Tarikh   : 5 September 2022

Masa     : 2.00 petang -4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan postermywall khususnya untuk membuat infografik kreatif.

Aktiviti yang dijalankan

 Pada permulaan kelas, peserta diajar cara membuka perisian Postermywall di internet menggunakan gmail. Seterusnya, petugas mengajar peserta cara memilih template untuk membuat info grafik. Peserta diajar cara mengedit warna, tulisan yang jelas dan menarik serta cara memilih bentuk yang sesuai untuk info grafik tersebut. Peserta diminta memuat turun gambar yang menarik untuk tugasan daripada google sebelum memasukkannya dalam info grafik yang dibuat. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja dalam format JPEG untuk memudahkan kerja-kerja percetakan. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Teknologi dan Anda. 

 

Klik sini untuk lihat foto 

 

 

Tarikh   : 2 September 2022

Masa     : 2.30 petang -3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Powerpoint.

Aktiviti yang dijalankan

 

Peserta diperkenalkan dengan aplikasi Microsoft Powerpoint dan kegunaannya. Petugas menunjukkan contoh slide beserta fungsi hyperlink yang telah siap dihasilkan sebagai panduan. Peserta diajar untuk memilih tema yang sesuai untuk slide masing-masing.nPetugas mengajar peserta untuk menaip tajuk dan isi kandungan di dalam setiap slide. Petugas mengajar untuk memasukkan gambar ke dalam slide dengan menggunakan fungsi Insert>Picture>Online Picture. Seterusnya peserta diajar untuk menghasilkan text dan gambar hyperlink untuk setiap slide dengan menggunakan fungsi Insert>Link.
Peserta diajar untuk menyemak semula hyperlink yang telah dihasilkan. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan slide yang telah siap dalam format pdf/powerpoint presentation. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Mobile e-waste”. 

Klik sini untuk lihat foto 

 

 

Tarikh   : 1 September 2022

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan postermywall.

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan postermywall dan kegunaannya. Peserta diajar cara membuka perisian postermywall menggunakan emel ataupun facebook. Kemudian, peserta diajar cara mencari template untuk membuat poster. Peserta diajar cara mengedit template, cara menukar tulisan, saiz tulisan dan warna. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang sesuai untuk tema poster yang dibuat dan mengubah latar belakang gambar. Peserta diajarcara memuat turun gambar untuk tugasan yang dibuat melalui aplikasi google. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan poster yang siap dibuat dalam format JPEG. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Mobile e-waste”. 

 

Klik sini untuk lihat foto 

Tarikh   : 2 September 2022

Masa     : 9.00 pagi -11.00 pagi

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Postermywall khususnya untuk membuat suntingan buletin.

 

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajar cara membuka perisian Postermywall di internet menggunakan gmail. Seterusnya, petugas mengajar peserta cara memilih template untuk membuat buletin. Peserta diminta memuat turun gambar yang menarik mengikut tema tugasan daripada google sebelum memasukkannya dalam buletin yang dibuat. Peserta diajar cara mengedit warna, tulisan yang jelas dan menarik serta cara memilih bentuk yang sesuai untuk buletin tersebut. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang telah siap dalam format JPEG untuk memudahkan kerja-kerja percetakan. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Teknologi dan Anda”. 

 

Klik sini untuk lihat foto 

Tarikh   : 21 Ogos 2022

Masa     : 9.30 pagi - 10.30 pagi

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan aplikasi Canva.

 

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan fungsi dan aplikasi Canva. Petugas menunjukkan beberapa contoh bahanbahan infografik. Peserta diajar untuk memilih template yang sesuai untuk membuat infografik. Petugas mengajar peserta untuk menukar warna latar belakang yang bersesuaian. Peserta diajar untuk memuat turun gambar ikon/monumen di carian Google. Peserta diajar untuk menyimpan gambar yang dimuat turun dalam folder download dan menamakan gambar tersebut supaya mudah dicari. Peserta diajar menggunakan remove.bg untuk membuang latar belakang gambar. Seterusnya, petugas mengajar peserta untuk memuat naik gambar-gambar tersebut ke dalam Canva. Peserta diajar untuk memasukkan text ke dalam template tersebut. Peserta diajar untuk menyusun gambar dan text di dalam template supaya menjadi kemas dan jelas. Akhir sekali, petugas mengajar peserta untuk memuat turun hasil kerja dalam format pdf/jpeg. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Maklumat Palsu”. 

Klik sini untuk lihat foto