Tarikh   : 4 Mac 2023

Masa     : 9.30 pagi - 10.30 pagi

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Canva.

Aktiviti yang dijalankan

Sebelum memulakan kelas, peserta diajak untuk bermain Quizziz berkaitan ICT. Peserta diperkenalkan dengan fungsi Canva dan petugas menunjukkan beberapa contoh-contoh infografik. Peserta diajar untuk memasukkan bentuk, gambar dan grafik dengan menggunakan fungsi upload. Peserta juga diajar untuk memasukkan text dan mengubah format text mengikut kesesuaian. Untuk lebih menarik, petugas mengajar peserta menukar latar belakang yang bersesuaian. Akhir sekali, petugas mengajar peserta untuk memuat turun hasil kerja dalam format pdf/jpg. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Mobile e-waste".

Klik sini untuk lihat foto

 

Tarikh   : 17 Februari 2023

Masa     : 2.30 petang - 3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Microsoft Powerpoint.

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan fungsi dan aplikasi Microsoft Powerpoint. Petugas menunjukkan beberapa contoh-contoh carta alir. Petugas mengajar peserta untuk menukar warna latar belakang yang bersesuaian. Peserta diajar untuk memuat turun gambar di carian Google atau menggunakan fungsi Insert>Icon untuk memasukkan ikon di dalam infografik. Peserta diajar untuk memasukkan text ke dalam slide tersebut. Peserta diajar untuk menyusun gambar dan text di dalam slide supaya menjadi kemas dan jelas. Akhir sekali, petugas mengajar peserta untuk memuat turun hasil kerja dalam format pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Maklumat Palsu".

Klik sini untuk lihat foto

 

Tarikh   : 5 Februari 2023

Masa     : 9.30 pagi - 10.30 pagi

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Microsoft Powerpoint.

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan fungsi dan aplikasi Microsoft Powerpoint. Peserta diajar untuk mengubah page setup(landscape) dan memasukkan gambar dengan menggunakan fungsi Insert>Picture>Online Picture. Petugas mengajar peserta untuk memasukkan textbox dan mengubah warna dengan menggunakan fungsi shape format. Peserta diajar untuk memperkemaskan hasil kerja dengan menyusun gambar di dalam textbox. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan dan menamakan file tersebut dalam format word document/pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Fikir Sebelum Bertindak". 

Klik sini untuk lihat foto

 

Tarikh   : 10 Februari 2023

Masa     : 2.30 petang - 3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Canva.

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan aplikasi Canva dan kegunaannya. Peserta diajar untuk log masuk/daftar masuk Canva menggunakan emel. Petugas mengajar peserta untuk memilih saiz & template yang sesuai untuk membuat stiker. Peserta juga diajar untuk menggunakan fungsi (elements dan text) yang ada di dalam aplikasi Canva. Peserta diajar untuk memuat turun gambar yang berkaitan dari carian google. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan hasil kerja yang telah siap dalam format jpeg/pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "mobile e-waste". 

Klik sini untuk lihat foto

 

Tarikh   : 4 Februari 2023

Masa     : 9.30 pagi - 10.30 pagi

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Microsoft Powerpoint.

Aktiviti yang dijalankan

Sebelum memulakan kelas, peserta diajak untuk bermain Quizziz berkaitan ICT. Peserta diperkenalkan dengan fungsi dan aplikasi Microsoft Powerpoint.Petugas menunjukkan beberapa contoh-contoh infografik. Peserta diajar untuk memuat turun gambar berkaitan di carian Google. Peserta diajar untuk menyimpan gambar yang dimuat turun dalam folder download dan menamakan gambar tersebut supaya mudah dicari. Peserta diajar menggunakan remove.bg untuk membuang latar belakang gambar. Petugas mengajar peserta untuk menambah text dan bentuk dengan menggunakan fungsi Insert. Peserta diajar untuk menukar warna latar belakang yang bersesuaian dengan tajuk. Seterusnya, peserta diajar untuk mengubah Shape Format mengikut kreativiti masing-masing. Akhir sekali, petugas mengajar peserta untuk memuat turun hasil kerja dalam format pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Berkongsi secara Berlebihan". 

Klik sini untuk lihat foto