Tarikh : 15 Oktober 2022 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan Microsoft Powerpoint.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft powerpoint dan kegunaanya. Peserta diajar untuk menaip tajuk dalam setiap muka surat. Peserta diajar untuk menggunakan fungsi smartart untuk memudahkan membuat peta buih. Seterusnya, petugas mengajar peserta untuk membesarkan peta buih dan menaip di dalam peta tersebut. Peserta juga diajar untuk mengubah jenis tulisan dan font tulisan. Peserta diajar untuk memasukkan gambar dengan menggunakan fungsi Insert>Picture>Online Picture. Petugas mengajar peserta untuk mengubah warna dan style smartart dengan menggunakan fungsi smartart design. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan dan menamakan file tersebut dalam format word document/pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Semak Fakta".
Tarikh : 14 Oktober 2022 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam membuat risalah yang kreatif dan menarik.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengedarkan kepada para peserta contoh risalah. Petugas meminta peserta menghasilkan risalah berpandukan contoh yang diberi. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk risalah, menaip isi, memasukkan gambar yang telah dimuat turun daripada google sebelum meletakkannya ke dalam risalah dengan kaedah insert shape, format shape, insert picture. Seterusnya, peserta diajar cara mencantikkan dan memperkemas hasil kerja yang dibuat. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Penipuan Kewangan".
Tarikh : 6 Oktober 2022 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian microsoft powerpoint.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diberi penerangan tentang kegunaan perisian microsoft power point yang pelbagai. Seterusnya, petugas menunjukkan tutorial cara menghasilkan buku cerita bergambar menggunakan perisian tersebut. Petugas mengajar peserta cara mengubah latar belakang slide sesuai dengan tema cerita bergambar yang ingin dibuat. Peserta diajar cara memasukkan tajuk utama menggunakan kaedah insert word art, memasukkan teks cerita, memuat turun gambar daripada google dan mengedit gambar Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang telah siap dalam format JPEG untuk memudahkan kerja-kerja percetakan. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Maklumat Palsu".
Tarikh : 12 Oktober 2022 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran membina nota pembelajaran kreatif dalam kalangan peserta.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajar cara membuka perisian postermywall menggunakan gmail. Peserta diajar cara memilih template yang sesuai untuk membina nota pembelajaran yang kreatif. Peserta diajar cara mengedit warna, tulisan yang jelas dan menarik serta cara memilih bentuk yang sesuai untuk nota pembelajaran yang dibuat. Peserta diminta memuat turun gambar yang menarik untuk tugasan daripada google sebelum memasukkannya dalam kerja yang dibuat. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja dalam format JPEG untuk memudahkan kerja-kerja percetakan. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Teknologi dan Anda".
Tarikh : 5 Oktober 2022 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian microsoft powerpoint.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan aplikasi Microsoft Powerpoint dan kegunaannya. Petugas menunjukkan contoh slide beserta fungsi hyperlink yang telah siap dihasilkan sebagai panduan. Peserta diajar untuk memilih tema yang sesuai untuk slide masing-masing. Petugas mengajar peserta untuk menaip tajuk dan isi kandungan di dalam setiap slide. Petugas mengajar untuk memasukkan gambar ke dalam slide dengan menggunakan fungsi Insert>Picture>Online Picture. Seterusnya peserta diajar untuk menghasilkan text dan gambar hyperlink untuk setiap slide dengan menggunakan fungsi Insert>Link. Peserta diajar untuk menyemak semula hyperlink yang telah dihasilkan. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan slide yang telah siap dalam format pdf/powerpoint presentation. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “TVC Identiti".