : 4 April 2023 Masa : 2.00 petang - 3.30 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menaip khusus untuk ahli baru PEDi.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video pendek KDB berkaitan topik "Keselamatan di Internet". Setelah itu, peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word serta kegunaannya. Petugas menerangkan kepada peserta asas menaip dan fungsi simbol pada papan kekunci iaitu simbol yang digunakan sewaktu menaip seperti backspace, enter, caps lock shift, ctrl, cara membesarkan dan mengecilkan tulisan dan lain-lain. Petugas mengedarkan contoh teks dan meminta peserta menaip berpandukan teks tersebut.
Tarikh : 3 April 2023 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian microsoft word.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video pendek KDB berkaitan topik "Mobile e-waste". Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang kesan terhadap alam sekitar sekiranya sisa buangan elektronik tidak dilupuskan dengan cara yang betul. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft word. Peserta diajar cara memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk membuat peta minda, pemilihan warna pada kotak dan perkataan agar hasil kerja yang dibuat menjadi jelas, kemas dan mudah dibaca.
Tarikh : 7 Mac 2023 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan aplikasi Microsoft Word dan kegunaannya. Peserta diajar untuk memasukkan gambar & text dan seterusnya menyusun gambar tersebut dalam bentuk peta minda. Peserta juga diajar untuk memasukkan anak panah dengan menggunakan fungsi Insert>Icon atau Insert>Shapes. Petugas juga mengajar peserta untuk mengubah gambar dalam saiz yang bersesuaian mengikut peta minda yang dihasilkan. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan hasil kerja yang telah siap dalam format word document. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Penipuan Internet".
Tarikh : 13 Mac 2023 Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan aplikasi Autodraw.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diajar untuk membuka laman web melukis dan mewarna atas talian iaitu autodraw.com dan menerangkan fungsi aplikasi Autodraw. Peserta diajar untuk menggunakan aplikasi tersebut untuk menghasilkan lukisan mengikut tema yang telah ditetapkan. Peserta diajar untuk membuka laman web melukis dan mewarna atas talian iaitu autodraw.com dan menerangkan fungsi aplikasi Autodraw. Peserta diajar untuk menggunakan aplikasi tersebut untuk menghasilkan lukisan mengikut tema yang telah ditetapkan. Peserta diberi satu contoh hasil kerja untuk dilihat sebagai rujukan.Aktiviti ini menguji kemahiran peserta dalam menghasilkan lukisan serta dapat mengawal pergerakan tetikus dengan betul. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Semak Fakta".
Tarikh : 5 Mac 2023 Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Microsoft Powerpoint.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan fungsi dan aplikasi Microsoft Powerpoint. Peserta diajar untuk memuat turun gambar peta dari Google dan seterusnya memasukkan gambar dengan menggunakan fungsi Insert>Pictures>This Device ke dalam powerpoint. Petugas mengajar peserta untuk menambah slide kedua dan memasukkan smartart. Seterusnya, peserta mengajar peserta untuk memasukkan hyperlink untuk mengabungkan antara slide. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan dan menamakan file tersebut dalam format pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Lindungi Kanak-kanak daripada Pengantunan Dalam Talian".